Hari cuti lepas aku ajak suami
makan nasi ayam di restoran Nasi Ayam Mak Chili cawangan Wangsamaju. Cawangan
paling dekat dengan rumah jadi ke situ kami tuju.
Kami kalau keluar beli barang
mesti akan makan nasi ayam di food
court Aeon.
Teringin nak cuba Nasi Ayam Mak
Chili sebab banyak dapat review yang baik. Kebiasaan Dah ada dua cawangan dan
merupakan milik Youtubers terkenal Isaac Osman.
Menambahkan lagi keyakinan kami
nak mencuba disebabkan Isaac kan suka buat video makan jadi secara logiknya
mestilah dia akan teliti bila buka kedai makan.
Makan Nasi Ayam Di Nasi Ayam Mak Chili
Nasi ayam ni jadi menu yang biasa
kami akan cari bila masing-masing dah tiada idea nak makan apa atau malas nak
masak. Paling selamat makan nasi ayam supaya tak kecewa takut makanan tak kena
dengan tekak.
Sesuai sangat dengan tagline Nasi
Ayam Mak Chili – “tak tahu nak makan mana, nasi ayam je lah”. Senang kerja kan?
Lagi satu Nasi Arab. Selalu kami makan dalam Aeon Big dekat Restoran Paradise Reyan. Sedap hoi kena dengan tekak kami satu keluarga.
Misi Mencari Nasi Ayam Sedap
Duduk dekat KL ni rasa macam
payah sangat nak jumpa Nasi Ayam yang betul-betul sedap. Mungkin sebab aku je
belum jumpa kedai yang sedap agaknya.
Antara yang sedap dan kena dengan
tekak pernah aku cuba ialah Nasi Ayam Mass. Itu pun kawan yang belanja. Kedai
dia dekat Medan Selera, Taman Setiawangsa.
Kami sampai kedai dalam pukul dua
petang macam tu dan kedai dah mula penuh. Dekat kaunter nampak sign Kategori A
besar dekat depan.
Apa yang aku faham kalau kategori
premis makanan merujuk kepada jumlah markah yang telah dinilai daripada
pemeriksaan yang telah dijalankan oleh Pegawai Kesihatan.
Kalau dapat gred A, markah ialah
90 – 100. Jadi senang hati masuk kedai yang bersih. Yakin sikit nak makan.
Makan Tengahari Di Nasi Ayam Mak Chili
Konsep makan dekat sini mudah je.
Duduk dekat meja nanti krew dia bagi kertas pesanan dan sebatang pensil.
Selesai pilih panggil je krew dan
tunggu lah mereka hiding. Menu ayam dia limit ya. Hanya ada Roasted Chicken dan
Steamed Chicken sahaja. Harapnya in future boleh tambah BBQ dalam menu sebab
itu favourite kami satu keluarga.
Suami dan anak-anak makan Nasi
ayam roasted dan aku cuba nasi ayam steamed. Kami pesan juga Tofu Mak Chili sebab
katanya ini signature dish dekat sini.
Secara keseluruhan, makanan dekat
sini sedap. Bagi aku Nasi Ayam adalah menu paling mudah kita nak cari mana salah
dia.
Berikut ialah beberapa faktor
utama yang aku rasa kenapa aku boleh suka Nasi Ayam Mak Chili:
Sambal: sambal cili dia cukup
rasa. Manis, masam dan tidak terlalu pedas. Kalau nak sambal extra kedai caj
RM0.50.
Ayam: Isi ayam roasted lembut (bukan
lembik) dan berjus. Portion sedang elok untuk sorang makan. Roasted agak garing
bagi tekak aku.
Nasi: nasi dia wangi dan penuh
dengan hirisan halia. Warna dia agak keruh coklat berbanding nasi ayam yang
banyak jual dekat kedai.
Thai Green Tea Ais: Rasa Thai
Green Tea dia tak terlalu pekat tak terlalu cair. Bila minum rasa sedang elok. Ah
susah nak explain tapi sedap.
Cuma ada dua perkara yang kami kurang
berkenan. Kerusi dia aku kurang selesa, rasa tak selamat. Tapi itu perasaan aku
sajalah.
Kedua, pinggan yang mereka guna
bentuk segi empat macam tu. Rasa tersekat nak makan. Maklumlah kita ni makan
buas. Ahaks.
Pencarian Nasi Ayam masih
diteruskan. Korang tahu nasi ayam sedap boleh drop dekat comment.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.