Kehilangan Abang Ipar - Kenangan yang Takkan Dilupakan

Aku baru saja kehilangan abang ipar. Kehilangan yang tiba-tiba dan semestinya memberi kesan mendalam kepada kami sekeluarga terutama kakak aku.

27 Januari 2025, satu tarikh yang akan kekal dalam ingatan kami sekeluarga. Abang ipar aku, yang selama ini menjadi tulang belakang kepada kakak dan anak-anaknya, telah pergi meninggalkan kami.

Pedih tapi itulah janji Allah. Setiap yang hidup pasti akan mati. Dunia hanya pinjaman untuk kita yang hidup mempersiapkan bekalan untuk urusan di akhirat kelak.


Kehilangan Yang Takkan Dilupakan

Aku ingat lagi saat kami semua berkumpul di hospital. Bila doktor terangkan yang abang tak dapat lagi dibantu dari segi perubatan.

Apa yang mampu doktor buat hanyalah masukkan ubat untuk kuatkan jantung. Sedihnya perasaan waktu tu.

Rasa langit nak runtuh. Kami faham keadaan kesihatan arwah tapi bila doktor ingatkan yang masa arwah dah tak lama yang buat kami betul-betul terduduk.

Kami sebagai adik beradik hanya mampu bergilir-gilir bacakan yasin, tunjukkan sokongan kepada kakak dan anak saudara.

Ya waktu getir macam inilah pentingnya support system tu. Kasihan bila teringatkan keadaan kakak aku. Separuh nyawa dia dibawa pergi.

kehilangan-orang-tersayang


 

Khidmat Dan Kenangan Terakhir

Bersyukur sangat kami ramai-ramai dapat berkhidmat untuk abang buat kali terakhir. Mudah sangat segala urusan.

Lepas berbincang, kakak ambil keputusan untuk bawa suami balik rumah. Atas nasihat doktor dan juga permintaan arwah. Aku yakin itulah keputusan paling sukar kakak aku buat.

Abang ipar menghembuskan nafas terakhir waktu dalam perjalanan balik, dalam ambulance. Betul-betul dah dekat dengan rumah dia.

Selesai urusan pengebumian, kami adik beradik berkumpul di rumah kakak. Tak lain tak bukan nak beri sokongan dan tak mahu kakak termenung. Anak-anak arwah nampak tenang tapi dalam hati siapa tahu.

Semua kebaikan dan kenangan bersama arwah akan sentiasa kekal di ingatan. Abang ipar aku banyak sangat jasa dia kepada kami.

Aku ingat lagi dulu waktu belajar di UiTM, waktu akhir semester dia akan tawarkan bantuan nak angkut segala barang-barang hostel bawa balik kampung.

Masa tu dalam keluarga kami hanya dia je yang ada kereta. Bila fikir semula banyak betul pertolongan yang arwah hulurkan.

 

Walaupun berat sangat rasa kehilangan ini, tapi kami cuba kuat demi kakak. Sungguh tak mudah, bertambah pula nak masuk bulan Ramadan dan Syawal. Pastinya akan terasa kehilangan tu.  

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Memang berat dugaan kehilangan. Semoga terus dikurniakan ketabahan.

    BalasPadam
  2. Salam takziah.
    Didoakan agar arwah abang ipar ditempatkan di kalangan para solihin aamin 🤲🏻

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    BalasPadam
  4. Salam takziah . Moga arwah diletakkan bersama orang orang yang berimann dan diletakkan di syurga yang paling baik untuknya Aamin

    BalasPadam
  5. Innalillahiwainnailaihirajiuun... Semoga roh abg ipar Rodiah bakal ditempatkan bersama roh org2 yg berimann n bertaqwa. Aamiin...

    BalasPadam
  6. Semoga segala kebaikan dia didunia mnjadi bekalan dia diSana..Amin..

    BalasPadam
  7. salam takziah Diah, semoga keluarga tabah dengan ujian yang berat ini.. aamiin

    BalasPadam
  8. salam takziah...alfatihah utk arwah abg ipar

    BalasPadam
  9. Allahuakbar.. mmg terasa separuh nyawa pergi bila terpaksa hadap kematian org tersayang.. moga kakak & anak-anak diberi kekuatan menempuh hari mndatang aminnnn

    BalasPadam
  10. Ya Allah ikut sedih saya membaca ini kak . Innalilahi wainnailaihi rojiun. Semoga almarhum Abang ipar diterangi kuburnya, diampuni segala kesalahan beliau, dan saya harap keluarga yg ditinggal juga kuat menerima cobaan jelang ramadhan seperti ini 😔

    BalasPadam

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.