Masa buat nugget ayam ni dah rancang nak jadikan stok waktu bulan puasa nanti. Nak makan waktu sahur sebab selalunya waktu sahur tu selera hilang, susah betul tekak nak telan nasi.
Kami sekeluarga memang jenis suka
kudapan ringan macam nuget jadi bila buat tu laju je habis. Macam biasa akan
libatkan anak-anak untuk tolong di dapur.
Selain ajar kemahiran memasak,
turunkan juga ilmu survival hidup. Senang nanti kalau dah besar kita suruh je
anak-anak pula yang buat. Emak boleh cuci tangan. InshaAllah.
Sebelum ni Diah pernah kongsi Resepi
Nugget Homemade tapi berbeza sedikit bahan-bahan yang digunakan dan cara masak
pun lain.
Resepi Nuget Ayam Salut Tepung
Kalau Resepi Nugget Homemade yang
asal Diah campurkan nasi dan isi ayam di kukus tapi kali ni isi ayam Diah hanya
sejuk bekukan.
Nuget jadi lebih manis sebab jus
daging ayam masih ada. Nuget pun jadi lebih lembut. Dua-dua resepi sedap dan
diterima baik oleh semua.
Dulu, rajin ya saya buat dan kongsi dekat blog. Boleh rujuk resepi dekat bawah:
Bahan-Bahan Nuget Ayam Salut Tepung
Macam biasa kita main agak-agak
saja berat bahan yang digunakan.
1 mangkuk isi ayam
Bawang Putih 3 ulas
Tepung jagung 1 sudu besar
Tauhu Telur
Garam
Serbuk Perasa
Bancuhan Tepung bestari (salutan)
Cara Buat Nuget Ayam Salut Tepung
Blend bawang putih, tauhu telur dan
isi ayam sehingga hancur. Kemudian masuk ke dalam mangkuk. Campurkan kesemua
bahan kecuali bancuhan tepung Bestari.
Nak beli blender Dessini boleh cari dekat sini
Adun sebati dan bentukkan menjadi
bentuk nuget. Nak buat bentuk lain pun boleh ikut kreativiti masing-masing.
Susun di atas dulang dan masukkan
ke dalam peti sejuk beku. Biarkan nuget menjadi keras. Boleh simpan dijadikan
makanan sejuk beku.
Nak goreng nuget mudah je, hanya
salutkan dengan bancuhan tepung Bestari (bancuh nipis je) dan goreng ke dalam
minyak panas.
Goreng sehingga keperangan. Boleh
lah dihidangkan.
Selamat mencuba korang!
Tq² Diah, nanti PH Cuba. Kena cari tauhu telur dulu :)
BalasPadamsenang aje nak buatnyaaaa......nak cuba la nanti..part dada ayam ni jarang habis kat rumah
BalasPadamwah! Mudah je nak buat nugget ni. lps ni x perlu beli di kedai kerana harganya makin mahal.
BalasPadamwahhhh besttnyaaa buat sendiri lebih sihat! nanti nak buat stok jugak lah hehe
BalasPadamrajinnya akak.. bestnya dapat buat sndiri..
BalasPadamMenarik ni . Bahan-bahan pun mudah dicari
BalasPadamOke, saya nanti nak coba. Kebetulan semua ingredients saya ada kecuali tepung bancuhan pakai brand dari sini 😅.
BalasPadamDulu saya juga rajin buat nugget daging, sayur dll. Tapi failed 🤣. Ntah kenapa tak bisa kenyal macam yg dibeli di supermarket lah 😅. Cuma saya ttp mau coba cara buatnya. Lumayan kan, bisa utk stok sahur kalo tak sempat masak 😄