Pertandingan Seiras Tokoh Kemerdekaan / Malaysia

Ini merupakan pertandingan peragaan pertama peringkat sekolah yang Airis sertai. Bersempena bulan kemerdekaan yang lepas, sekolah anak-anak ada buat sambutan Hari kemerdekaan.

Tahun ni agak meriah dengan aktiviti dan juga tetamu khas VIP yang datang. Ceritanya masuk pertandingan ni, sangat lah last minute.

Cikgu dah beritahu awal yang kelas pra sekolah akan adakan pertandingan Seiras Tokoh Kemerdekaan / Tokoh Malaysia khas untuk anak-anak pra yang berumur 6 tahun.

Memang tak bercampur dengan kakak abang di tahap 1 dan tahap 2. Objektif utama pertandingan nak beri pendedahan kepada anak-anak supaya kenal tokoh-tokoh penting.

Selain tu nak pupuk semangat cintakan negara. Sebagai emak, aku memang setuju sebab anak-anak banyak belajar sepanjang proses pertandingan.


sertai-Pertandingan-Seiras-Tokoh-Kemerdekaan-Malaysia


Pertandingan Seiras Tokoh Kemerdekaan / Malaysia

Sebelum tu cikgu awal-awal lagi dah beri penerangan dan kongsi syarat-syarat pertandingan. Berdasarkan pengalaman, penting sangat pemberitahuan ni supaya tiada salah faham di masa hadapan.

Waktu ni aku dah mula buat carian tentang tokoh. Mestilah kena cari tokoh wanita untuk ditiru. Banyak tokoh yang aku jumpa tapi susah nak jadikan seiras.

Cikgu terangkan penilaian pertandingan & pemilihan pemenang adalah berdasarkan ciri-ciri yang sangat serupa dengan gambar tokoh yang murid pilih.

Kena print nama dan gambar tokoh yang di tiru dan harus diserahkan pada guru untuk cikgu laminate. Nanti masa hari pertandingan kena bergaya sambil pegang gambar yang di laminate tu.

Jadi strategi utama ialah cari tokoh dan kena ikut sebiji macam dalam gambar.

 

Tiru Gaya Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali  

Selepas banyak kali sesi brainstorming dengan Airis, akhirnya aku ambil pendapat majoriti kawan-kawan nak tiru gaya Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali.

Kalau ikut Airis dia tak mahu berlakon jadi tokoh. Dia fikir jadi tokoh maksudnya kena jadi orang tua. Orang tua kan tak cantik. Ya ampun puas eh nak pujuk dia

Kawan-kawan cadangkan sebab rambut Airis kerinting so buat rambut sikit, pakai rantai Mutiara lepas tu make up sikit-sikit untuk tiru gaya Tun.

Aku cuba jadikan Airis seirang dengan gambar Tun Dr. Siti Hasmah yang ini.

Untuk sedapkan hati Airis supaya dia nampak cantik masa hari pertandingan aku pakaikan aksesori dan aku janji akan beri ganjaran kalau dia behave.

Aku suruh dia tengok episod Upin Ipin yang Tun Dr. Siti Hasmah jadi tetamu undangan episod khas tu supaya dia lebih faham. 

Sebenarnya sebelum tu aku dah belikan dia baju Merdeka dekat TikTok. Dia dah banyak kali cuba dan teruja nak tunjuk dekat kawan-kawan.


Pertandingan-Seiras-Tokoh-Kemerdekaan


 

Menang Pertandingan Seiras Tokoh Kemerdekaan / Malaysia

Alhamdulillah rezeki Airis. Menjadi pilihan para juri dipilih menjadi antara salah seorang pemenang. Dia beraksi dengan yakin diri bila dapat naik pentas.

Lain yang diajar lain yang dia buat. Tapi okay lah dia tak kekok dan tak malu. Emak yang ambil video kamu yang malu nak. Hahhaha tak sangka sungguh yakin.

Kemenangan berbaloi dengan usaha. Beberapa hari sebelum tu keluar mencari rantai Mutiara. Eh payah nak jumpa. Sudahnya aku beli aksesori casing telefon je then aku ubah jadi rantai.

Selain Airis, kawan sekelas ada yang tiru gaya Tok Janggut, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Mat Kilau, Mat Salleh dan Tun Dato' Hussein Onn.

Airis jadi wakil Tunggal Perempuan. Murid lain semua nak bergaya dengan baju Merdeka.


menang-Pertandingan-Seiras-Tokoh-Kemerdekaan-Malaysia


 

Manfaat Dedahkan Anak-Anak Masuk Pertandingan

Bersyukur sangat Allah gerakkan hati aku untuk sokong anak masuk pertandingan dan aktiviti dekat sekolah. Ikut background aku masa jadi murid sekolah, tak banyak pendedahan aku terima.

Jadi bila ada anak ni aku memang tolak mereka habis-habisan. Rugi kot. Ni sajalah kenangan dan cara aku nak mereka enjoy zaman sekolah masing-masing.

Mendedahkan anak kepada pertandingan semasa di bangku sekolah boleh memberikan pelbagai manfaat kepada perkembangan diri mereka. Berikut adalah beberapa sebab mengapa ia penting:

 

#1 Tingkatkan keyakinan diri

Bukan mudah nak dapat peluang untuk berdiri di hadapan khalayak ramai dan tunjukkan bakat mereka. Gunakan pertandingan sebagai tiket untuk anak-anak mencuba.

Cabaran nak berdiri depan orang ramai dan bawa diri tu penting sebab dekat situ anak-anak akan banyak belajar. Seterusnya akan meningkatkan keyakinan diri.

 

#2 Belajar menghadapi kegagalan dan kekecewaan

Dari awal lagi, dalam setiap pertandingan aku akan terangkan dekat Airis. Kalau dia kalah aku nak dia belajar terima kekalahan dengan cara yang positif. Ketahanan mental tu yang utama.

 

#3 Menguatkan Semangat Berdaya Saing yang Sihat

Bagi aku bila bertanding je akan naikkan semangat berdaya saing secara sihat. Lebih terkawal sebab ada juri yang adil yang akan hakimi anak-anak.

Selalu pesan, nak berjaya put more efforts, berdisiplin. Kena berkorban.

 

Syukur Alhamdulillah. Pengalaman yang Airis dan aku dapat kutip sepanjang Pertandingan Seiras Tokoh Kemerdekaan / Malaysia sangat-sangat berharga yang tak dapat dibeli dekat mana-mana.

 

Ulasan