Sungguh memberi inspirasi bila tengok video team Hot Fm (KJ, Johan, AG dan Fara Fauzana) berjaya mendaki Gunung Kinabalu.
Rasa Insaf dan bangga tu
bercampur baur. Boleh relate semangat tu sebab bulan lepas pun aku buat
aktiviti yang sama.
Cuma beza diaorang naik gunung
tapi aku mampu naik bukit jelah. Kalau tengok video Fara Fauzana memang amat
terseksa nak sampai ke Laban Rata.
Tapi dia berjaya juga paksa diri
walaupun dia tak naik sampai puncak. Aku pula yang bangga dia dapat cabar diri
macam tu.
Kalau tengok muka bumi gunung tu ya
ampun tengok video pon terseksa. Ikut diri aku yang dulu, memang langsung aku
tak pernah suka aktviti hiking ni. Menyeksa diri kot. Kelakar.
Hiking Bukit Dinding Pertama Kali
Pengalaman pertama aku hiking
bukit dinding dengan kawan-kawan memang seronok dan jadi ketagihan nak datang
lagi. Aku bukanlah kaki hiking, bukan juga orang yang suka camping semua ni.
Pendek kata aktiviti berkaitan
masuk dan stay dalam hutan tu aku kurang berminat. Agaknya tak jumpa circle
yang tepat nak kenalkan aku dengan alam semulajadi.
Tapi selepas tak sengaja terjebak
baru aku faham perasaan berjaya berada di puncak. Ahaks. Maafkan lah keterujaan
aku tu ya.
Ceritanya bulan lepas kawan ajak
buat aktiviti keluar peluh sama-sama. Selalu aku akan exercise dekat dalam
rumah je. Tapi semangat tu biasalah.
Kadang-kadang semangat nak berlari atas treadmill kadang memang dipandang dan dibiarkan sepi je treadmill tu. Begitu ya cabaran jadi surirumah ni.
Jogging Dulu Baru Hiking
Rancangan awal nak jogging
sekitar taman perumahan, rumah kawan aku. Tapi lepas habis buat satu pusingan
aku ajak buat kerja gila.
Alang-alang dah berpeluh aku ajak
terus ke Bukit Dinding. Kebetulan rumah kawan dekat sangat. Jalan kaki tak
sampai sepuluh minit.
Jadi hari itu secara rasmi aku
mencemar duli ke Bukit Dinding. Lokasi Bukit Dinding ni terletak di antara Setiawangsa
dan Wangsa Maju.
Fun Fact About Bukit Dinding. Tinggi Bukit Dinding adalah 291M. Nama “Dinding” tu merujuk kepada lerengnya yang curam, dengan kecerunan yang lazimnya melebihi 45 darjah, sekaligus menjadi "dinding" yang memisahkan Wangsa Maju dan Setiawangsa.
Kalau dekat tengah bandar KL, ini je kot kawasan hijau yang ada bukit dan boleh didaki.
Serik Nak Mendaki?
Personal opinion, sepanjang mendaki
tu ada dua tempat yang aku rasa semput dan sakit kaki nak panjat. Waktu awal tu
memang curam habis. Rasa nak marah bila panjat.
Marah diri sendiri kenapa gatal nak
hiking. Perghh tapi tak kan nak mengalah dan turun kan? Malu lah. Ahaks. Paksa juga
diri sampai ke puncak.
Sumpah seronok aktiviti hiking. Rasa
macam hilang segala toksik dalam otak. Dapat release stress dan release
perasaan tu.
Berada dalam hutan, dekat dengan
alam. Bernafas dapat direct oksigen dari daun. Perghh bukan semua dapat nikmat
tu. Nak pula berada di tengah bandar batu.
Sejam aku ambil masa nak sampai puncak.
Feeling lega dan bangga weh. Walaupun lambat but it’s okay. As long as aku tak
give up tu pun dah bersyukur sangat.
By the way waktu aku mendaki ada
orang tu dah naik buat kali kedua. Lol. Mungkin mendaki Bukit Dinding celah gigi
je bagi dia.
Kalau tanya serik ke nak mendaki
bukit lagi? mestilah tidak. Aku nak bawa anak dan suami pula lepas ni.
seronok nie...boleh nak try jugak nie...mau pancit nie, lama sangat tak beriadah
BalasPadamYou made it, tahniah!
BalasPadamBagilah aura tu dekat PH sama :)
Ciknur naik dgn anak2 transit seingat thn 2019 he hee
BalasPadamBesttt tp skrg xtau la larat ke tak
Psttt next nk naik ajak cik nurye he hee
Ciknur naik dgn anak2 transit seingat thn 2019 he hee
BalasPadamBesttt tp skrg xtau la larat ke tak
Psttt next nk naik ajak cik nurye he hee
Samalah hiking ni penat nak mateiii tapi seronok. Bila ditanya nak hiking lagi ke tidak. Memang nak tapi mampu bukit jelah. Gunung tak daya acik huhuu
BalasPadam