TV Samsung Rosak Tamat Tempoh Hayat

Tak pastilah kan normal atau tidak  perasaan aku ni? Sunyi betul rasa rumah ni bila anak-anak dah mula membesar. Paling terasa sunyi tu bila masuk waktu Maghrib. Hiba perasaan tu tak dapat diterangkan.

Anak yang dua orang tu ada je depan mata tapi bila diaorang dah leka bermain mana nak layan aku. Ikhwan pula memang dah seronok sekolah asrama.

Dasar anak bertuah. Memang itu cita-cita dia. Alhamdulillah atleast dia tahu apa dia nak. Ini agaknya apa emak rasa dekat kampung bila kami masing-masing dah berkahwin dan ada keluarga serta kehidupan sendiri.

Huwaa sedihnya.  Perasaan sunyi dan sedih tu datang dan pergi. Ini kalau mengadu pada suami mesti dia akan mula menyakat.

Tu malas nak mengadu tu. Tapi nak tak nak itu je lah tempat aku bercerita. Betul lah orang tua nasihat. Nak kahwin cari pasangan bukan sebab rupa je. Jangan sebab perasaan cinta ja.  


hidup-sunyi


 

TV Samsung Rosak Tamat Tempoh Hayat

Dekat rumah ni lagi menambah sunyi sepi tu sebab bulan lepas TV dekat rumah rosak. Mula-mula elok je skrin dia hitam separuh.

Kami bersangka baik lagi dan harap TV tu bertahan la sampai tahun depan. Rupanya tidak ya. Bulan lepas dia tidak menyala langsung.

Skrin gelap, suara pun tak keluar. Lampu merah dia pun tak menyala. Jadi tamat tempoh sudah. Lebih lima tahun kot dia berkhidmat.

Banyak juga kenangan dengan TV jenama Samsung ni. Beli masa kami masih menetap di rumah sewa dan bawa sekali masa pindah ke rumah sekarang.

Begitulah kan, sedangkan manusia pun ada waktu tak sihat dia. Inikan pula mesin ciptaan manusia.

tv-rosak


 

Cadangan Beli TV Baru

Setakat ni perbincangan kami belum ada keperluan nak beli TV baru. Awal tu macam panik risau anak bosan duduk dekat rumah.

Rupa-rupanya tidak ya. Masing-masing leka buat aktiviti masing-masing. Lagipun kalau rindu boleh je buka Netflix guna laptop aku.

Tapi setakat ni anak-anak belum sampai tahap merayu nak ada TV. Jadi kami hold je dulu rancangan nak beli TV. Lagipun waktu sekarang kurang sesuai sebab ada keperluan lain yang layak diutamakan.

Dalam masa yang sama aku survey juga lah jenama TV yang tak mudah rosak, murah dan berbaloi nak beli. Mana tahu ada rezeki durian runtuh kan?

 

Apa pun aku tak pasti perasaan sunyi ni disebabkan perubahan hormon dan faktor umur yangs emakin meningkat, atau kehidupan aku sekarang ebrada di skala mendatar. Ahaks.

 

Ulasan