Kelemahan bila nak menulis dan update blog adalah Diah susah sangat-sangat nak tulis entri pendek. Dia rasa macam tak sempurna hidup.
Perasaan sendiri yang selalunya
mendatangkan keburukkan bila jadual hidup terlalu padat. Aishhh kadang-kadang
perangai macam ni yang jadikan blog bersawang.
Seterusnya akan beri kesan kepada
target nak tulis banyak-banyak entri sebulan itu gagal. Menangis la di bucu katil
hadap perangai sendiri.
Publish Entri Blog Post Pendek
Semuanya bermula dulu bila banyak
baca tips dari blogger-blogger otai yang banyak kongsi tentang tip SEO. Dulu selalu
dapat perkongsian SEO blog dari Saudara Hasrul Hassan.
Sekarang HH dah tak aktif
menulis. Tak tahu nak follow siapa dah untuk tips SEO blog. Korang ada idea tak? drop dekat komen tau.
Nak cantik kena buat entri yang panjang,
minima 300 patah perkataan kalau tak silap. Bila dah tahu rasa rugi pula kalau
tak praktik kan.
Untuk Diah pula, secara peribadi
kalau menulis tu minima patah perkataan mesti nak kena buat lebih 350 patah
perkataan. Terbiasa kot eh.
Bila mula menulis, otak ligat mencari
tajuk untuk H1,H2,H3. Dekat situ je dah habis berapa banyak masa. Lepas tu nak kena
cari gambar yang sesuai.
Entri Blog Panjang Tiada Siapa Baca Sampai Habis
Pernah je terfikir kalau tulis panjang
lebar ada ke orang baca sampai habis. Silap hari bulan orang bosan dan tekan
butang pangkah. Jadi apa ertinya menulis panjang lebar tapi orang scroll dan
skip.
Ha gitu. Tapi nak sedapkan hati
akan selalu fikir, menulis bukan untuk orang lain tapi keutamaan adalah untuk
merawat hati.
Dari dulu lagi menulis adalah salah
satu bentuk terapi untuk Diah. Menulis blog dah ada special place in my heart
gitu.
Nak merentan dengan tekanan hidup
lebih selesa bercerita di blog sebab boleh ulas panjang lebar. Berlainan sangat
dengan status di media sosial lain.
Entri Pendek & Semangat Menulis
Untungnya kalau menulis entri
pendek, semangat tu membuak-buak untuk menulis lagi dan lagi. Sebabnya bila
berjaya diterbitkan dia rasa satu pencapaian. Lol.
Begitulah hidup seorang Rodiah
ya. Benda simple macam ni pun jadi complicated dek perangai yang kadang-kadang sukar
dijangka.
Nak menulis entri panjang perlukan
semangat juang dan mood yang baik. Baru idea tu lancar je keluar. Jadi moving
forward kita cuba minimakan perasaan bersalah kalau tulis entri pendek.
Macam entri sekarang ni, sambil
mengetuk keyboard sambil tu menjeling jumlah perkataan di Word yang menghampiri
390 patah perkataan.
Korang ada masalah yang sama
macam Diah? Atau tak penting pun entri panjang atau entri pendek.
Kesimpulan
Kita mampu merancang tapi Tuhan yang
bagi keizinan. Publish entri blog post pendek tu sangat-sangat membantu di
waktu kita kritikal dengan aktiviti hidup yang sibuk tapi masih perlu aktif di
blog.
Kadang2 nak tulis pendek je.. Tetiba terbebel panjang..bila panjang, terasa sendiri pulak rimas.. Panjang sangat.. Hahaha..
BalasPadamNak2 pulak, linda memang bercerita berkisarkan hidup sendiri je..
mana yang selesa kan linda
PadamAssalamualaikum Diah.
BalasPadamPada Kak Amie tak kisah entri panjang atau pendek yang penting pengisiannyanya.
Memang ada kekangan waktu untuk menulis, tetapi disebabkan berblogging ini merupakan satu hobi jadi tidak fikirkan sangat jumlah perkataannya. Yang penting sentiasa konsisten menulis.
SA ikut momentum..kalau bz dah masuk awal2 gambar dalam draft..kalau x bz panjang berjela entry...
BalasPadamSaya pun sama, ada ke orang nak baca sampai habis? tapi kalau orang singgah baca dan komen itu satu bonus untuk saya. Blog juga salah satu tempat untuk saya catatkan kenangan dan luahkan perasaan. Tidaklah rajin mana, banyak je entry masih terperam dalam blog. Mencari mood nak mulakan perenggan pun mengambil masa.
BalasPadamSaya tipe yang tak mau tulis terlalu panjang kak, kebalikannya, haha...tu lah kadang berfikir,belom tentu orang mau baca lama"..tapi benar kata kakak..menulis untuk merawat hati, hanya saja memang saya lebih suka yang simpel,padat dan jelas..entahlah walaupun tak selalu memperhatikan kaidah SEO.
BalasPadamSama Diah, Tini pun kalau dah menulis pun, semua benda lah nak dimasukkan. Bukan apa, kalau boleh, kita nak bagi maklumat yang lengkap kepada pembaca, gituh. Tapi tu lah, lambat la siapnya kan sebab nak cari idea lagi, nak karang lagi. Hehehehe.
BalasPadamsama.. MA ada yg pendek & ada yg panjang..entrinya. kadang2 pic je banyak..tulis skt2 je
BalasPadamtgk mood & tgk time tu...
eqin pon kdg bnyk tulis blog pendek jer
BalasPadamsaya tak tentu. kadang panjang kdg pendek hehe
BalasPadambagi sy tulis entri pendek lebih baik sbb pengunjung x ada masa nak baca entri yg meleret2. Purata tempoh bacaan ialah 1 ke 2 minit sahaja.
BalasPadamApa kabar saya yg kalo nulis terkadang bisa 700-1000 kata ðŸ¤.
BalasPadamSaya suka menulis dari dulu kak Diah. Itu macam terapi buat saya. Dan lagi yg saya tulis semuanya ttg informasi traveling dan kuliner. Jadi susah untuk menulis pendek. Saya berusaha utk tulis setiap detilnya, supaya bisa share info kepada orang lain.
Tapi Krn bagi saya blog ini passion saya, rumah saya, jadi saya sudah tak kisah orang lain akan baca atau tak. Anggab saja, kita kalo ke rumah teman, tentu tak semua rumah kita datangin. Tapi tak masalah, kalo pun nak bertamu ke rumah Maya saya ini, saya akan welcome. Tapi kalo tak, itu hak mereka. 😄. Yg penting saya puas dengan apa yg saya tulis.
Dan pastinya, saya selalu baca sampai habis tulisan teman2..
Karena dari situ saya bisa belajar bagaimana menulis yg baik.
Even tulisan teman2 bloggers Malaysia saya baca semua. Mungkin bukan utk belajar cara menulisnya, tapi saya ingin refresh lagi Kata2 dan istilah bahasa Melayu yg dulu saya pernah kuasai saat kuliah di sana, tapi skr dah banyak lupa. Dengan baca tulisan bloggers Malaysia, saya bisa ingat kembali.