Assalamualaikum. Life currently back to normal punya sibuk. Baru je habis training Futsal dengan Prasekolah dan akhirnya dapatlah bernafas macam biasa.
Sebulan yang lepas aku sibuk hari-hari ke sekolah
setiap pagi kena train anak-anak prasekolah untuk persediaan Karnival Sukan
Peringkat Negeri Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan kuala Lumpur.
Walupun kemenangan tidak memihak kepada kami,
tapi kami kalah bermaruah. Mengalir air mata aku waktu tengok game anak-anak
hari tu.
Rezeki team futsal jumpa team yang kuat, game
pula main kalah mati. Team netball pula menang round pertama dan kalah di pusingan
kedua.
Sengit ya game.
Bidan Terjun Jadi Coach Futsal Prasekolah
Alhamdulillah sesi latihan berjalan lancar
walaupun fasiliti kami serba kekurangan. Aku pula jadi bidang terjun jadi coach
untuk futsal.
Well, tepuk bahu sendiri, bangga dengan diri
sendiri yang dapat adapt cabaran dengan masa yang terhad.
Ikutkan aku tak pernah main futsal tapi aku
suka main bola. Faham tak? Setakat gelecek, passing bola tu aku tahu lah asas
dia.
Jadi berbekalkan ilmu tak seberapa dan rujuk
latihan dari Youtube dan TikTok aku turunkan ilmu kepada anak-anak.
Sepanjang latihan ada dua perlawanan persahabatan
yang kami pergi. Jadi dapat lah rasa perit jerih, perasaan gementar dan kecewa
serta rasa manisnya bila latihan membuahkan hasil.
Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Sekolah
Nak kongsi dalam blog ni supaya nanti boleh ulang
baca di masa hadapan. The process and the journey. Macamana aku boleh terjebak
jadi coach dan bantu cikgu.
Penglibatan aku adalah secara tidak langsung sebab
aku merupakan ahli jawatankuasa PIBG / KSIB sekolah.
Kumpulan sokongan khas ibu bapa yang memang
tugas dia sokong sekolah untuk kemenjadian murid. Dekat prasekolah pula, Airis terpilih masuk bola jaring.
Alang-alang sokong dia, aku turun padang juga
bantu cikgu.
Ikutkan ini tahun kedua aku pegang jawatan di
sekolah. Tahun pertama aku aktif sebab waktu tu Ikhwan darjah enam. Sengaja libatkan
diri memandangkan tahun terakhir dia.
Waktu AGM lepas nama aku dicalonkan sekali lagi
dan memang awalnya aku menolak. Bagi peluang dekat ibu bapa lain.
Tapi dah takdir, rezeki dan ujian memang untuk
aku. Dari dulu dah doa minta aku nak tabur bakti kepada Masyarakat.
Tak kisah wang ringgit, tenaga, idea, Kemahiran.
Asal boleh menyumbang kepada tabung akhirat aku kira memang aku akan buat.
Kongsi Pengalaman Manis Jadi Coach Futsal
Berbalik kepada cerita latih anak-anak
prasekolah ni memang seronok. Hati anak-anak ni bersih, apa kita ajar dia
itulah dia akan ikut.
Aku bahasakan diri sebagai Mama Di bila di
padang. Suami aku kata, aku train cara keras. Setakat ni belum ada lagi
anak-anak yang menangis jadi kira okay lah kan? Lol.
Tapi yang jadi tak seronok ialah kulit muka aku
habis jadi sunburn. Huwaaa tak selera pandang muka dekat cermin. Kusam habis
weh.
Tangan pun terpalit hitam terbakar. Waktu latihan
dekat padang bermula 8.30pagi sehingga 10.00 pagi setiap hari.
Sepatutnya waktu bagus dapat vitamin kan? Aku dah
pakai sunscreen SPF 50+ PA++++ setiap hari ya. Sekarang dalam prosess mencari
produk untuk brightening semula kulit muka.
Selain kulit yang terkorban, kerja hakiki aku
sebagai content creator juga terjejas. Sedaya upaya aku cuba bahagikan masa
tapi tak dapat perform juga.
Penat weh, penat menjerit bagi arahan supaya
anak-anak faham. Bila dah habis training aku boleh Tarik nafas lega.
Sekarang aku dah boleh susun semula jadual
hidup. InshaAllah aku kongsi di lain entri pengalaman latih anak-anak dan bawa
anak-anak ke pertandingan.
wahh.. tahniah coach... yg penting penglibatan budak-budak tu kan? ilmu ni mana-mana kita boleh cari untuk dikongsi
BalasPadambetul, nak gali keberanian mereka nak pergi bertanding tu mencabar
PadamTahniah sis =D
BalasPadamterima kasih
PadamWah terbaiklah...
BalasPadamAlhamdulillah rezeki
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamterbaik, asah daripada kecil nanti mana tahu ada yang jadi pemain futsal profesional bila dah besar nanti
BalasPadamada yang memang betul-betul berbakat dari segi teknik dan saiz badan elok main bola
Padamwah tahniah sis sebab berjaya libatkan diri dalam aktiviti sekolah...linda pun teringin, tapi tak mampu nak bagi komitmen tu...
BalasPadamtakpe sis, tak mampu bagi komitmen tenaga bagi sumbangan duit, idea dll boleh juga tu
PadamWah! Hebat Diah
BalasPadamsemua izin dan kurniaan dari Allah kak Ana
PadamMemang seronok dengan anak2 ni. Apa lagi umur pra sekolah. Buat la apa2 aktiviti pun kan.
BalasPadambetul. masing-masing tengah banyak energi
PadamSaluuut kak 👍👍👍. Bukan mudah untuk menjadi coach. Apalagi yg diajar anak2' kecil pula. Tak apa kalah, setidaknya anak2' itu juga belajar ttg kekalahan dan kemenangan saat bertanding.
BalasPadam