Hadiri Majlis Pelantikan KSIB - Kumpulan Sokongan Ibubapa

Rabu lepas selesai menghadiri majlis rasmi pertama tahun 2024, Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) untuk sekolah anak aku. 

Aku bersyukur sangat sebab berpeluang untuk turun padang dan bantu sekolah. Paling penting dapat pantau perkembangan anak-anak dengan lebih dekat. 

Tujuan asal sekolah nak beri penghargaan kepada ibubapa terlibat dan dalam masa sama bagi penerangan ringkas macamana KSIB ni berfungsi bantu sekolah. 

Ini lah waktunya, barisan pentadbir dan sukarelawan ibubapa duduk berbincang bersama-sama. 

Majlis ringkas je tapi amat bermakna bila masing-masing mula cakna dan nampak la ibubapa yang teruja nak menyumbang untuk kemenjadian anak-anak. 


Hadiri Majlis Pelantikan Kumpulan Sokongan Ibubapa 

Kalau masih ingat, dulu aku pernah berkongsi yang aku pernah pasang angan-angan nak berbakti kepada masyarakat. 

Walaupun pada ketika aku menulis ni aku tak mampu nak berbakti dari segi wang ringgit, tapi aku percaya banyak lagi benda yang aku boleh sumbangkan tanpa melibatkan duit. 

Sedikit demi sedikit Tuhan buka jalan untuk aku mencapai impian tu. Bermula dengan penglibatan aku sebagai wakil ibu bapa sebagai AJK PIBG. 

Aku harap korang tak bosan membaca pengalaman aku tak seberapa melibatkan parenting ni ya. Maklumlah, anak sedang meningkat remaja. Rasa rugi pula tak catat pengalaman semua ni. 


majlis- pelantikan-kumpulan-sokongan-ibubapa



Senarai Biro Dalam Kumpulan Sokongan Ibubapa

Berikut merupakan senarai biro yang diwujudkan dalam Kumpulan Sokongan Ibubapa yang sekolah kami tubuhkan. 

Setiap sekolah tubuhkan biro mengikut keperluan. Jadi setiap biro di ketuai oleh AJK PIBG dan mendapat sokongan daripada sukarelawan ibubapa. 

Jadi lebih mudah dan setiap kali ada program sekolah semua biro akan turun padang dan bantu. 

  1. Biro Agama 
  2. Biro Akademik
  3. Biro Infrastruktur
  4. Biro Kebajikan
  5. Biro Publisiti
  6. Biro Sukan

kumpulan-sokongan-ibubapa



6 Manfaat Penglibatan Ibubapa Dalam KSIB 

Berikut adalah senarai manfaat penglibatan ibu bapa dalam kumpulan sokongan ibu bapa sekolah:


No1 - Meningkatkan prestasi akademik anak-anak: Berdasarkan pengalaman aku sepanjang menyertai mesyuarat dan aktiviti sekolah, pemahaman terutama tentang akademik lebih jelas. Maklumlah sistem pendidikan dengan silibus sekarang memang mencabar. 


No2 - Menyokong kemajuan akademik anak-anak: Ibu bapa yang terlibat lebih rapat dengan aktiviti sekolah dapat memahami keperluan akademik anak-anak dan membantu menyokong pembelajaran mereka di rumah.


No3 - Beri kesan positif kepada anak: Kesan paling ketara aku nampak pada Airis dan Raudah ialah kesan emosi dan peningkatan keyakinan dalam diri. 

Role model terdekat anak-anak ialah ibubapa. Tak dinafikan memang apa saja aku buat anak-anak cenderung akan perhati dan ikut dalam diam. 

Jadi bila aku terlibat dalam aktiviti sekolah, (merentas desa & melatih futsal Prasekolah) mereka jadi yakin sebab dapat sokongan yang padu dari mama mereka. 


pelantikan-kumpulan-sokongan-ibubapa



No4 - Menjadi suara untuk perubahan: Ibubapa boleh menjadikan KSIB sebagai platform untuk menyuarakan pendapat dan idea bagi memperbaiki kualiti pendidikan dan kemenjadian anak-anak. 


No5 - Menyumbang kepada aktiviti dan program sekolah: Ibubapa dapat mengambil bahagian dalam merancang dan menyumbang kepada program sekolah seperti hari sukan, karnival, atau majlis sambutan. 


No6 - Menguatkan hubungan dengan guru dan pentadbiran sekolah: Penglibatan ibubapa dapat mengeratkan hubungan dengan guru dan pentadbiran sekolah serta dapat memperbaiki komunikasi dan elak salah faham kedua-dua pihak.


Penglibatan ibubapa dalam Kumpulan Sokongan Ibubapa bukan Sahaja memberikan impak kepada pelajar dan sekolah, tetapi juga memperkaya pengalaman ibu bapa dalam menyumbang kepada komuniti pendidikan yang lebih holistik.

Ulasan

  1. Bagusnya. Ammi memang tak pernah offer diri utk jadi AJK PIBG atau apa2. Cuma kalau sempat jadilah sukarelawan adhoc masa anak2 ada program

    BalasPadam
  2. bagus juga KISB ni sebab ibu bapa pun turut sama membantu program sekolah sekaligus anak2 berminat nak join. keep it up kak rodiah!

    BalasPadam
  3. Baguuus memang bergabung dalam komunitas seperti ini, apalagi menyangkut sekolah anak2 kan. Di tempat saya pun ada, cuma Krn saya ada pekerjaan lain yg tak mungkin ditinggal, jadi mau tak mau tak bisa ikut join. Hanya saja segala perkembangan dan update sekolah ditulis dalam wa grup. JD bisa lah monitor dari situ.

    BalasPadam
  4. Tahniah sis... Memang satu pencapaian yang membanggakan bagi Linda.. Teringin juga gini, tapi masa tu tak cukup utk komitmen....
    Anak pun, seram sikit nak buat onar, sebab mak pak dikenali... Cepat je sampai berita nanti.. Hihihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.