Kembali ke Sekolah - Rutin Pagi Yang Sibuk

Sesi persekolahan dah mula. Dah hampir seminggu juga anak-anak ke sekolah. Ikut pimpinan kerajaan sekarang, seminggu awal ni adalah minggu bersuka ria.

Jadi setiap hari waktu persekolahan ada saja aktiviti yang sekolah adakan. Mungkin tak mahu bagi anak terperanjat terus belajar. Agaknya lah.

Minggu depan baru anak-anak akan mula belajar. Yihh. Kalau aku dulu sekolah tiada makna nak ada minggu suka ria. Ahaks.

Rutin sedikit berubah, anak nombor tiga dah masuk tahun 1. Dia rasa dia besar sangat dah. Dapat pakai baju macam kakak dan abang. Habis sekolah pun sama dengan kakak. Jadi mudah urusan.

 

Kembali ke Sekolah - Pagi Kembali Sibuk

Setakat ni Alhamdulillah urusan sekolah semua berjalan lancar. Seperti dijangka rutin pagi aku kembali sibuk.

Lebih sibuk berbanding tahun lepas sebab tahun ini anak-anak request nak bawa bekal ke sekolah. Setuju nak masak sebab kadang-kadang kesian anak bosan dengan menu kantin jual.

Jadi sekarang memang otak sentiasa ligat cari idea untuk bekal. Setakat ini masih bertahan bekalkan makanan berat beserta biskut dan buah.

Pembelian buku dan peralatan sekolah kami dah selesaikan minggu akhir bercuti yang lepas. Dah ada pengalaman jadi tidak lah buang masa cari barang yang diperlukan.

Beli buku yang perlu sahaja memandangkan stok tahun lepas ada lagi buku anak tak sempat guna.

Ada sedikit perubahan terutama buku aktiviti subjek Bahasa Inggeris. Cikgu siap pesan beli buku aktiviti tambahan. Wajib untuk murid tahun tiga guna.


dah-mula-sekolah


 

Si Bongsu Masuk Darjah 1

Pejam celik, anak bongsu dah melangkah ke darjah 1. Cepatnya anak kau besar. Memandangkan dia pra sekolah di sekolah yang sama jadi tidak lah risau sangat.

Jumaat sebelum sekolah dibuka, dah bawa dia untuk sesi orentasi. Persediaan untuk dia macam kakak abang dia yang lain.

Selesai beli barang keperluan dan memang kena latih dari awal supaya bangun awal. Kalau tidak masing-masing menolak jadi orang pertama masuk bilik air.

Setakat ini anak gembira je ke sekolah. Syukur tak banyak karenah. Hari pertama tu dia agak teruja sebab jumpa kawan-kawan lama.

Hari seterusnya dah faham cara belajar dan boleh ingat apa cikgu pesan. Tiga hari pertama persekolahan aku ke sekolah, perhati dia makan dekat kantin.

Sekolah benarkan ibu bapa pantau anak dengan syarat hanya berada di kantin dan bukan di depan kelas.

 

Kembali-ke-Sekolah


Si Kakak TuKar Kelas

Tahun ni banyak juga perubahan besar sekolah buat. Selain tukar nama kelas, sekolah juga buat reshuffle untuk tahun tiga.

Sebagai emak aku mampu nasihat anak supaya lapang dada dan biasakan perubahan walaupun perkara itu tidak menyeronokkan.

Sekolah rombak semula jumlah murid mengikut kelas dan asingkan murid yang terlalu selesa dengan kawan rapat.

Tujuan utama nak elak budaya ‘klik’ yang kurang sihat. Berkawan tu tak salah tapi kalau membawa lebih banyak keburukkan aku setuju je sekolah buat rombakan.

Raudah antara murid yang terkena tempias perubahan. Dia masuk kelas baru tapi masih dengan Guru Kelas Tahun dua yang sama.

Guru sama yang jadi guru kelas sekarang. Jadi tidak lah aku risau sangat. Satu benda aku perasan anak-anak aku jenis survive, hati kering.

Dia tak kisah pun terpisah dengan kawan baik dia sebab dia fikir boleh jumpa lagi waktu rehat di kantin. Kawan kelas sebelah ada yang menangis sebb terpisah.

Macam-macam ragam anak-anak ni.


sekolah-asrama


 

Abang Kembali ke Asrama

Si abang pula meneruskan perjuangan kembali ke asrama. Tak sangka dah setahun abang belajar duduk di asrama.

Sehingga ke hari ini, kami dah buat perbincangan santai dengan Ikhwan. Tegur mana patut. Banyak lagi ruang kelemahan boleh dibaiki terutama bab pelajaran.

Ambil masa setahun juga aku nak biasakandiri waktu dia tiada. Selalu aku harapkan Ikhwan bantu aku dalam semua perkara kat rumah.

Adik-adik dia memang terasa sangat bila abang dah masuk asrama. Jadi memang meriah bila abang balik hujung minggu.

Tahun ini pula secara rasmi abang dipilih menjadi Pengawas. Sekolah lantik masuk di bawah biro disiplin.  

Proses pemilihan bermula dengan sesi interview oleh cikgu dan MPM. Selepas interview ada tempoh jadi pengawas percubaan selama beberapa bulan.

Awalnya kami berat hati izinkan dia jadi pengawas, risau dia tak dapat fokus belajar. Tapi dia berjanji nak buat yang terbaik. Hati mak cepat cair. Izinkan dengan syarat pelajaran tak terabai.

 

Dengan berkat dan rahmat Allah, kami bersyukur dapat tengok anak-anak semakin membesar. Sebagai ibu bapa, besar harapan kami anak berjaya di dunia dan akhirat.

Setiap kali aku menulis dekat sini, setiap kali itu lah aku akan ingatkan diri yang kasih sayang Allah itu luas, dan terlalu banyak yang Allah beri kepada keluarga kecil kami.

 

Catat Ulasan

0 Ulasan