Makan Raw Oyster / Tiram Mentah

Ha terjebak makan raw Oyster ataupun Tiram mentah ni lepas tengok satu video viral dekat TikTok. Kebetulan kedai tu dekat je dengan rumah.

Tu yang lagi bersemangat nak cuba. Diah bukan peminat Oyster, tapi sebab sebelum ni dah pernah makan Mentarang jadi tertanya-tanya apa rasa dia.

Mentarang dengan Tiram kan satu keturunan, cuma tak pernah la pula dengar orang makan Mentarang mentah. Ahaks.

Tak jadi masalah nak cuba sebab setakat ni tekak memang suka Sushi dan Sashimi. Kiranya boleh telan kalau makan makanan mentah.

Oh kami makan Mentarang waktu ke Sungai Besar Sekinchan tahun lepas, makan di Restoran Mentarang Faridah. 


Makan-Raw-Oyster



Makan Raw Oyster / Tiram Mentah

Tiram selain dimakan mentah ada juga yang bakar, cicah dengan pelbagai sos dan tiram keju. Tak pasti la kombinasi Tiram dan keju tu sesuai atau tidak.

Minggu lepas selepas selesai urusan beli barang dapur ajak suami ke Pokku Dessert yang terletak di Wisma Rampai, Taman Sri Rampai.

Nanti Diah Kongsi lebih lagi tentang Pokku Dessert di lain entri. Syurga makanan dalam dan luar negara ada dijual dekat sini.

Waktu kami sampai menghampiri waktu Zohor. Sampai je terus mata melilau cari Oyster. Risau stok habis sebab Diah pergi hari cuti umum.

Alhamdulillah rezeki berjaya beli satu bekas.

 


Pertama Kali Makan Makan Raw Oyster / Tiram Mentah

Set Raw Oyster / Tiram Mentah diletakkan dalam bekas plastik ala Tupperware Bersama dengan dua jenis sos, daun apa tah tak kenal dan bawang goreng.

Satu set dijual pada harga RM15 dapat lebih kurang 12 ketul tiram segar. Dekat kedai tu Oyster diletak dalam bekas berisi ais untuk pastikan kesegaran dia.


set-Tiram-Mentah


Selesai cuci mata, buat bayaran dan terus balik rumah. Risau dibiarkan lama dekat luar nanti berlaku pencemaran pula.

Nak makan makanan mentah kena berhati-hati ya. Kalau perut jenis sensitif lebih baik elak. Saya ni sejenis suka mencuba.

Beli atau makan dari kedai yang dipercayai dan jaga kebersihan.


 

Cara Makan Raw Oyster / Tiram Mentah


Cara nak makan Tiram ni mudah je, nama pon mentah jadi penyediaan dia hanyalah toskan Tiram kemudian campurkan segala bahan yang ada.

Racik daun dan taburkan bawang goreng supaya bila makan ada rasa rangup. Kalau suka pedas campurkan semua sos.

Suapan pertama Diah tak rasa apa-apa kecuali pedas je. Rasa macam salah buat keputusan pon ada waktu tu.



Makan-Raw-Oyster-Tiram-Mentah




Agaknya Tiram tu saiz baby rasanya. Bila masuk mulut terasa lembut je, macam kunyah air pun ada.  Dia laju masuk tekak. Lepas makan beberapa ketul baru terasa Tiram tu.

Tak puas hati Diah tambah perahan lemon baru lah lebih ‘kick’. Berjaya habiskan sebekas kongsi dengan anak Bujang.


cara-Makan-Raw-Oyster-Tiram-Mentah


Suami memang awal-awal lagi menyerah. Dia memang tak boleh Binatang berbau hanyir ni.


Kesimpulan

Rasa gembira berjaya cuba rasa Raw Oyster / Tiram Mentah. Alhamdulillah tidak berlaku perkara yang menakutkan seperti muntah dan cirit birit. Korang yang nak cuba atas risiko sendiri tau.

Agak-agak jenis diri adalah sensitive, kuat alergi tak payah la cari penyakit.


Ulasan

  1. sy x pernah lg try... huhu... tahniah ye diah.. walaupun sy mkn sushi tp apa saja yg raw mcm salmon di sushi sy x mkn

    BalasPadam
  2. Tak pernah makan tiram mentah ni . Rasa seperti makan siput lala ke ? Selalu kalau jual tiram ni ada jual set satu bekas tu ada limau utk diperah supaya hilang hanyir & ada sambal hijau sebagai pencicah . Rasa tak pasti sebab tak pernah cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. lala tu dia ada bentuk kan? tiram ni lembik, licin.. kunyah pon macam agar-agar je, rasa/bau dia yang sesetengah orang boleh terima

      Padam
  3. woh, terbaik rodiah dah cuba tiram mentah. mama sendiri masih tak berani nak try

    BalasPadam
  4. Ana makan juga sushi tp belum berani nak cuba raw oyster hehehe

    BalasPadam
  5. Ofismate PH dulu suka makan oyster mentah yg selalu disajikan di buffet hotel. Terliur tengok dia makan tapi x pandai nak makan mentah gitewww :D

    BalasPadam
  6. Saya pun jenis suka mencuba. Dah lama cari tiram segar tapi belum ada rezeki nak jumpa.
    Pernah makan tiram bakar jew. Itu pun sedap sangat bubuh cili sos dan perah limau kasturi.

    BalasPadam
  7. Ohhh oyster nya pakai sambal lagi ya kak ..

    Yg saya pernah coba, tiram mentah, yg masih dlm cangkang, di taro atas es biar tetap segar. Lalu diksh lemon dan makan gitu saja. Saya tak suka, tapi suami sukaaaaa sangaaat.

    Naah kalo dikasih sambal seperti cara kakak, saya mungkin akan suka. Krn rasanya jadi lebih macam2 kan 😄

    BalasPadam
  8. Oooo..dia keluarkan isi letak dalam bekas..ingat dalam kulit lagi..suka makan yang dekat hotel masa buffet tu..

    BalasPadam
  9. tak pernah kite tgk jela dari jauh hahaha

    BalasPadam
  10. sedap ke? saya takleh join ahaha..lari sesiap

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.