Korang dah pernah cuba makan dekat Mala Soup & Dry Pot? Kalau belum, mari baca pengalaman pertama kali aku cuba makan Mala Soup & Dry Pot di AEON Mall Taman Maluri.
Kebetulan waktu hujung minggu kami melawat
Ikhwan dan giliran outing pelajar lelaki, jadi kami bawa dia beli barang
keperluan.
Ikut Lokasi, AEON Mall Taman Maluri adalah
antara mall yang paling dekat dengan sekolah dia. Malas nak drive jauh sebab
waktu agak terhad.
Dekat AEON Mall ni lah aku AEON Content Gempak Search 2023 Competition.
Dapat keluar selepas Zohor dan sebelum pukul enam
petang dah kena berada di dalam kawasan sekolah.
Makan Pan Mee Mala Soup & Dry Pot
Selesai cari barang kami menuju ke food court. Memandangkan
jarang datang sini jadi keputusan itu lah paling tepat. Tempat paling mudah dah
banyak pilihan makanan.
Selepas fikir banyak kali aku terpedaya lepas tengok
presentation Mala Soup & Dry Pot. Waktu kami lalu depan kaunter akak tu
siap bagi tester. Ikhwan teringin nak cuba Pan Mee dan aku pula cuba Tomyam
Soup Noodle
Agak kena dengan tekak jadi tak salah nak
mencuba. Ikhwan memang ikut selera tekak aku. Lain betul dengan ayah dia yang selalu
play safe kalau bab makan. Lol.
Mala Hot Pot atau “Ma-La-Tang” adalah sejenis
masakan China popular di Provinsi Sichuan yang bermaksud lada dan serbuk cili
pedas dengan sensasi kebas. Mala Tang berasaskan konsep “Cepat, Lazat dan
Murah”.
Review Makanan Mala Soup & Dry Pot
Review ini adalah mengikut anak tekak aku
sendiri. Lebih elok korang cuba sendiri untuk feel yang lebih tepat.
Ikhwan makan Mala Dry Pot Pan Mee dan aku pula
cuba Tomyam Soup Noodle Seafood Set dan aku pilih rice noodle. Harga standard
dalam mall, pan mee RM 15.90 dan tomyam cost me RM 18.90.
Untuk TomYam aku puas hati tapi tak akan repeat
lagi kalau kena buat pilihan. Kuah dia biasa-biasa saja. Tiada tarikan bagi
aku.
Dalam mangkuk dapat Udang, Sotong, isi Ikan, cendawan
dan bahan-bahan wajib tomyam wajib perlu ada. Kuah dia tak pekat jadi masam tu
rasa sedang-sedang saja.
Makan semangkuk tu memang kenyang lah. Gigih juga
aku nak habiskan.
Ikhwan pula gigih nak habiskan Mala Dry Pot Pan
Mee sebab memang pedas gila. Dalam mangkuk tu walaupun saiz hidangan kelihatan
agak kecil tapi azab nak habiskan.
Orang yang suka makan pedas tiada masalah nak habiskan.
Pan Mee dia sedap woi. Kacang tanah, cendawan hitam dan bijan tu bagi tekstur
yang rangup.
Walaupun goreng kering macam tu tapi cukup
rasa. Ada dua ketul jagung. Tidak terlalu keras dan boleh dikunyah.
Untuk korang nak yang cuba makan Mala Soup &
Dry Pot boleh cuba menu kurang pedas dulu. Kalau tak siap sedia air okay.
Selamat menjamu selera
BalasPadamTerima kasih Wak
PadamTengok di post ni dah kecur air liur hehe.
BalasPadamSuka juga aneka mee ni. selamat makan!
BalasPadamMalatang ini saya sbnrnya suka. Tp pernah juga dpt kuah yg tak sedap. Agak pahit ,ntahlah masuk serbuk apa yg buat kuahnya pahit.
BalasPadamTp kalo ketemu yg sedap, memang saya habiskan sampai titik kuah terakhir 😄😄