Hi Saya Rodiah Amir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam perkenalan untuk semua pembaca. Terima kasih sudi singgah ke blog Rodiah Amir. Lebih dikenali sebagai Rodiah Amir di dalam dunia penulisan. Aku seorang yang berpewatakan ceria dan suka makan.



Latar Belakang Dan Pendidikan

Merupakan anak jati Pahang, kemudian menyambung pelajaran di Shah Alam dan memulakan kerjaya pada awal tahun 2010. Hampir lapan tahun menabur bakti dalam sektor swasta, aku akhirnya mengambil peluang berbakti kepada keluarga. Aku memilih menjadi penulis blog sepenuh masa kerana merasakan lebih bebas mendidik anak di depan mata.

Berkelulusan diploma dalam bidang Pengurusan Bank dan kemudian menyambung pelajaran di peringkat Ijazah dalam bidang Perbankan Islam. Setelah tamat pengajian aku berpeluang mengikuti kursus dalam bidang perbankan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia di bawah program Finacial Sector Talent Enrichment Program (FSTEP) selama setahun.

Pengalaman Menulis

Mula menulis blog pada tahun 2010 bermula dengan suka-suka dan sebagai hobi akhirnya aku mula serius berkongsi melalui blog. Perasaan gembira dapat berkongsi ilmu dan membantu orang lain memberi kepuasan dalam diri.

Aku banyak berkongsi tentang makanan termasuk lah resepi dan gaya hidup merangkumi keluarga, keibubapaan, percutian, motivasi, shopping dan juga teknologi. Sekadar berkongsi pengalaman dari kacamata aku sendiri dan juga sebagai ibu kepada tiga orang anak.

Antara kenangan manis menjadi seorang penulis blog adalah apabila hasil penulisan di iktiraf oleh pelanggan dan kerana cinta pada penulisan aku berjaya menerbitkan sebuah Anekdot; anekdot Mama, Kopi & Wi-FI. Hasil garapan aku bersama 18 lagi penulis yang sama-sama berkongsi cerita sebagai Ibu Peniaga Online. Kisah berkisar pengalaman para ibu yang menggalas pelbagai tanggungjawab dan punya cita-cita yang setinggi KLCC atau lebih dari itu.

Untuk mengikuti perkembangan aku dan kalau ada peluang berkolaborasi boleh hantarkan Email: rodiah.amir@gmail.com

Sekian Terima Kasih

Ulasan