Minggu lepas terima email notis peringatan nama domain blog bakal tamat tempoh pada hari Selasa, 13 Mei 2025. Sejak awal dan sehingga kini aku masih lagi setia menggunakan khidmat dari hosting provider, NetKL Network.
Sepanjang tempoh melanggan, tiada
masalah yang timbul jadi tempoh setahun tu berlalu begitu saja. Setakat ni puas
hati dengan performance customer service NetKL Network, memang laju.
Aku dah jadi pelanggan mereka sejak tahun 2018, bila difikirkan ini tahun ke Tujuh aku bersama NetKL. Aku siap kongsi cara beli domain.
Soalan yang sama berlegar dalam
otak aku setiap kali dapat notis peringatan adalah nak perbaharui domain atau
biar je expired. Buat masa sekarang, aku memang dah kurang buat job review.
Atas sebab komitmen yang ada sekarang aku tak boleh nak ambil job review dan menulis di blog. Nak menulis tentang life sendiri pon tercari-cari waktu yang sesuai. Sedih rasa. Keras betul hidup ni.
Notis Peringatan Domain Blog Bakal Tamat
Tapi bila datang perasaan negatif
tu mula la hati ni bandingkan diri dengan kawan blogger lain. Orang lain elok
je menulis, ada je masa nak update blog. Mula lah salahkan diri sebab tidak
berdisiplin.
Ya memang tak boleh nak
bandingkan hidup orang dengan hidup kita. Memang sangat-sangat berbeza. Jiran aku
tak lalui apa aku lalui. Tak adil la nak judge diri sendiri macam tu. Maaf jiran
aku ambil kau sebagai contoh.
Ada masa lebih kurang tiga minggu lagi aku boleh fikir. Nak perbaharui atau nak lepaskan je. Sayangnya nak lepaskan nama https://www.rodiahamir.com/ Teringat masa awal-awal dulu, banyak perkara aku kena hadam sebelum ambil keputusan nak tukar domain.
Nak pejam mata bayar RM60 tu macam terasa sangat beban dia. Harga domain pula setiap tahun asyik naik je. Lagi sakit hati. Setakat ni harga masih lagi sama macam tahun lepas.
Kesan Kalau tak perbaharui Domain Blog
NetKL Network awal lagi dah beri
peringatan. Nak elak gangguan perkhidmatan kena perbaharui lebih awal. Lagi teruk,
risiko paling tinggi adalah aku akan kehilangan domain selama-lamanya. Ugut eh?
Tak baik tau.
Mereka juga ingatkan kalau aku
hanya biarkan tak buat apa-apa sehingga tamat tempoh, domain akan digantung dan
mana-mana tapak web atau perkhidmatan e-mel yang dikaitkan dengannya, akan
berhenti berfungsi.
Pendek kata dah tak jumpa la blog aku bila korang search dekat internet. Untuk tunjukkan mereka baik hati, NetKL Network bagi tempoh 29 hari untuk memperbaharui domain ini pada harga pembaharuan biasa.
Apabila domain anda tamat tempoh lebih daripada 29 hari, ia akan memasuki fasa Redemption Period (fasa penebusan tempoh).
Amaran & Peluang Terakhir – Redemption Period
Selepas 29 hari berakhir,
bermulalah pula redemption period. Tempoh penebusan biasanya 40 hingga 45 hari
iaitu dari hari ke-30 hingga hari ke-70 atau ke-74, selepas tarikh luput. Ini
peluang terakhir untuk pengguna memperbaharui domain.
NetKL juga ingatkan kalau
perbaharui sewaktu fasa penebusan tempoh / redemption period, pengguna akan
menanggung kos yang tinggi iaitu yuran RM750 dan kertas kerja (mengambil masa
3-4 hari untuk disiapkan).
Nilai RM750 tu memang ikut polisi
yang telah ditetapkan dan yuran tu bukan dibayar kepada NetKL tapi kepada “Registry”.
Pendek kata, nak selamat dan
kalau masih sayangkan nama domain elok lah perbaharui dalam jangka masa yang diberikan.
Mana tahu rancangan masa depan kan? Ada rezeki kita melalui blog.
0 Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.