Selamat hari raya. Wah awal kan wish. Awal-awal tak kalut sebab asyik la sibuk dengan dunia sendiri. Ahaks. Berapa ketul je entri dapat publish masa bulan puasa ni.
Sadis
betul. By the way kita cuba la improve dari masa ke semasa ya. Ini cakap pada
diri sendiri sebenarnya.
Macam mana
persiapan raya korang? Diah beli apa yang perlu saja. Macam tahun-tahun sudah
beli baju raya memang nak cari yang murah.
Tahun ni
baju Diah semua beli dekat TikTok sebab harga mampu beli. Kalau dekat mall atau
pergi butik memang tak sah kalau tak cecah ratusan ringgit ya.
Buat Biskut Raya - Biskut Chocolate Chip Cream Cheese
Untuk persiapan
lain Alhamdulillah kita beli bila perlu nanti. Untuk biskut raya dah start buat
satu jenis. Memang kena ada satu jenis atleast dekat rumah ni.
Anak-anak
asyik la merayu ajak buat biskut raya. Okay turutkan dengan syarat kena
habiskan biskut supaya tak membazir.
Macam tahun
lepas anak-anak request buat biskut chocolate chip lagi sekali. Tapi kali ni
kita upgrade resepi tambah Parmesan Cheese.
Jadi sedap
sebab masin berlemak. Anak-anak pun suka. Lagi sedap cicah biskut dengan susu. Syahdu
je rasa dia.
Resepi Biskut Raya Crunchy Caramel Almond
Resepi Kuih Raya Guna Kulit Popia
Resepi Biskut Chocolate Chip Cream Cheese
Resepi Biskut
Chocolate Chip Cream Cheese ni sebenarnya olahan dari resepi Biskut Chocolate Chip
yang biasa tu. Cuma kita tambah cream cheese dan cheese parut untuk tonjolkan
lagi rasa dia.
Bahan-bahan:
Anchor Salted
Butter ½ cawan
Cream Cheese
½ cawan
Gula Perang
½ cawan
Gula icing ¼
cawan
Kuning telur
1 biji
Esen Vanila
1 tsp
Tepung Jagung
1/3 cawan
Tepung Beras
2 tbsp
Serbuk Koko
½ tbsp
Baking Soda
¾ tbsp
Tepung Gandum
1 ½ cawan
Chocolate Chip
1/3 cawan
Parmesan
Cheese 1/3 cawan
Badam
cincang 2 tbsp
Cara-Cara Buat Biskut Chocolate Chip Cream Cheese
Masukkan Anchor
Salted Butter & Cream Cheese ke dalam mangkuk, sebatikan adunan guna
spatula. Masukkan gula perang, gula icing dan gaulkan hingga sebati.
Masukkan kuning
telur, esen vanila dan kacau lagi sehingga sebati. Ayak Tepung Jagung, Tepung beras,
Serbuk Koko, Baking Soda, Tepung Gandum dan campurkan ke dalam adunan.
Kacau lagi
sehingga sebati. Akhir sekali masukkan Chocolate Chip, Parmesan Cheese dan Badam
cincang.
Kacau
sehingga sebati. Sediakan Loyang pembakar dan alas dengan kertas pembakar. Ambil
sedikit adunan dan bentukkan bulat.
Susun di
atas Loyang. Jarakkan doh sebab biskut akan mengembang. Kemudian tekan doh
dengan garpu menjadi sedikti leper.
Boleh tabur
chocolate cheese dan parutan keju. Dalam masa yang sama panaskan oven selama 10
minit.
Bakar biskut
pada suhu 170celcius selama 20 minit, api atas bawah.
Dikesempatan
ini Diah ambil peluang nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Mohon
maaf atas kata-kata, komen yang mengguris hati pembaca ya.
Salam
lebaran.
samalah Ana pun beli baju raya kat tiktok je jauh murah harganya hehe.. wahhh dah buat kuih raya! ana belum buat lagi hehe
BalasPadamsamalah Ana pun beli baju raya kat tiktok je jauh murah harganya hehe.. wahhh dah buat kuih raya! ana belum buat lagi hehe
BalasPadamawainya ucapan raya diah haha..camat hari raya
BalasPadamRajin Diah 👍
BalasPadamPH baru satu jenis, itu pun Cornflakes Madu je :D
Awalnya dia raya. Hihi. Cie weekend ni baru nak buat biskut.
BalasPadamTeruja la anak-anak dapat buat biskut raya . CCL tak ada buat preparation lagi untuk raya
BalasPadamTeruja la anak-anak dapat buat biskut raya . CCL tak ada buat preparation lagi untuk raya
BalasPadamRajiiiin sangat kakak buat sendiri kue2 😍👍. Tapi kalo memang pandai buat sendiri, bagus buat kan. Kalo saya, Krn tak bisa, makanya memilih beli 😅.
BalasPadamTak terasa beberapa hari lagi lebaran. Senang juga, tapi sedih pun iya. Semoga saja ramadhan tahun depan, kita masih bertemu yaa