Buat Kerja Sekolah Guna Aplikasi Canva

Assalamualaikum. Baru je selesai bantu Raudah buat kerja sekolah dia menggunakan aplikasi Canva. Bayangkan seawal usia lapan tahun dah kena dedahkan dengan platform digital dalam talian.

Kalau aku waktu umur lapan tahun, sibuk cari biji getah, kutip buah saga nak bawa ke sekolah untuk subjek matematik.

Sekarang dengan canggihnya teknologi, mudahnya akses internet cara pembelajaran pun turut berubah. Jadi tanggungjawab ibu bapa nak ajar anak di rumah.

Rasa seperti Raudah dah masuk Universiti pula. Mama kena tolong buat assignment.

 

Buat Kerja Sekolah Guna Aplikasi Canva


Sepanjang proses nak siapkan kerja kena duduk sebelah dia terangkan cara nak buat. Kecil lagi dah kena belajar Canva. Rasa kelakar pun ya.

Aku terbayang kawan-kawan dia yang kurang bernasib baik sebenarnya. Kalau jenis ibu bapa yang celik IT ni okay lagi. Walaupun sibuk bekerja, hujung minggu masih ada masa nak ajar anak.

Bayangkan murid yang tinggal bersama datuk dan nenek, atau ibu bapa yang tiada pengetahuan dan juga peranti dekat rumah.

Memang la cikgu bagi pilihan untuk salin maklumat di kertas atau buat poster tapi makan masa la kalau ikut cara tradisional.  

 
Buat-Kerja-Sekolah-Guna-Aplikasi-Canva


Program Sekolah BYOD & DLP

Jujurnya aku baru tahu istilah BYOD dan DLP adalah pada tahun lepas. Itu pun sebab waktu proses kemasukan ke sekolah Menengah Ikhwan, sekolah tanya jenis sekolah rendah dia.

Murid datang dari sekolah BYOD, DLP atau sekolah biasa. Wah macam ada kasta di situ kan? Tapi itulah kelebihan masing-masing untuk mencorakkan masa depan murid.  

BYOD adalah singkatan kepada Bring Your Own Device atau Bahasa Melayu, Bawa Perangkat Anda Sendiri. DLP pula ialah Dual Language Program, pembelajaran subjek Matematik dan Sains dalam dwi Bahasa.

Untuk sekolah anak aku ni, tahun ni dah semakin kerap cikgu menggalakkan penggunaan peranti untuk tujuan pembelajaran.

Sekolah baru je laksanakan program BYOD secara berperingkat dan fokus kepada murid tahap 2 terlebih dahulu sebab computer agak terhad di sekolah.

Oleh sebab itulah dah semakin banyak latihan dan juga pertandingan cikgu galakkan guna platform digital dalam talian.

Kerja-Sekolah-Guna-Aplikasi-Canva


 
Reka Bentuk Poster Guna Canva


Tambahan pula sekarang ni bulan Kemerdekaan. Jadi banyaklah aktiviti dan pertandingan sekolah adakan. Terkini, kena buat poster berkenaan Bunga Raya.

Dah dengan aku sekali belajar fakta tentang Bunga Raya. Lol.

Bila sekolah buat rasa sayang lah kalau tak sertai. Bukan nak menang pun tapi nak beri pendedahan dekat Raudah sebenarnya.

Tapi itulah, setiap kali ada kena buat poster setiap kali itulah kelas pembelajaran Canva dekat dia. Bersyukur sangat aku tahu asas Canva.

Setakat nak buat design guna template sedia ada, kemudian tambah elements yang perlu tu tiada masalah. InshaAllah boleh bantu dia.

sekolah-rendah


 

Secara kesimpulannya, adalah perlu untuk ibu bapa berikan pendedahan awal tentang penggunaan aplikasi Canva kepada anak-anak. Tugas kita bantu dan beri tunjuk ajar.

Ulasan

  1. betul tu.. kalau kita yg reti ni boleh la ajar anak sendiri utk buat tugasan sekolah, bg yg x reti tu mmg kesian jugak bila memikirkan.. sy br tau sekolah BYOD tu, kalau anak sy semuanya DLP

    BalasPadam
  2. Saya pernah ikut training Canva ini THN lalu, diadakan komunitas blogger Indonesia. Memang baru tahu banyaaak design cantik yg bisa dibuat dari Canva. Gambar2 yg dibuat teman2 saga pun cantik menarik semuanya.. makanya saya langsung nak utk langganan Canva pro.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.