Tadi baca berita tentang penangkapan pasangan pempengaruh, ditahan reman untuk bantu siasatan untuk kes salah guna kuasa.
Rasanya ramai dah tahu sebab
sah-sah terpampang muka pasangan terbabit di serata media sosial. Tangan digari,
pakai baju warna oren.
Satu benda je terlintas dekat
otak aku bila tengok video tu, aku jatuh kasihan pada anak-anak mereka. Ya Allah
anak sekecil itu, Tuhan pilih untuk di uji.
Ujian juga untuk orang
sekeliling. Kalau ikut latar belakang keluarga, pasangan pempengaruh tu bukan
calang-calang orang.
Salah Jatuh Hukum, Jangan Cepat Melatah
Ikut bacaan, pihak yang tahan
ialah SPRM di bawah Seksyen 23 Akta SPRM, salah guna kuasa. Banyak maklumat dan
penerangan korang google lah sendiri ya.
Dalam entri aku ni bukan aku nak
ajak berdebat siapa betul dan siapa salah. Bukan juga nak buka ruang untuk
kutuk pasangan pempengaruh ni.
Siapalah kita. Manusia lemah yang
tunggu masa je untuk di uji. Jadi jangan cepat melatah. Takut nanti salah hukum.
Apa kuasa kita nak hukum mereka.
Biar lah pihak yang layak je
tentukan hukuman sewajarnya.
Bukan Pentaksub - Salah Faham Status Thread
Aku ada menulis berkaitan
pasangan ni di thread. Memang aku luahkan yang aku rasa kasihan dekat anak-anak
yang terlibat.
Tiada nak ulas salah laku atau kritik
individu tapi lebih kepada perasaan kemanusiaan. Aku bukan pentaksub pempengaruh
tu ye.
Pernah jumpa face to face masa PestaBuku tahun lepas. Tak singgah pun reruai dia dan tak beli pun buku mereka.
Tapi aku agak terkejut dengan respond
dekat thread. Risau ya dengan manusia. Anak kecil tu tak bersalah pon tapi
masing-masing terikut emosi marahkan mak ayah mereka.
Jatuh hukum dekat anak yang tak
berdosa. Weh janganlah kesalahan mak ayah tu jatuh dekat anak-anak pula.
Dah kenapa pula nak bandingkan anak kena tinggal tepi jalan. Kalau nak compare kena la bandingkan Apple dengan Apple.
Again aku kasihan dekat anak je.
Dia boleh samakan kesalahan dan tunding jari dekat anak kecil tak berdosa. Weh apa masalah manusia sekarang?
Mereka tiada kuasa nak pilih
siapa yang jadi mak ayah mereka tau. Again! Tolong jangan serang mana-mana akaun
yang tinggalkan komen ‘kurang perasaan manusia’.
Aku bukan cari gaduh. Aku masih
kekalkan kewarasan dan balas thread yang aku rasa layak untuk aku balas Sahaja.
Gelap Masa Depan Anak-Anak
Aku bayangkan esok anak tu besar dia
lah yang akan pikul beban tu. Dengan perangai masyarakat kita yang mudah
menghukum ni nampak gelapnya masa depan tu.
Mesti akan kacau emosi punya. Hidup
dalam dunia tanpa sempadan ni menakutkan. Apa yang terpampang di internet akan
kekal di internet selamanya.
Sebab tu aku selalu ingatkan
anak-anak dan keluarga. Jaga tingkah laku, jaga adab. Doa selalu kita dijauhkan
dari perkara yang memudaratkan.
Sekali lagi aku ingatkan diri aku
supaya tidak mudah menjatuhkan hukum. Tidak terlalu beremosi bila berhadapan
situasi macam ni. Kalau bukan kita yang di uji, anak keturunan kita panjang
lagi umur kalau Tuhan izinkan.
Biasa la netizen kan laju je menaip. Doa yang baik2 jela ni ujian untuk mereka dan untuk kita juga.
BalasPadamsangat menakutkan baca komen-komen di socmed ni Diah, asal sahaja boleh mengulas , depa ulas dan komen tanpa kira dosa pahala audit akhirat , waliyaa zubillah..
BalasPadamTurut bersimpati
BalasPadambetul mmg takut Ana baca komen-komen netizen :( moga dipermudahkan mereka sekaluarga & dijauhkanlah kita drpd ujian sebegitu :(
BalasPadamDugaan utk dieorg tu...Berigt aje la..Dugaan kita xtau lg mcmane kan..
BalasPadamya Allah...sebab tu, linda jarang betul nak komen dekat mana2 medsos...sebab netizen pelbagai rupa...yang pentaksub 1 hal, yang membenci pun 1 hal...
BalasPadamsemoga yang baik-baik je untuk anak nya...
Apa nasib anak-anak diorang yg masih kecil tu kan
BalasPadamSaya cari tahu dulu tadi kasusnya apa. Ternyata pasangan suami istri yg dulu sempat viral Krn poligami yaaa.
BalasPadamNah masalah hukum ini saya juga tak nak ikut2an menyalahkan kak. Krn biar bagaimanapun kita tak tahu cerita sebenarnya. Kita tak ikut investigate, dan bukan expert dalam hal ini. Nanti kita ikut tuduh mereka sana sini, dan ternyata tak bersalah, fitnah jatuhnya.
Netizen ini di sini pun sama. Mereka sukaaa sekali sepertinya untuk menyalahkan dan menghujat public figure 😔. Di sini sempat ada kasus artis yg suaminya tertangkap Krn kasus rasuah. Total kerugian diprediksi Rp 271 triliun. Si artis yg tadinya menjadi artis kesayangan 1 Indonesia raya Krn cantik dan selalu terlihat baik, berubah sekelip mata JD orang buangan.
Padahal yg salah suami dia, tapi tetap dia sekeluarga yg dihujat ramai.
Ntah kenapalah para netizen ini. :(