Selamat Ulang Tahun Ke 13 - Ikhwan Hafeez

Assalamualaikum. Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam. Masih sihat, masih bernafas, masih teguh menjalankan tanggungjawab sebagai manusia walaupun banyak kekurangan.

Tarikh hari ini, iaitu 13 tahun lepas merupakan antara detik paling bermakna pernah berlaku dalam hidup aku dan ubah status diri menjadi seorang ibu.

Pengalaman menakutkan sebab pertama kali melahirkan anak. Ahaks. Ikhwan lahir dalm bulan Syawal. Raya ketiga lebih tepat. Aku sangat-sangat bersyukur Allah hadirkan Ikhwan dalam hidup kami.

Baru semalam melawat dia di asrama. Cepat betul masa berlalu. Sekarang dah masuk usia 13 tahun. Masih panjang lagi perjalanan andai Allah izinkan.

 

hari-lahir-ikhwan



Selamat Ulang Tahun Ke 13 – Ikhwan Hafeez


Banyak aku impikan untuk dia, maklumlah dia anak sulung. Sekurang-kurangnya dia faham apa tugas dia termasuk lah nak pengaruh adik-adik dia ikut jejak langkah dia.  

Ikhwan anak pertama, jadi memang dia jadi tikus makmal untuk kami sebagai ibu bapa. Banyak perkara yang pertama kali kami buat dan dia jadi bahan uji kaji.

Semua yang kami buat tak lain tak bukan nak jadikan dia seorang manusia. Hasil setakat 13 tahun membesarkan dia, masih banyak kami boleh tambah baik.

Sebaik mungkin menjadi tempat untuk dia rujuk dan meluahkan apa saja perkara. Untuk hari lahir dia ke 13 tahun, doakan dia jadi anak cemerlang dunia dan akhirat.

 


Cerita 13 Tahun Lepas


Aku kahwin pada usia 25 tahun. Rezeki selepas beberapa bulan berkahwin aku mengandung. Orang kata bunting pelamin. Entah, yang pasti lepas tahu mengandung terus cuak.

Rasa tak bersedia pun ada. Tapi rancangan Allah kan yang paling baik. Jadi maksudnya aku memang layak dan tiba masa untuk galas tanggungjawab baru. Isteri dan ibu.

Ikhwan memang jadi buah hati keluarga kami. Aku kahwin bulan oktober, arwah abah tinggalkan kami bulan Disember. Tak sempat abah nak tengok cucu lelaki dia.

Kira Ikhwan adalah pengganti atuk. Cucu lelaki ke lima dalam keluarga Wan Samiah. Cucu lelaki agak limited edition jadi memang dinanti ramai.

 

doa-hari-lahir-ikhwan


Doa Mama Untuk Ikhwan Hafeez


Kalau satu hari nanti abang terbaca blog mama, dan waktu tu mama dah tiada di dunia ingatlah; ini antara salah satu cara mama zahirkan kasih sayang mama.

Manusia cepat lupa jadi setiap perkara mama cuba catit supaya boleh jadi kenangan untuk kita tengok semula di masa depan.

Semoga Ikhwan Hafeez menjadi anak soleh kebanggaan agama dan keluarga. Dilapangkan dada dan diberi kefahaman dalam menuntut ilmu. Sentiasa dilindungi Allah.

Jauh dari hasad dengki manusia, bisikan syaitan dan dikelilingi orang-orang yang baik-baik.

 

Semoga apa sahaja yang kamu impikan tercapai. Selamat Ulang Tahun Ke 13 Tahun – Ikhwan Hafeez. Berapa pun umur kamu, awak tetap anak kecil di mata mama.Sayang awak. 

 

Ulasan

  1. Sanah helwah ikhwan hafeez
    Semoga jadi anak soleh

    BalasPadam
  2. Pastilah Abang terharu kalo nanti baca tulisan ini 🤗🤗❤️. Saya doakan juga Abang Ikhwan hafeez tumbuh menjadi anak kebanggaan orangtua. Sholeh, jujur dan tak pernah lupakan ibadah wajib kepada Allah

    BalasPadam
  3. Sanah Helwan Adik ikhwan! semoga menjadi anak yg soleh dan bertanggungjawab. Semoga sentiasa dalam rahmah Allah SWT.

    Kepada Ibu Ikhwan,
    saya menangis. Tersentuh. Deep. Sebab saya anak sulung. taktahu how to describes tapi TQ for the words. U are the best mom! hopefully soon boleh jadi mom mcm ibu Ikhwan. LOVE!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.