Bercakap Dengan Diri Sendiri Sebagai Terapi Diri

Assalamualaikum. Hari ini aku terdetik nak kongsi apa yang jadi pada diri aku awal pagi tadi. Aku bercakap dengan diri sendiri.

Yes. Kedengaran macam orang gila. Tapi itu yang berlaku. Seronok dan puas hati. Sebelum ni aku rasa, idea bercakap dengan diri sendiri ialah satu perbuatan mengarut.

Anak aku pernah buat dan aku pernah tegur sebab aku risau dia ada masalah dan tak mahu kongsi dengan aku.

Waktu tu aku pelik, tertanya-tanya aku ibu yang gagal ke? Kenapa anak aku tak mahu meluahkan dekat aku? Aku emak yang loser ke? Atau aku judge dia terlalu awal ke?

Semuanya akan make sense bila kau alami ianya sendiri. Trust me. 

 


Bercakap Dengan Diri Sendiri Sebagai Terapi Diri


Tapi bila aku buat dan alami sendiri, aku rasa macam lega sangat. akhirnya Tuhan izinkan aku rasa apa anak aku rasa.

Bercakap dengan diri sendiri adalah moment kau berkomunikasi dengan fikiran dan kau cuba settlekan perasaan sendiri.

Realitinya orang yang paling kenal diri adalah diri kita sendiri. Gagalnya kita nak push diri capai apa kita nak boleh jadi disebabkan kita sendiri tak faham diri.

Nampak pelik kalau kita bercakap dengan diri sendiri dan waktu tu ada orang di sekeliling. Jadi lebih baik cari tempat yang kau rasa selesa.

Bilik air adalah tempat aku meluahkan perasaan. Sambil aku bersihkan diri sambil itu aku meluah apa yang perlu.

Perangai aku tak suka lama-lama dalam bilik air jadi sesi meluah jadi padat dan ringkas. Ada orang suka menyanyi dalam bilik air, aku pula bercakap dalam bilik air.

 

bercakap-dengan-diri-sendiri


 

Marah Dan Bercakap Dengan Diri Sendiri


Pernah tak korang marah tapi perasaan tu tak dapat disalurkan dengan cara yang betul. Lama-lama boleh jadi stres. Secara peribadi, diri aku bila marah aku suka keluarkan emosi tu.

Kalau tidak dia akan terpendam dan akan beri keburukkan. Kalau dulu aku banyak bertanya pada diri, kenapa berlaku? Mana lagi aku kurang sampai jadi benda yang aku tak suka.

Marah atau kecewa tak kisah atas sebab apa pun kecil atau besar isunya aku suka meluahkan kepada seseorang.

Pernah baca ciri-ciri personaliti kelahiran mengikut bulan oleh dato Fadilah Kamsah, bulan November orang dia kurang sifat sabar.

Setuju sangat. Aku tak suka orang buang masa aku dan aku cepat bosan. Selalu je dulu kalau kerja berkumpulan ada yang tak selesa sebab aku dah ke depan meanwhile mereka masih lagi berhati-hati buat Keputusan.

 


Kita Perlukan Pendengar Bukan Pengkritik


Masalah bila kita luahkan pada orang, orang mudah untuk jatuhkan hukum. Normal lah kan. Kita nak cari pendengar tapi kita jumpa pengkritik.

Pedih mat. Sudahnya emosi tu lagi marak sebab jumpa orang yang kurang tepat. Silap hari bulan perasaan marah dan kecewa tu bertambah-tambah.

Tapi jangan lah marah orang tu, jangan kecewa. Kelemahan tu datang dari diri sendiri. Bukan salah dia tak faham kita. Kita je yang belum berjaya cari orang yang betul.


i-love-myself


Korang yang jumpa pendengar tolong simpan, jaga dia baik-baik. Bukan semua orang ada rezeki. Kalau orang selalu cakap pasangan kita adalah pendengar yang baik.

Dalam kes aku, pasangan bukan pendengar yang aku cari. Dia adalah pelengkap jadi fungsi dia berbeza. Aku bertuah sebab Tuhan kirimkan anak lelaki aku sebagai pendengar yang baik.

Aku tak minta apa-apa, aku Cuma nak bersyukur pada Tuhan sebab banyak sangat nikmat Dia beri. Walau jauh sangat aku pusing dan jalan untuk aku faham kenapa Dia aturkan sesuatu aku.

Menjengah ke usia 40 tahun, aku dapat rasa Tuhan dah lama bercakap dan tegur aku. Tapi sifatnya manusia selalu leka dan alpa.

 

Kesimpulan

Untuk korang yang suka bercakap dengan diri sendiri. Pernah berada atau mengalami benda yang sama macam aku take a chill pill. Semua perkara akan ambil masa untuk kita faham. Semoga Tuhan mudahkan urusan korang. Doakan aku juga.

 

Ulasan

  1. saya bercakap dgn diri sendiri masa lepas solat je sllunya sbb waktu tu je mcm line clearrrr sikit hehehe

    BalasPadam
  2. kadang2 tercakap jugak dengan diri sendiri...tapi linda lebih kepada menaip kot..hahaha...tapi sekadar taip je lah, lepas tu padam balik...kikiki..
    sama, suami Linda pun bukan pendengar yang baik..
    kalau Linda boleh jadi pendengar yg baik, sebab memang linda tak tau nak respon apa..boleh dengar je la..kikiki

    BalasPadam
  3. Berbicara dengan diri sendiri, bukan suatu hal aneh. Saya ada teman psikolog, dia sendiri yg bilang, kalo mau lepaskan uneg2, ada baiknya utk berbicara dengan diri sendiri. Di kamar, atau ruangan yg kita tahu tak banyak orang kluar masuk.

    Saya sendiri biasa lakukan di pagi hari. Anak2 dah sekolah, suami dah ke ofis. Jadi saya bisa tenang menguraikan apa yg saya rasa. Apa yg salah, apa yg sebenarnya saya nak dalam hidup ini.

    Atau bisa juga saat tahajud. Tp saya masih susah bangun tahajud. Terkadang lepas momennya. Jadi paling benar saya lakukan di pagi hari.

    Terkadang pun dengan kucing2 saya. Mereka memang tak bisa KSH solusi, tp mereka mendengar tiap kali saya bicara ..

    Kita sama kak, suami kita hanya cocok sebagai pendamping, bukan pendengar. Kalo dicomoare kami berdua, sebenernya saya yang sifatnya a very good listener. Diantara temen2 pun, saya yg lebih mendengar mereka. Sayangnya di saat saya butuh pendengar, saya tak jumpa yg sesuai.. jadilah bercakap sendiri hrs saya lakukan ☺️

    BalasPadam
  4. kalau sy suka menulis kemudian buang balik kertas tu.. terus lega... kdg nak kongsi dgn org ada yg tak faham .. kita nak org dengar saja sebenarnya ...nak pendam memang tak boleh.. dah pernah alami masa zaman remaja dulu.. memang boleh bikin murung

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.