Aktiviti gotong royong ni berlaku masa awal tahun hari tu. Buruk betul perangai baru nak kongsi dekat blog. Demi kenangan yang bakal di baca di masa depan ya.
Kami ibu bapa hadir ke sekolah
untuk membantu menceriakan kelas anak. Pengalaman pertama hadiri gotong royong
untuk sekolah menengah.
Semestinya aku kena kongsi dekat
blog sebab esok lusa boleh baca semula kenangan ni. Hai sekejap betul anak dah
masuk menengah, 13 tahun.
Cepat sungguh masa berlalu.
Gotong royong diadakan pada pagi Sabtu. Setengah hari je dah siap semua.
Setakat ni kami kalau sekolah ada buat gotong royong memang jarang kami skip.
Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah
Jadi gigih la kami datang awal
pada hari kejadian. Kalau betul ikut tekaan aku, hanya ibu bapa tingkatan satu
sahaja yang dijemput.
Tempat gotong royong pula memang
fokus nak cantikkan kelas anak masing-masing. Seminggu sebelum tu, cikgu dah
minta ibu bapa sumbangkan idea.
Sumbang idea dan sekaligus
sumbang duit untuk beli peralatan. Memang berdikari sungguh ya. Jadi guna
konsep amal jariah. Masing-masing bawa peralatan kebersihan sendiri dari rumah.
Lagi senang sebenarnya.
Sebelum hari gotong royong,
anak-anak dah berbincang sesama sendiri berkenaan keceriaan kelas dan aktiviti
kebersihan yang bakal dijalankan.
Lain sungguh dengan zaman aku
dulu. Kami lebih banyak patuh dengan arahan dan idea juga agak terhad.
Maklumlah duit bukan banyak sangat zaman dulu. Jadi guna konsep redha je.
Satu benda aku belajar adalah
trust them. Walaupun mereka pilih tu nampak mengarut dekat mata kita sebab
selera kan tak sama.
Lagi satu, nak capai kata persefahaman
tu memang memerlukan sabar yang tinggi.
Aktiviti Gotong Royong - Mengemas, Mencuci & Mengecat
Untuk kelas Ikhwan yang banyak
memainkan peranan dan bersuara ialah Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.
Masing-masing setuju pilih tema
Pastel. Itu ikut apa anak-anak tu cakap. Bila tanya Ikhwan, sebagai budak
lelaki diaorang setuju je.
Rasanya budak lelaki mana nak
ambil kisah sangat kan? Atau nama lain malas nak bertekak. Lol. Jadi bahagian
yang kami ibu bapa bantu anak-anak bersihkan ialah tingkap, lantai, kipas,
loker dan meja.
Lap bersihkan tingkap, cuci
kipas, mop lantai, cantikkan loker, balut meja dan sepatutnya nak cat kelas
tapi last minute ada perubahan.
Jadinya hanya tanggalkan
wallpaper sticker yang lama untuk mudahkan kerja mengecat nanti.
Masa hari kejadian ada parents’ yang
sedekahkan alas meja. Rezeki anak-anak. Alhamdulillah. Kami sama-sama pasang
alas meja.
Ramai juga ibu bapa kelas Ikhwan
yang datang jadi kerja jadi mudah dan cepat siap. Untuk cat kami setuju untuk
kumpul duit dan upah orang. Selesai bab tu.
Cedera Terkena Bucu Tangga
Dijadikan cerita banyak akal
sungguh anak-anak ni. Airis cedera di kepala terkena bucu tangga besi yang
karat. Disebabkan saiz kemetot dia tu, bila naik tangga bucu besi tu
betul-betul tepat dekat bahagian dahi dia.
Masing-masing aktif dan kebetulan
nak ikut abang dia ke kantin beli air. Waktu naik atas masing-masing berlumba
siapa nak sampai atas dulu.
Ha memang mendapat bila Airis tak
sengaja langar bucu besi tu. Memang berdarah la cerita dia. Terkoyak kulit dahi
tu.
Awal-awal macam okay tapi bila darah keluar non stop terus mak cuak.
Cuak lah juga. Terus tak jadi
tolong aktiviti gotong royong dan kami bawa ke klinik berhampiran. Doktor
periksa dan Syukur luka tak dalam.
Risaukan besi karat tu je. Alhamdulillah dia Insaf sekejap. Lol. Waktu terima rawatan tu dia memang takut. Harap dia ambil pengajaran.
Alhamdulillah aktiviti gotong
royong berjalan lancar. Selesai semua, bawa anak makan dan kami terus balik.
Badan automatik penat bila ada berlaku benda terkejut-kejut ni.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.