Kepada Khairul Aming (KA), terima kasih kongsi resepi ayam kukus ni. Saya dah buat dan memang jadi. Sedap dia ya ampun. Nikmat mana lagi aku nak dustakan.
Macam biasa setiap kali jumpa
bulan Ramadan, KA mesti akan kongsi resepi viral berbuka puasa. Selaku chef
dekat rumah sendiri harus ya tengok video dia untuk ambil inspirasi.
Kadang-kadang banyak je simpan
video dari cuba buat. Biasalah kan, nak masak perlukan kerajinan. Lagipun aku
target nak cuba menu berbuka yang ringkas tapi sedap je.
KA ni terkenal dengan sambal yang dia jual tu - aku pernah review Sambal Nyet korang nak cuba boleh beli dekat sini
Menu Berbuka Khairul Aming - Resepi Ayam Kukus Sambal Embe
Hari tu KA kongsi resepi Ayam
Kukus Sambal Embe. Katanya resepi dari negara jiran. Memandangkan kita
serantau, yakin sangat akan kena dengan tekak. Selera tak lari jauh la
maknanya.
Ikut carian di internet, sambal
Embe berasal dari Bali dan unik kerana menggunakan bawang merah goreng sebagai
bahan utama.
Digabungkan dengan cili pedas,
serai, dan daun limau purut, ia memberikan rasa segar, pedas, dan sedikit
rangup.
Berbeza dengan resepi yang KA kongsi ni ada bahan lain juga digunakan. Tak kisahlah yang pasti sedap rasa dia.
Ikut resepi KA, ayam tu dia carik-carik isi dia kemudian gaul dengan sambal tu. Lagi power. Tapi dekat rumah ada budak kecil tak tahan pedas, maka kita buat asing-asing.
Bahan-Bahan Resepi Sambal Embe Yang Mudah
Cara nak masak Sambal Embe ni mudah je. Bahan-bahan pun kebanyakkan ada di dapur. Untuk yang dah habis idea nak masak apa untuk berbuka boleh cuba.
Ayam Kukus
• 2 ketul ayam bahagian peha
• 1 sudu sos tiram
• ½ sudu besar minyak bijan
• ½ sudu tepung ubi kayu
• White paper
• Garam
• Daun bawang
Sambal Embe
• 5 biji bawang merah (hiris nipis)
• 5 biji bawang putih (hiris nipis)
• 8 biji cili merah/cili padi (hiris)
• Belacan bakar
• Minyak untuk menggoreng
Cara Kukus Ayam Supaya Kekal Juicy & Sedap
1. Gaulkan ayam dengan garam, sos tiram, minyak bijan, white
paper dan tepung ubi.
2. Garam letak secukupnya. Letak dalam bekas dan masukkan daun
bawang.
3. Kukus ayam selama 25-30 minit sehingga masak sepenuhnya. Guna bekas Stainless steel serbaguna ni best korang. Aku memang buat stok dekat rumah. Boleh guna untuk kukus, sebagai bekas simpan lauk dan sayur juga.
4. Setelah masak, rehatkan ayam seketika sebelum dicarik isinya.
Cara Buat Sambal Embe yang Padu
1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih
sehingga keemasan.
2. Masukkan cili merah dan belacan. Kacau sebati.
3. Tumis seketika. Dah siap. Tuang sambal ke atas isi ayam yang
dicarik tadi. Gaul sebati.
Tips Masak Ayam Kukus Sambal Embe
Confirm Jadi
- Air lebihan kukusan ayam jangan di buang, campurkan
sekali bersama isi ayam dan sambal.
- Kalau ada resdung tak digalakkan mencuba resepi ini
tapi kalau teringin sangat boleh kurangkan kauntiti belacan dan lebihkan
bawang merah.
- Untuk naikkan rasa sambal tu, perahkan 2 biji limau
kasturi waktu nak makan.
- Aku masukkan mushroom seasoning waktu nak perap ayam tu. Sejak guna mushroom seasoning aku dah tak guna serbuk perasa lain.
Sedap dimakan bersama nasi putih panas. Waktu menulis ni pun aku masih terliur membayangkan kesedapan ayam tu. Dekat rumah tiada ayam bahagian peha jadi aku gunakan bahagian kepak. Selamat mencuba korang.
0 Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.