Ikhtiar Berhenti Minum Kopi

Kalau ikut umur sekarang aku sedang berasa di fasa kehidupan yang sedang berusaha menjaga Kesihatan diri berbanding waktu muda dulu.

Lebih tepat lagi, menjaga pengambilan gula dan kafein dalam kehidupan harian. Masih lagi mencuba untuk buang kopi dari hidup.

Lepas ni kena biasakan kopi kosong atau kurang gula. Aku memang suka kopi (baca kopi hipster, latte campur dengan syrup).

Kalau dekat luar memang aku akan beli Latte panas atau latte TeaLive dan tambah boba. Semestinya semuanya kurang gula tapi itulah masih jadi ketagihan.

Kalau dekat rumah pula aku suka buat latte guna susu UHT Full Cream Dutch Lady yang kotak warna biru tu.

 

coffee-addict



Ikhtiar Berhenti Minum Kopi


Kopi tak salah ya. Banyak je bagus dia. Jadi tak bagus bila campur banyak sangat segala jenis pemanis, krim. Bila ada unsur manis, diri mula lah jadi ketagih.

Bermula minum kopi dekat café aku mula terjebak minum kopi 3in1 yang memang sah-sah lah tak elok untuk buah pinggang.

Memandangkan diri sendiri tak suka hospital, tak suka buat ubat dan segala jenis berkaitan hospital jadi wajib fikirkan cara nak sihat.

Walaupun susah tapi atleast ada kesedaran kira okay kan? Jadi sekarang usia yang semakin meningkat ni kita perlahan-lahan (semoga tak terlambat) ikhtiar berhenti minum kopi.

Lepas ni nak cuba tak makan tepung pula. Terus terbayang roti telur ya. Omg sedap.

 


Susah Nak Minum Air Masak – Tak Suka / Malas


Lagi satu tabiat buruk aku ialah aku tak suka air kosong. Air yang plain tu kelihatan bosan. ahaks. Kalau dulu nak minum mesti aku letak sirap sebagai pewarna.

Cam odoh je kan hahahaha. Aku pernah letak chia seed, hirisan lemon, buat air teh gula yang cair sebab nak nampak warna tu bukan air putih.

Dia cam berjaya sekejap untuk buat aku minum air masak tapi aku cepat bosan. Payah betul jadi Rodiah ni eh.

Maka untuk mengalih perhatian dan selera terhadap manisnya kopi dan nak encourage diri minum air masak aku cuba minum minuman herba pulak.

 


Minuman Teh Herba Cina Untuk Detoks dan Awet Muda

Dulu waktu menyusu anak aku amalkanjuga herba Cina – Kurma cina dan Goji berry untuk banyakkan susu badan.

Lepas tu lama aku tinggalkan dan sekarang aku mula semula cari herba Cina. Herba lain yang aku suka ialah Longan kering.


Teh-Herba-Cina


Jadi sekarang bila ada pendedahan tentang khasiat Minuman Herba Cina semestinya aku cuba semula. Alhamdulillah menjadi teknik nak ganti kopi dalam kehidupan seharian.

Bila minum kopi aku perasan aku kerap sangat kembung. Jadi mual, angin dalam badan memang banyak. Paling tak seronok perut rasa buncit.


air-Teh-Herba-Cina


Jadi aku cuba set minuman herba – Lemon Roselle Detox. Dalam tu ada Lemon, Kurma Merah, Bunga Roselle, Hawthorn dan Buah Mulberry.

Minum waktu suam air tu memang sedap. Bancuh hanya letak air panas dan boleh minum banyak kali. Rasa dia masam yang boleh diterima tekak. 

Tidak lah pula jadi gastrik lepas minum. Membuang tu jadi mudah. Korang nak cuba boleh beli dekat Shopee kedai ni. 


ganti-kopi



Alhamdulillah setakat seminggu yang aku cuba perubahan pertama aku boleh rasa sendiri ialah memang ketagihan kopi tu dapat dikurangkan.

Tak mahu terlalu selesa sebab benda ni semua kena jaga disiplin. Doakan aku eh.

 

Ulasan

  1. Ana pon coffee lover & sdg usaha kurangkan kafein.. moga kita berjaya aminn~ hehe

    BalasPadam
  2. saya tak minum kopi, tapi suka teh plak...addicted jugak, everyday minum.teh letak stevia dan susu tepung skim milk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dulu mula ketagih teh tarik lepas tu stop minum kopi, now nak stop dua-dua

      Padam
  3. Semoga semuanya dipermudahkan dan kena slow-slow berhenti...
    klu hari-hari ambil, maybe untuk permulaan selang-selang, dan seturusnya kurang2 kan insyaÁllah tu..pasti bolehhh...

    BalasPadam
  4. all the best DIah, makin menua ni macam2 nak kena jaga. kwani kalau kopi sehari sekali je tapi kosong je la hii.. nak manis letak pemanis stevia je. itu kalau bab kopi hipster jarang nak review sebab tak membeli sangat air camtu.. air herba cina tu pun sedap lama pulak tak buat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diah tukar gula kepada Hegula. Alhamdulillah nampak beza

      Padam
  5. ha ha ha..nice pic tu... sama la ngan MA..hari2 mesti nak kopi
    nasib baik sekarang ni dah boleh telan kopi o kosong je.. sesekali je baru amik caramel tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia sekali kena caramel tu yang padu kan hahahah

      Padam
  6. Semoga kita sama2 kuat kak.. Linda pun hari2 bancuh kopi.. Off course lah susu pekat manis kan... Hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. susu pekat tu bahaya, dia la punca segala huhuhuuh

      Padam
  7. Saya sukar benar nak tinggalkan kopi...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau minum kopi tanpa gula tiada masalah hihiihhi

      Padam
  8. Memang susah nak tinggalkan kopi. But slowly ..

    BalasPadam
  9. Memang susaaah nak stop kopi ini 🤣. Tapi saya terbantu dengan suka sangat air putih juga. Sehari saya bisa minum 3 liter 😂. Krn sudah terbiasa kak, sejak high school dibiasakan.

    Cuma tetaplah kopi hrsnya tak bisa sering2 walo banyak minum air putih. Cuma saya kurangkan saja. Kalo dulu setiap hari, sekarang ini Senin Rabu Jumat saja 😅😄.

    Kalo minuman herba, sayasuka jamu. Tp tak minum tiap hari. Krn dia meninggalkan serbuk kan. JD saya minum sesekali aja

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.