Selamat Menyambut Ramadan. Alhamdulillah masih diizinkan Tuhan dapat berpuasa bersama keluarga. Masih lagi berkesempatan balik kampung jumpa emak.
Nikmat mana lagi aku nak dustakan ye tak? Seperti
tahun sudah selagi ada kesempatan mesti akan cuba balik kampung.
Gerun bila kenangkan yang kita semua ni semakin
hari semakin bertambah usia. Semakin suntuk masa Allah beri dekat dunia ni.
Syukur emak baik-baik sahaja. Masih mampu
berjalan, bangun sahur dan paling penting masih aktif buat kerja harian.
Bila imbas kembali, balik kampung dan berbuka puasa dengan emak dah jadi tradisi ramadan yang aku terapkan dari dulu lagi.
Sambut Ramadan & Sahur Pertama Di Kampung
Tahun ini, kami sambut Ramadan dan
sahur pertama di kampung. Walaupun tak dapat berbuka puasa dengan emak tapi
tetaplah bersyukur sebab dapat buat banyak perkara.
Tolong emak kemas rumah, makan
makanan air tangan emak, sahur di kampung, ziarah kubur abah dan lepaskan rindu
setelah lama tak balik.
Lauk sahur emak masak rendang ayam pencen, gulai asam rong ayam dan nugget untuk anak-anak.
Tahun ni persiapan Ramadan lebih
kepada anak-anak. Masing-masing baru nak cuba puasa penuh. Si kakak paling teruja
nak puasa sebulan.
Sebagai emak of cos aku gembira
sebab tak perlu explain panjang kenapa kena puasa. Dari dulu lagi aku tak
tekankan wajib puasa memandangkan faktor usia.
Rasanya anak Perempuan memang
cepat matang dari usia ya. Semalam agak padat jadual kami. Tapi Raudah tetap
bertenaga puasa.
Bayangkan pukul 11 pagi bertolak
dari kampung, singgah ke beberapa mall nak cari baju Melayu Ikhwan. Kemudian terus
hantar ke asrama.
Cuaca panas memang menduga. Sebab
tu juga si adik kecundang semalam. Pukul 2.00 petang mata dah berair. Minta belas
Ehsan nak buka puasa.
Berbuka Di Rumah Sendiri – Menu Berbuka
Semalam selesai beli lauk dan barang basah terus
balik rumah. Kami decide nak berbuka di rumah dan masa menu berbuka ala kadar
saja.
Menakutkan bila tengok jalan raya yang begitu
sesak terutama di kawasan bazar ramadan. Memang jadi tumpuan bazar ramadan kali
ini.
Badan letih jadi nafsu nak meredah lautan
manusia di bazar tu senipis kulit bawang. Dari aku mengamuk dan beli makanan
yang tah apa-apa elok masak nasi dekat rumah je.
Lauk berbuka pun simple je jadi tiada gambar. Goreng
telur mata dengan bawang dan ikan bilis. Masak juga sayur sawi tumis dengan
udang kecil. Udang kertas kot nama dia.
Bancuh Teh gula panas untuk berbuka. Niat tahun
ni nak sederhana semua perkara. Moga makbul la hendaknya. Nak ulang kembali semangat masak untuk berbuka puasa tahun 2020.
Ramadan Dulu dan Ramadan Sekarang
Tetaplah terasa perbezaan waktu nak sambut
ramadan dulu dan sekarang. Dulu fikirkan diri sendiri je tapi sekarang
anak-anak lah yang jadi keutamaan.
Baik dari segi persiapan, menu dan rutin puasa.
Kalau dulu teruja nak berbuka dengan air manis. Kali ni Alhamdulillah selera
dekat air manis dah berkurang.
Tapi masih terlalu awal ni. Harap bertahan lah
hendaknya berbuka dengan menu yang tidak keterlaluan.
Aku harap ramadan kali ni aku dapat fokus tingkatkan ibadah dan solat di awal waktu. Aku doakan apa jua azam puasa korang juga termakbul ya.
Jangan lupa banyakkan doa yang tidak ditolak sepanjang ramadan ni.
Akhir kata, moga Ramadan kali ini membawa
keberkatan dan membuka pintu-pintu Rahmat buat kita semua. Semoga kita dapat
merasai malam Lailatul Qadr. Selamat berpuasa semua. Jaga diri.
0 Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.