Keputusan penempatan permohonan tahun satu untuk tahun 2025 dah keluar. Untuk korang yang ada anak darjah satu tahun 2025, sekarang dah boleh semak status permohonan penempatan secara dalam talian.
Sesi campak belakang, permohonan
sekolah sekarang semua dah melalui laman website. Memang kena alert tarikh yang
KPM umumkan.
Aku dah mohon waktu bulan Mei
sudah. Ada juga ya kes kelas Airis ibu bapa terlepas pandang tarikh mohon kemasukan darjah satu ni. Kasihan betul.
Entahlah aku tiada idea kalau terlepas mohon. Kena buat secara manual macam dulu-dulu lah agaknya.
Terima Tawaran Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2025
Memandangkan dari anak pertama
memang dah sekolah tempat yang sama jadi sepatutnya tiada masalah dengan permohonan Airis. Kebiasaan penempatan sekolah adalah diwarisi dari adik beradik.
Maksud aku, permohonan jadi lebih
mudah jika adik beradik bersekolah di sekolah yang sama. Tapi bila sebut kena
mohon masih rasa gementar nak semak jawapan dari KPM. Dasar emak betul.
Ini baru semakan masuk tahun satu. Bukan kemasukkan ke Universiti ya. Drama betul. Bila tahu permohonan lulus rasa lega sangat.
Selesai satu hal lepas ni boleh fokus untuk dia untuk ke sekolah rendah pula.
Cara Semak Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2025
Untuk menyemak status permohonan,
layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia https://idme.moe.gov.my/login
Masukkan username dan kata laluan.
Di bahagian dashboard – pilih Aplikasi. Seterusnya klik Pengurusan Awam. Klik Permohonan
Kategori Rendah Tahap 1.
Nampak akan terpampang keputusan penempatan samaada Lulus atau Gagal. Boleh la print surat tawaran penempatan murid ke tahun 1 sebagai rujukan.
Korang kena membuat pengesahan penempatan anak tuan/puan di sekolah yang telah diluluskan mulai 01/10/2024 hingga 17/01/2025 secara dalam talian.
Nak elak sebarang masalah jadi patuhilah tarikh yang ditetapkan. Sebarang kelewatan boleh menjejaskan urusan sekolah untuk menyediakan kemudahan bagi persekolahan anak.
Pengesahan Penempatan Serahan Dokumen Ke Sekolah
Langkah seterusnya bila dah semak penempatan dan lulus, kena membuat pengesahan penempatan anak di sekolah yang telah diluluskan atau menghubungi pihak sekolah yang diluluskan penempatan mulai 01/10/2024 hingga 17/01/2025.
Macam aku bila datang ke sekolah untuk pengesahan kena bawa surat tawaran dan juga salinan surat beranak. Waktu tu sekadar tunjuk dokumen dan surat tawaran je.
Tapi bila borak dengan kawan-kawan mereka kata kena serahkan kepada pihak sekolah. Alah pening. Kalau perlu nanti biar la sekolah minta semula.
Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar. Macam tak sangka anak dah nak masuk sekolah rendah.
itu lah...kita folo tu, pergi sekolah, sekali kerani sekolah tu kata, takpe..tak payah datang, diorg dah tahu siapa yang dapat tu, nanti diorg hanta surat je..sebab masa yang mohon, time tu kena pergi sekolah, hanta surat permohonan dan smpul surat beserta alamat dn setem rumah pemohon.
BalasPadammmg kena alert. kadang-kadang depan sekolah berhampiran pun ada letak banner tentang permohonan dibuka
BalasPadamGa di sana , ga disini, urusan masuk sekolah darah awal selaluuuu bikin pening ya kak 🤣. Apalagi kalo nak masuk sekolah government. Memang rebutan lah. Hrs cepat, dan hrs sesuai aturan. Peminat banyak, tempat yang dikasih sedikit 😅.
BalasPadamItulah kenapa anak saya bisa beda sekolah, walau sama2 sekolah negeri. Krn susah memang nak dapat.
semoga dipermudahkan urusan anak masuk sekolah darjah satu., aminn
BalasPadam