Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki di Kalumpang yang terletak di Sabak Bernam, Selangor memang sangat menyeronokkan.
Dikelilingi pokok hijau, hutan dan kawasan kampung, semestinya mereka yang cintakan alam semula jadi pasti akan jatuh cinta dengan Kalumpang.
Sabtu lepas aku dan keluarga menghadiri majlis reunion kecil -kecilan bersama bekas rakan sepejabat tempat aku mencari rezeki enam tahun lepas.
Banyak sangat kenangan manis bersama mereka. Nak ingat yang manis-manis je, kenangan pahit kita campak tepi. Ahaks. Reunion pun secara kecil-kecilan sebab circle ini lah yang jadi BFF waktu aku kerja dulu.
Kakak, abang dan adik inilah yang banyak beri tunjuk ajar, jadi geng makan sarapan dan geng keluar lunch. Bersyukur sangat Allah temukan aku dengan orang yang baik-baik.
Reunion Rakan Sepejabat - The Nahara Resort Kalumpang
Alhamdulillah ukhwah tu berpanjangan sehingga ke hari ini. Dari masing-masing bujang sehingga dah ada anak yang nak masuk Universiti. Cepat betul masa berlalu.
Ikutkan peluang nak berjumpa tu sangatlah tipis, tapi masing-masing gigih meluangkan masa nak buat reunion. Maklumlah semua teramat sibuk dengan kehidupan dan urusan mencari rezeki.
Setelah banyak kali merancang kami berjaya buat majlis reunion untuk tahun 2024 dengan tema bersembang makan sambil mandi manda.
Tiada majlis yang grand tapi cukup sekadar masing-masing berkongsi update tentang kehidupan masing-masing.
Dulu pernah buat surprise Bachelorette Party untuk kawan yang sama.
Tempat Terbaik Untuk Reunion Di Selangor
Tempat reunion kali ni betul-betul berbeza. Sebelum ni kami berjumpa waktu sambut hari lahir aku dekat dalam tempat berhawa dingin. Tapi kali ni kembali ke alam semulajadi pula.
Kami sepakat memilih The Nahara Resort iaitu tempat perkelahan dan mandi air terjun. Masing-masing terus setuju bila tempat ini dicadangkan.
Sebelum ni aku pernah berkelah tepi pantai di Bagan Lalang
Tempat ni sesuai sangat untuk mereka yang mencari resort dalam Malaysia terutama untuk yang tinggal di sekitar Lembah Klang untuk dijadikan tempat reunion.
Kalau bawa keluarga ke Pantai Remis Selangor pun okay untuk Seafood hunting.
Suasana dekat sini agak privacy dan elok terjaga. Setahu aku hanya mereka yang membuat tempahan awal sahaja dibenarkan masuk.
Dari segi kemudahan pula ada disediakan chalet dan juga glamping untuk bermalam. Untuk pengunjung seperti kami yang datang untuk berkelah disediakan gazebo (kena sewa) lengkap dengan tempat BBQ.
Suasana tepi air terjun memang mendamaikan. Lagi seronok persekitaran air terjun yang bersih dan jernih. Tempat ni bebas sampah.
Ada surau dan tandas juga banyak dan tempat persalinan bersih. Puas hati sangat. ada juga kedai runcit yang menjual barang-barang keperluan berkelah seperti arang, pelampung, dan makanan.
Kenapa The Nahara? Borak, Makan, Mandi, Repeat
Jarak dari rumah aku ke The Nahara Resort lebih kurang sejam setengah. Kami setuju untuk berjumpa dekat sana pada pukul 10 pagi.
Selesai mengemas kami bertolak selepas sarapan pagi. Alhamdulillah perjalanan pergi berjalan lancar cuma petang tu hujan turun dengan lebat.
Awal-awal kami sampai terus turunkan barang dan siapkan tempat untuk BBQ. Masing-masing dah bawa kelengkapan diperlukan ikut perbincangan sebelum tu.
Sementara tunggu rakan-rakan lain sampai kami penuhkan perut dengan makanan, update kisah hidup dan masing-masing tak sabar nak mandi air terjun.
Jadi dari awal sampai kerja kami hanya berborak, makan dan mandi. Sumpah tak sempat nak bosan. anak-anak paling seronok tak mahu balik.
Tip Merancang Reunion
Aku nak kongsikan beberapa tip yang boleh korang pertimbangakan kalau ingin merancang reunion. Ini berdasarkan pengalaman aku setelah beberapa kali buat reunion.
Untuk menjayakan reunion supaya seronok dan bermanfaat, antara perkara yang korang kena buat ialah seperti berikut:
Lokasi Mudah Akses: Cari lokasi yang mudah di akses adalah penting, dan semua orang bertanggungjawab untuk study tentang tempat yang dipilih. Buat tempahan awal jika perlu.
Kemudahan Asas Lengkap: Dapatkan maklumat tentang kemudahan yang disediakan semasa buat tempahan. Penting juga untuk pastikan kemudahan asas berada dalam keadaan baik demi keselesaan sepanjang reunion.
Ulasan yang Baik: Bacalah ulasan pengunjung lain untuk tempat terbaik reunion. Jika kebanyakan pengunjung yang lain mempunyai pengalaman yang baik, kemungkinan besar korang juga akan berpuas hati dengan tempat tu.
Pembahagian Tugas: Memandangkan majlis reunion adalah kecil-kecilan jadi lebih mudah untuk berbincang tentang apa yang perlu dilakukan. Kami senaraikan perkara perlu bawa, makanan, kelengkapan BBQ dan juga susun aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Alhamdulillah reunion kami berjalan lancar. Walaupun dalam masa yang singkat tapi reunion di The Nahara Resort Kalumpang amat memberi makna dan mencipta kenangan baru yang amat manis.
Semestinya kami dah mula mencari tempat untuk reunion untuk masa akan datang. Korang tahu tempar menarik boleh kongsi di ruangan komen. Terima kasih.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.