Secara rasminya aku dah letak
jawatan sebagai ahli jawatankuasa persatuan (PIBG) sekolah rendah bagi sesi
2024/2025. Rasa macam satu beban telah diangkat dari bahu. Syukur Alhamdulillah.
Sabtu lepas berlangsungnya Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-28. Aku tak dapat sertai kali ini sebab balik kampung jenguk
mentua tak sihat. Sebelum mesyuarat aku dah beritahu pengurusan sekolah dan AJK
lain.
Segala tugas dan isu berkaitan
aku dah selesaikan awal lagi. Sedikit sebanyak rasa bersalah dan sedih tu ada
tapi aku yakin, takdir ini yang terbaik Tuhan dah tentukan dari awal. Sedih sebab
lepas ni, confirm aku akan jarang ke sekolah dah kecuali ada urusan penting.
Jarang ke sekolah maksudnya jaranglah
aku jumpa mereka-mereka yang banyak menolong, melancarkan segala urusan di
sekolah. People come and go. Begitulah hidup sementara kat dunia kan?
Letak Jawatan Sebagai AJK PIBG Sekolah
Sebelum ni aku memegang jawatan
sebagai ketua Biro Publisiti. Dipilih untuk menerajui biro tersebut pun
disebabkan latar belakang aku sebagai “content creator”. Ishh segan nak gelar
diri sendiri pencipta kandungan.
Dalam tempoh setahun tak banyak
pun aku boleh tolong. Untuk bahagian penjenamaan, buat konten aku serahkan pada
pengurusan sementara aku fokus mengajak ibu bapa masuk Kumpulan Sokongan IbuBapa (KSIB).
Sebelum ni penglibatan ibu bapa
amatlah sedikit. Sibuk dengan kehidupan dan tak tahu nak sertai aktiviti
sekolah adalah alasan paling kerap aku dengar bila berborak dengan ibu bapa. Usaha
tubuhkan KSIB bukanlah usaha aku seorang.
Usaha bersama kerjasama ibu bapa
lain yang ada niat yang sama iaitu nak bantu sekolah supaya anak-anak seronok datang
sekolah, cintakan ilmu dan seterusnya berjaya jadi manusia.
Kutip Pengalaman Berharga
Kalau ikutkan banyak sungguh
pengalaman yang menyentuh hati. Lepas jadi AJK dan banyak terlibat dalam urusan
sekolah jadikan aku lebih emosional bila melibatkan anak-anak. Put aside
anak-anak yang ada keluarga yang sempurna.
Fokuskan pemikiran kepada anak-anak yang nasib kurang baik, datang dari keluarga yang bermasalah, dan keluarga yang ekonomi menjadi cabaran utama. Alhamdulillah itu semua jadi asbab untuk aku didik anak sendiri supaya sentiasa jadi manusia bersyukur.
Cara aku dan kawan-kawan adalah
dengan dekat dengan anak-anak. Jadi kawan mereka. Banyak perkara berjaya kami
capai bila kenal mereka terutama anak-anak yang ada masalah disiplin. Buat hal
sebab kurang perhatian. Mana mampu kami nasihat kami buat.
Berkawan Sampai Syurga
Seronok bila anak-anak menjerit
panggil nama kami setiap kali jumpa di sekolah. Ramai-ramai datang, salam cium
tangan. Muka masing-masing gembira dan mulut non stop bercerita. Ada saja
perkara nak mengadu.
Pengalaman melatih anak-anak pra sekolah nak masuk pertandingan bukan perkara kecil sebab melibatkan mental dan fizikal.
Kalau ditanya apa pengalaman dan
perkara paling berharga akan aku kenang sampai bila-bila adalah cikgu yang
setiap kali aku berborak dan buat kerja bersama tak pernah lokek dengan
senyuman.
Yang setiap kali aku jumpa dan
bekerjasama pasti akan terasa ikhlas berkawan. Juga senyuman dan kegembiraan murid
yang bangga selepas berjaya bangkit dari kekalahan. Aku seronok jadi sebahagian
proses mereka membesar.
Apa pun aku bersyukur, Allah bagi
peluang dan sekarang masanya untuk aku susun semula hidup fokus kepada diri dan
keluarga. Meletak jawatan bukanlah aku senyap terus cuma beri peluang kepada
muka-muka baru untuk suntik idea untuk kecemerlangan anak-anak.
0 Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.