Sekejap je Januari melabuhkan tirai. Sudah masuk bulan kedua untuk tahun 2024. Masa terasa pantas sangat berlalu.
Paling terasa Januari sangat sibuk sebab Diah dan
suami berganti-ganti kurang sihat. Dengan cuaca yang sangat panas jadi mudah
sangat jatuh sakit.
Kalau perasaan kemarau teruk dekat tengah Kuala
Lumpur terutama Kawasan rumah Diah. Bila telefon tanya khabar emak di Pahang,
boleh dikatakan setiap hari hujan turun.
Dugaan betul. Kalah betul dengan cuaca panas
sebab Diah cepat sakit kepala. Minum air masak berbotol-botol pun masih terasa
tak cukup.
Selamat Datang Februari – Selamat Tinggal Januari
Dalam seminggu dua kali juga terbaring melepek
disebabkan sakit kepala melampau. Sapu minyak angin dan minum air masak memang
tak berkesan.
Sudahnya memang kena makan paracetamol. Tapi makan
agak kerap juga merisaukan. Kalau boleh memang nak sihat secara semulajadi.
Biar badan tu tahu melawan penyakit. Tapi ada Ketika
yang mememaksa diri untuk kekal sihat dan terus bekerja memang Diah telan je Panadol
tanpa rasa bersalah.
Tahun ni juga teruskan memegang amanah jadi AJK PIBG sekolah. Macam biasa awal tahun ni banyak mesyuarat dan aktiviti.
Rumusan Bulan Januari – Bulan Pertama Tahun 2024
Alhamdulillah sebelum ni Diah ada kongsikan
yang Diah menggunakan Google Calendar untuk pengurusan masa dan juga Planner untuk kehidupan seharian.
Bila dah buat catatan dapat lah tengok dan
bandingkan apa kita target di awal bulan hari tu. Seronok bila setiap kolum
terisi dengan aktiviti.
Tak penuh tapi nampak la apa saya buat
sepanjang Januari. Penat ya bila baca semula. Banyak benda yang jadi.
Awal tahun sedikit sibuk dengan urusan sekolah
anak-anak. Takwim persekolahan masih lagi tamat dam bermula di Bulan Mac.
Dari segi kerjaya pula semakin sibukkan diri buat konten untuk affiliate. Diah baru nak aktifkan diri jadi affiliate TikTok.
Alang-alang tu upload terus di media sosial yang lain. Jadi nampak la sentiasa update. Rezeki juga menjadi tetamu untuk majlis perkahwinan kawan pejabat suami di Negeri Sembilan.
Alang-alang dah sampai sana bawa anak ke Teluk Kemang merasa pijak pasir pantai. InshaAllah ada rezeki kita repeat untuk staycation pula.
Kenangan Pahit Manis Di Bulan Januari
Januari tahun ni mengajar erti lapang dada dan
konsep rezeki. Sebelum ni Diah ada kongsikan tentang permohonan MRSM Ikhwan.
Tiada rezeki anak nak sertai MRSM Bentong untuk belajar kos Teknikal. Kalau dibandingkan rasa kecewa, tahap kecewa Diah lagi teruk
berbanding anak.
Sedih anak tak terpilih tapi dalam masa yang
sama gembira anak tak berjauhan dengan kami. Dilema emak ayah bila nak
meningkat usia. Begitulah.
Bulan Januari juga mencatat seribu satu
kenangan manis untuk kami sebagai ibu bapa. Penghargaan diberikan oleh sekolah
bila Ikhwan terpilih menerima Anugerah Tokoh Sahsiah tahun 2023/2024.
Satu-satunya murid lelaki aliran Perdana
menerima Anugerah tersebut. Kami dijemput ke atas pentas bersama Ikhwan untuk
terima anugerah.
Syukur ke hadrat Ilahi. Tanpa izin-Nya, tak
mungkin kami merasai manisnya kejayaan Ikhwan.
Harapan untuk bulan seterusnya di tahun 2024 agar
mudah segala urusan yang bakal kami lalui. Semoga Allah lapangkan dada kami
dalam setiap urusan.
Bulan baru ni dijangka akan lebih sibuk. Persediaan
Ikhwan ke sekolah Menengah. Nak latih anak yang paling kecil masuk ke Pra
Sekolah.
Jadi kita senyum-senyum saja hadap apa Tuhan
aturkan.
moga february penuh awesome utk kita semua
BalasPadamhappy february month
BalasPadamKL dah masuk musim panas nie...memang kena xtra TC...semoga kita sihat2 je selalu...nak masuk bulan puasa nie, memang musim panas
BalasPadamPlan Allah pasti lebih bagus untuk Ikhwan nantinya 😊. Tak terasa kan kak, Januari dah selesai saja 🤣. Nanti tau2 dah dekat akhir tahun pula, 😅
BalasPadam