Hari Orentasi Pra Sekolah – Airis Safiya

Akhirnya selesai sudah Hari Orentasi Pra Sekolah Airis. Sekolah buat Hari Jumaat. Setengah hari berada di sekolah rasa waktu berlalu lama sangat.

Alhamdulillah Airis baik-baik sahaja dan sangat teruja dapat ke sekolah. Pagi tu waktu tengah bersiap, dia kata dia tak sangka akhirnya dia boleh ke sekolah.

Menjadi yang terakhir dalam keluarga mestilah teruja bila tengok kakak dan abang ke sekolah. Kakak masuk Darjah Dua, abang dia pula bakal melangkah ke Tingkatan Satu.

Majlis Orentasi macam tahun-tahun yang sudah, cikgu mengalu-alukan kedatangan ibu bapa untuk turun padang.


orentasi-pra-sekolah



Hari Orentasi Pra Sekolah – Airis Safiya


Penting supaya ibu bapa cakna dengan perkembangan sekolah. Boleh juga intai-intai mana kekurangan pihak sekolah dan salurkan sumbangan yang perlu.

Sekolah pun bukan harapkan sumbangan berbentuk wang ringgit semata-mata, tapi terbuka juga untuk sumbangan idea, mencari dana, kemahiran dan lain-lain.

Asalkan dapat bantu sekolah, anak-anak dan guru-guru pon sudah memadai. Alhamdulillah, masuk penggal kedua menjadi AJK PIBG, banyak pendedahan Diah terima.

Banyak sangat ruang antara sekolah dan ibu bapa boleh dirapatkan. Punca utama sekolah asyik lah mendapat aduan adalah kerana kurangnya penglibatan ibu bapa dalam aktiviti PIBG.

Kalau mesyuarat pun tak datang macamana nak tahu keadaan semasa murid. Sebab tu wujud je golongan yang asyik nak membangkang inisiatif sekolah ambil.


peraturan-sekolah


 


Taklimat Hari Orentasi Untuk Ibu Bapa

 

Majlis ringkas je tapi panjangnya ucapan disebabkan banyak informasi perlu diberitahu kepada ibu bapa terutama yang anak pertama kali masuk sekolah.

Perasmian dilakukan oleh YDP PIBG kemudian ada ucapan aluan dari Guru Besar, disusuli oleh GPK HEM.

Biasalah kan ulang balik peraturan, pantang larang dan perkara ibu bapa perlu tahu. Waktu kami dengar taklimat anak-anak dah masuk kelas.

Nak biasakan anak dengan suasana bilik darjah. Selesai taklimat umum, ibu bapa kena masuk untuk taklimat Pra Sekolah pula.

Tahun ni sedikit berbeza sebab sekolah nak masukkan Pra Sekolah ke dalam PIBG. Ada juga lantikan pewaris. Siap semua undian tadi berjalan dengan lancar.


Hari-Orentasi-Pra-Sekolah


 


Yuran Bayaran Pra Sekolah – Pembelian Keperluan / Alatan


Cikgu juga memaklumkan tentang jumlah yuran bayaran setahun untuk Pra Sekolah ialah sebanyak RM 200. Bayaran merangkumi keperluan seperti:


Tag nama sulam 4 keping - RM10.00

Graduasi / Sukaneka / Program – RM50.00

Sesi Fotografi + Sewa Jubah – RM50.00

Buku Kalam / Buku Bacaan – RM30.00

Peralatan / Bahan PdPc – RM60.00

 

Jika dibandingkan dengan yuran bayaran di Taska / Tadika swasta memang Bagai langit dengan bumi. Syukur sangat rezeki anak masuk ke Pra Sekolah.

Waktu perbincangan ada juga ibu bapa yang minta tempoh masa untuk pembayaran yuran. Peritnya situasi begitu.

Diah faham, pernah melalui saat itu waktu kecil dulu sebab jarak umur kami adik beradik tak jauh. Jadi duit belanja akan keluar banyak dalam satu masa yang sama.

Ini pula buka sekolah kemudian nak masuk bulan Puasa dan kemudian raya. Tahun ni kami seperti sebelumnya, utamakan mana yang penting.


Hari-Orentasi-Pra-Sekolah-Airis-Safiya


 

Kesimpulan

Selesai taklimat terus menuju ke bilik darjah Pra Sekolah. Tersenyum simpul Airis bila mata kami bertentang. Mulut tak berhenti bercerita seronok ke sekolah.

Kalau ikut pengalaman kakak dia - Raudah sekolah Pra dulu memang meriah aktiviti kanak-kanak Pra

Harapnya semangat tu menebal sampai habis sesi sekolah lah ye dik. Ini baru hari pertama, sesi pengenalan. Dalam ramai-ramai tadi sorang murid lelaki yang menangis. Biasalah hero memang menangis dulu.

 


Ulasan

  1. Comey...Kos skrg ni begitulah.... =)

    BalasPadam
  2. awal sekolah nya buat orientasi untuk pra-sekolah...
    alhamdulillah, pra-sekolah termasuk dalam kategori yuran yang masih rendah, dan tiada bayaran bulanan

    BalasPadam
  3. Aiiiih manisnyaaaaa si bungsu❤️❤️. 😄terlihat happy memang dia sekolah yaaa. Dulu pun anak saya paling senang kalo dah nak berangkat ke sekolah. Semangat dia. Krn tahu akan jumpa teman2

    BalasPadam
  4. comeynyaaa airis! senyummm je pegi sekolah tak nanges hehe

    BalasPadam
  5. airis dh pra sekolah...smoga airis sronok nanti di sekolah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.