Makan Nasi Ayam Di Nasi Ayam Mak Chili

Hari cuti lepas aku ajak suami makan nasi ayam di restoran Nasi Ayam Mak Chili cawangan Wangsamaju. Cawangan paling dekat dengan rumah jadi ke situ kami tuju.

Kami kalau keluar beli barang mesti akan makan nasi ayam di food court Aeon.

Teringin nak cuba Nasi Ayam Mak Chili sebab banyak dapat review yang baik. Kebiasaan Dah ada dua cawangan dan merupakan milik Youtubers terkenal Isaac Osman.

Menambahkan lagi keyakinan kami nak mencuba disebabkan Isaac kan suka buat video makan jadi secara logiknya mestilah dia akan teliti bila buka kedai makan.


makan-Nasi-Ayam-Mak Chili


Makan Nasi Ayam Di Nasi Ayam Mak Chili

Nasi ayam ni jadi menu yang biasa kami akan cari bila masing-masing dah tiada idea nak makan apa atau malas nak masak. Paling selamat makan nasi ayam supaya tak kecewa takut makanan tak kena dengan tekak.

Sesuai sangat dengan tagline Nasi Ayam Mak Chili – “tak tahu nak makan mana, nasi ayam je lah”. Senang kerja kan?

Lagi satu Nasi Arab. Selalu kami makan dalam Aeon Big dekat Restoran Paradise Reyan. Sedap hoi kena dengan tekak kami satu keluarga. 

makan-Nasi-ayam



Misi Mencari Nasi Ayam Sedap

Duduk dekat KL ni rasa macam payah sangat nak jumpa Nasi Ayam yang betul-betul sedap. Mungkin sebab aku je belum jumpa kedai yang sedap agaknya.

Antara yang sedap dan kena dengan tekak pernah aku cuba ialah Nasi Ayam Mass. Itu pun kawan yang belanja. Kedai dia dekat Medan Selera, Taman Setiawangsa.

Kami sampai kedai dalam pukul dua petang macam tu dan kedai dah mula penuh. Dekat kaunter nampak sign Kategori A besar dekat depan.

Apa yang aku faham kalau kategori premis makanan merujuk kepada jumlah markah yang telah dinilai daripada pemeriksaan yang telah dijalankan oleh Pegawai Kesihatan.

Kalau dapat gred A, markah ialah 90 – 100. Jadi senang hati masuk kedai yang bersih. Yakin sikit nak makan.


Nasi-Ayam-Mak Chili


 

Makan Tengahari Di Nasi Ayam Mak Chili

Konsep makan dekat sini mudah je. Duduk dekat meja nanti krew dia bagi kertas pesanan dan sebatang pensil.

Selesai pilih panggil je krew dan tunggu lah mereka hiding. Menu ayam dia limit ya. Hanya ada Roasted Chicken dan Steamed Chicken sahaja. Harapnya in future boleh tambah BBQ dalam menu sebab itu favourite kami satu keluarga.

Suami dan anak-anak makan Nasi ayam roasted dan aku cuba nasi ayam steamed. Kami pesan juga Tofu Mak Chili sebab katanya ini signature dish dekat sini.


Tofu-Mak-Chili


Secara keseluruhan, makanan dekat sini sedap. Bagi aku Nasi Ayam adalah menu paling mudah kita nak cari mana salah dia.

Berikut ialah beberapa faktor utama yang aku rasa kenapa aku boleh suka Nasi Ayam Mak Chili:

Sambal: sambal cili dia cukup rasa. Manis, masam dan tidak terlalu pedas. Kalau nak sambal extra kedai caj RM0.50.

Ayam: Isi ayam roasted lembut (bukan lembik) dan berjus. Portion sedang elok untuk sorang makan. Roasted agak garing bagi tekak aku.

Nasi: nasi dia wangi dan penuh dengan hirisan halia. Warna dia agak keruh coklat berbanding nasi ayam yang banyak jual dekat kedai.  

Thai Green Tea Ais: Rasa Thai Green Tea dia tak terlalu pekat tak terlalu cair. Bila minum rasa sedang elok. Ah susah nak explain tapi sedap.


Thai-Green-Tea-ais


 

Cuma ada dua perkara yang kami kurang berkenan. Kerusi dia aku kurang selesa, rasa tak selamat. Tapi itu perasaan aku sajalah.

Kedua, pinggan yang mereka guna bentuk segi empat macam tu. Rasa tersekat nak makan. Maklumlah kita ni makan buas. Ahaks.

Pencarian Nasi Ayam masih diteruskan. Korang tahu nasi ayam sedap boleh drop dekat comment.

 

Ulasan

  1. Nampak menyelerakan 👍🏻
    Iced Green Tea tu menggoda :)

    BalasPadam
  2. Aihhh tadi saya dah nak masukkan dalam list, akan cobak tapi pas tahu di nasi nya banyak irisan halia, langsung mundur kak 😅😅. Saya tak bisa makan halia.

    Alasan kenapa jarang sangat nak makan nasi ayam, Krn banyak yg pakai halia. Memang harus pakai, tapi saya suka yg rasa halia tak kuat sangat. Dan jangan campur ke nasi kalo bisa 🤭🤭. Susah nak pinggirkan.

    BalasPadam
  3. tak nampak pinggan nasinya, maknanya nasi pun dalam pinggan macam yg dia hidang ayam tu?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.