Kenapa Kita Perlu Berdoa?

Dari kecil kita diajar untuk berdoa. Nak apa-apa kena doa minta dekat Allah sebab Allah itu sifat Dia, Yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah. Mintak sajalah apa pun.

Doa adalah ibadah. Itu apa yang aku belajar jadi itu juga lah apa aku buat. Tapi sebenarnya, kenapa orang Islam kena berdoa?

Indahnya Islam, setiap perkara mula dengan doa. Nak keluar rumah pun ada doa khusus. 

Malangnya sepanjang aku mohon doa aku macam “tak rasa” berdoa dekat Allah. Faham tak? Berdoa tapi tak faham. Tipu lah kata tiada langsung aku rasa seronoknya untuk berdoa. Ada ketikanya tapi jarang sangat.

Dalam otak aku fikir aku ni manusia yang hina, banyak dosa. Kalau aku minta pun rasa macam segan sangat, jadi aku terima je apa Allah nak bagi.

Bodohnya aku rasa. Antara punca yang aku rasa aku jadi kurang bijak adalah disebabkan aku kurang bersyukur dilahirkan sebagai seorang Muslim.

doa-senjata-orang-islam


 

Kenapa Orang Islam Perlu Berdoa?

Disebabkan aku ni lahir je terus Islam, agama yang diwarisi membuatkan aku jadi manusia yang tidak bersyukur. Aku tak mendalami betapa payahnya dakwah Nabi nak sebarkan Islam.

Kalau aku faham mesti aku tak sia-siakan peluang berdoa yang Tuhan bagi. Doa tu senjata bagi orang Islam. Jadi senang cakap aku take for granted. Maafkan aku Allah.

Pagi ni macam biasa aku buka Youtube nak dengar podcast aku jumpa satu podcast nama Farah. Lama dah aku follow dia dekat TikTok.

Suka cara penyampaian dia. Kelakar tapi dalam masa yang sama dia sampaikan ilmu dengan cara yang santai tapi sampai. Deep weh.

Ada satu episod, tajuk dia you're gonna start making dua after watching this”. Aku sangat galakkan korang kalau ada masa pergi tonton juga kupasan dia buat pasal doa.

Farah, atau lebih dikenali sebagai HippieArab, ialah seorang YouTuber dan pencipta kandungan yang terkenal di platform seperti YouTube dan TikTok

Di saluran YouTube The HippieArab Podcast, Farah berkongsi pandangan tentang kehidupan, perkembangan peribadi, dan isu-isu sosial, terutama dari perspektif Islam. 

Kandungannya menggabungkan humor dengan refleksi mendalam tentang falsafah hidup dan spiritualiti, menjadikannya menarik bagi khalayak muda yang berminat dengan isu-isu sebegini. 

Lahir pada 20 Jun 2003, Farah mempunyai latar belakang keluarga dari Arab Saudi dan Palestin. Semasa remajanya, dia tinggal di negara-negara seperti China dan Azerbaijan.

Farah juga aktif di TikTok, di mana dia mendapat jutaan pengikut melalui konten harian yang berunsur lucu dan santai. Selain itu, dia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Arab, dan Rusia serta berkongsi hasil seni lukisannya dari semasa ke semasa.

Kenapa-Kita-Perlu-Berdoa



Alasan Untuk Berdoa

Alhamdulillah, lepas habis dengar talk Farah, aku baru jumpa alasan dan sebab untuk berdoa. Selama ni aku belum cukup berserah dan rendahkan ego sebagai seorang hamba.

Nak susun ayat, nak minta dan cara doa aku kena betulkan semula. Salah satu sebab juga aku tak berdoa, aku rasa malu nak mengaku aku nak minta apa.

Sebenarnya waktu kita berdoa lah adalah waktu kita kuatkan Aqidah sebagai seorang Muslim sebab sebahagian adap berdoa adalah dengan memuji Allah.

Kita mengaku, memuji dan meyakini Allah adalah Tuhan Semesta Alam. Kita ingatkan diri kita yang semua ini milik Dia. Bayangkan kita ulang puji-pujian tu lima kali sehari paling sikit.

Kena faham, semua orang layak berdoa, meminta dekat Allah. Walau hina macamana pun kita, banyak dosa, atau bodohnya kita.

Allah sifat Dia Maha Pemurah, Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Penyayang, Maha Bersyukur dan Maha Penerima Taubat.

Rugi sangat bila kita abaikan atau tak guna apa yang kita ada sebagai Muslim. Mohonlah pada Dia. Berdoa tanpa ada perasaan ego. Berdoa sebagai hamba, tunduk dan serah segalanya dekat Allah.

Dengan apa yang aku tulis hari ni aku harap diri aku terus ingat dan jadi rujukan untuk di masa hadapan. Aku bukan manusia sempurna tapi aku juga macam hamba lain nak kejar rahmat Tuhan. Jom kita sama-sama. Kelak tak nampak aku dekat syurga, tolong panggil nama aku ya.

Ulasan

  1. hanya pada Dia kita meminta, merayu. Mintak kat orang karang orang mengata....dengan Allah insyallah sampai masa Allah bagilah nanti

    BalasPadam
  2. Benar sekali, terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  3. bermanfaat..terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  4. Langsung rasa tersadar baca ini.

    Saya pun akui, berdoa tak stiap hari. Doa tidur, doa makan selalu dilakukan, tapiiii bisa dihitung jari yg dilakukan dengan khusyuk.

    Saya jadi teringat dengan teman2 non muslim. Stiap nak makan, mereka selalu berdoa dulu, perjam mata, baru makan sementara teman muslim, palingan hanya mengucapkan Bismillah, trus makan. Itu pun mungkin Krn auto saja, tak dpt feel nya.

    Itu yg saya nak ubah pelan2. Mengucapkan doa di setiap kegiatan, tp dengan khusyuk. Trus doa yg lebih deep di saat setelah sholat. Ini lagi msh jadi homework saya. Kdg lepas sholat, langsung selesai , lupa zikir dan doa 😔

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.