Assalamualaikum. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengurniakan rezeki dan pengalaman yang baik buat kami sekeluarga. Masing-masing dalam proses recovery sebab baru lepas sertai pertandingan silat.
Rasa macam lama sangat tak
menulis dekat sini. Tengah susun atur semula supaya kehidupan on track macam
biasa.
Pada 11 hingga 14 September yang
lepas, Raudah menyertai Kejohanan Silat Olahraga Pendekar Kalimah 2.0. Ini
merupakan pengalaman pertama Raudah masuk pertandingan silat olahraga.
Pertandingan Pertama Raudah
Sejujurnya, keputusan nak izinkan
Raudah bertanding bukanlah perkara kecil. Banyak benda kami kena ambil kira
termasuk Matriks Pembelajaran Tahun 4 yang bakal dia duduki tak lama lagi.
Sudah dipesan awal-awal yang
masuk tak semestinya wajib menang. Kalau rezeki Allah bagi Alhamdulillah. Lebih
kepada nak bagi dia rasa sendiri suasana pertandingan, belajar kawal perasaan
dan berani melangkah masuk ke gelanggang.
Alhamdulillah, dengan izin Allah,
Raudah berjaya membawa pulang pingat emas bagi kategori yang disertainya. Dia
bertanding dalam kategori Puteri Kelas B Pra Dini bagi berat 25 hingga 27
kilogram.
Sebagai emak yang ikut tengok
proses dia dari latihan, persediaan sebelum pertandingan sehinggalah masuk
gelanggang, memang aku bangga dengan usaha yang dia tunjukkan.
Teringat masa awal-awal dia masuk silat dulu. Jauh la beza.
Masalah Berat Badan Tak Cukup
Bukan pingat emas tu jadi ukuran tapi
apa yang paling penting ialah banyak yang dia belajar dari pengalaman ni. Cabaran
juga untuk aku nak kawal emosi. Lagi drama suami tak turut serta kali ni sebab dia terlibat dengan team building syarikat.
Masalah Raudah ialah berat badan
dia tak cukup 500gram. Nampak kecil kan? Tapi dia sejenis susah nak naik berat.
Memang sehari sebelum tarikh timbang berat aku bagi makan semua yang dia nak. Aku
tak bagi dia training takut turun lebih banyak.
Jadi kelebihan dekat pihak lawan
bila berat dia atas pagar. Bayangkan kena tendang dengan peserta yang lebih
berat daripada dia.
Masa post mortem dengan coach,
antara perkara yang ditegur ialah dia mudah sangat mengalirkan air mata. Waktu
latihan sparring pun dia pernah melalak sebab banyak kali kena front kick.
Tapi masa dalam gelanggang, lain
pula jadinya. Dia tak menangis. Dia cuba melawan dan buat apa yang dia belajar
semasa latihan.
Boleh angkat kaki nak tendang. Bila
lawan buat tangkapan dan nak buat jatuhan, tak menjadi. Pendek kata tak jadi
punching bag. Ohoi risaunya mama waktu tu. Risau dia putus asa dan tak melawan.
Tiga Hari Berkampung Di Stadium Titiwangsa
Sepanjang tiga hari berkampung di
Stadium Titiwangsa, banyak perkara yang dia belajar. Aku sengaja tanya apa
perasaan dia, kata dia “kakak teruja nak berlawan”.
Salah satu impian Raudah sebelum
ini adalah nak kibarkan bendera kelab di gelanggang pertandingan. Adik dia buat
waktu menang di Pavillion dulu dan dia teringin nak merasa juga.
Alhamdulillah, Allah izinkan dia
merasai pengalaman itu pada kejohanan kali ini. Dengan bangganya dia ulang bercerita
dan tengok rakaman video dia banyak kali.
Paling penting, dia pulang tanpa
sebarang kecederaan dan dapat menamatkan pertandingan dalam keadaan sihat. Itu dah
cukup melegakan hati.
Semoga apa yang Raudah pelajari
sepanjang kejohanan ini menjadi bekalan yang baik untuk dirinya pada masa akan
datang.
Apa pun pencapaian yang diperoleh,
semoga Allah sentiasa memelihara anak-anak kami, menjauhkan mereka daripada
perkara yang tidak baik dan mengurniakan kesihatan serta akhlak yang baik.
Apa yang baik datang daripada
Allah, dan segala kekurangan adalah daripada kelemahan kami sendiri.












