Hari ni aku nak kongsikan tentang tentang dua momen manis yang berlaku baru-baru ni dan serentak dalam keluarga kami. Anak aku yang enam tahun, yang masih prasekolah, baru-baru ni terlibat dalam majlis convocation di sekolah.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kami sekeluarga dapat merasa semua ni. Pejam Celik pejam celik dah setahun. Cepat betul awak besar Airis. Tahun depan dah masuk darjah Satu.
Cikgu Tahun Satu dah buat group whatsapp dan orentasi Tahun Satu bakal berlangsung pada pertengahan bulan februari. Dah boleh sediakan barang-barang keperluan sekolah ni.
Convocation Prasekolah & Anugerah Cemerlang Anak
Manakala anak kedua aku yang
tahun depan nak masuk Tahun Tiga, Raudah dapat Anugerah cemerlang PBD. Syukur
sangat sebab kedua-dua mereka berjaya melalui pengalaman yang sangat berharga.
Apa yang lebih bermakna, aku juga
dijemput ke majlis Apresiasi Kemenjadian Murid untuk meraikan pencapaian mereka.
Jemputan hanya diberikan kepada ibu bapa yang anak mereka menerima anugerah cemerlang, terlibat buat persembahan, murid prasekolah dan ahli PIBG.
Majlis Apresiasi Anugerah Cemerlang PBD
Lain eh dulu dan sekarang. Majlis Kecemerlangan dan tukar kepada Majlis Apresiasi. Kisah anak aku yang darjah dua juga ada cerita manisnya sendiri. Dalam majlis apresiasi, dia menerima anugerah Cemerlang PBD – mewakili kelas Tahun Dua, Murid tahap 1.
(aprésiasi) 1. penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll seseorang atau sesuatu pihak); 2. pengiktirafan serta penghayatan nilai dll (sesuatu karya) sastera atau seni: kegiatan ~ sastera spt deklamasi puisi dan nyanyian puisi bukan lagi menjadi milik sasterawan kota; ~ masyarakat terhadap seni lukis masih rendah; mengapresiasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Sebagai ibu, aku rasa sangat terharu dan bangga. Walaupun aku tak terlibat dalam sesi pembelajaran langsung, aku tetap rasa berbangga melihat usaha anak aku dihargai.
Ikutkan aku termasuk kategori ibu bapa yang “suka menyibuk” kalau bab sekolah. Rajin je mulut aku bertanya dengan Guru Kelas kalau ada apa-apa info.
Jadi aku selalu bagi semangat dekat anak-anak untuk buat yang terbaik kalau nak naik pentas terima hadiah.
Apa yang lebih penting, aku tahu mereka berusaha bersungguh-sungguh. Itu yang paling bermakna bagi aku.
Penguasaan Pentaksiran Murid PBD & PBS
Memang pening ya sistem Pendidikan
sekarang terutama semenjak peperiksaan besar dimansuhkan dan tak guna Gred
sebagai tanda aras pencapaian murid.
Waktu pertama kali aku kongsi tentang
PBD pada tahun 2019, Ikhwan lah jadi bahan eksperimen sebab masa tu sekolah
baru melaksanakan PBD lepas tu ditambah baik dengan PBS pula.
Apa aku faham PBS ni lebih holistik.
Boleh baca perkongsian aku dekat sini; Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Apa aku tulis berdasrkan apa jadi
waktu tu dan aku percaya semestinya Kementerian Pendidikan menambah baik sistem
dari masa ke semasa.
Persembahan Prasekolah – Sketsa
Muzikal Upin Ipin
Salah satu momen yang tak dapat
dilupakan adalah ketika anak aku yang kecil terlibat dengan persembahan pentas
di majlis convocation. Dah jadi tradisi sekolah, anak prasekolah akan buat
persembahan setiap tahun.
Cikgu pilih persembahan Upin Ipin Sketsa Muzikal Pengembala Biri-Biri dan Serigala. Memang seronok melihat dia dan rakan-rakan prasekolah lain berlatih dan akhirnya tampil dengan penuh keyakinan. Latihan tak sampai sebulan membuahkan hasil.
Aku sendiri rasa bangga sebab aku dan rakan-rakan turut terlibat membantu cikgu melatih mereka. Bukan setakat itu saja, kami berjaya hasilkan baju biri-biri, prop bunga dan pokok, serta watak yang terlibat.
Airis pegang watak biri-biri.
Walaupun hanya beberapa minit di
pentas, rasa puas hati melihat anak-anak kecil ini beraksi dengan berani dan
gembira sangat tak ternilai.
Aku tak boleh nafikan, aku
sedikit teruja bila dapat membantu. Kami mewakili PEWARIS yang fungsinya macam PIBG
tapi fokus bantu Prasekolah.
Walaupun bukan menjadi cikgu,
tapi rasa seolah-olah sebahagian daripada usaha mereka buat persembahan ini
buat aku rasa sangat dekat dengan anak-anak. Mereka memang seronok, dan
walaupun ada yang sedikit gugup, tapi akhirnya semua berjalan lancar.
Secara keseluruhan, hari itu adalah
hari yang penuh dengan rasa bangga dan syukur. Bukan sekadar melihat anak-anak
berjaya, tetapi juga melihat mereka menikmati proses pembelajaran dan
berkembang dengan cara mereka sendiri.
Bukan niat aku mahu menunjuk,
cuma sekadar berkongsi momen gembira ini sebagai ibu yang bersyukur. Semu aini rezeki
Allah beri. Semoga mereka terus berkembang dan mencapai impian mereka, dengan
langkah kecil yang penuh makna.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.