Lepas balik bercuti Family Day di Melaka Private Glamping, sampai je rumah badan rasa tak selesa. Pening kepala, mula kerap bersin dan tekak rasa perit sangat.
Cuaca di Melaka panas lain macam. Kering dan berangin. Emak kata cuaca panas laut. Yelah kalau dekat rumah panas tapi boleh tahan lagi.
Minggu lepas kami ada Mini Family Day untuk tahun 2024, keluarga sebelah Diah. Mini Family Day sebab ramai juga ahli anggota keluarga tak dapat sertai.
Keluarga besar itu lah isu dia. Ada je halangan. Apa pun Syukur, dari 10 beradik sembilan orang berjaya munculkan diri bersama keluarga masing-masing.
Oh kami sewa satu kawasan tu jadi sangatlah privasi.
Family Day Di Melaka Private Glamping
Setakat ni kalau nak buat gathering
besar-besaran kena tunggu Hari Raya. Jadi rancangan seterusnya kita cuba lagi
di masa akan datang supaya semua dapat berkumpul.
Rancangan asal kami sepatutnya berkumpul di
Terengganu. Nak pergi Pulau. Masing-masing memang suka laut tapi seperti biasa.
Kita rancang saja. Tuhan yang bagi keizinan.
Dari tahun lepas dah brainstorm dan cari tempat
yang kena dengan poket. Jadi lepas berbincang kami pilih Melaka sebagai tempat
bercuti.
Adik cadangkan kami bercuti di Private Glamping
Bukit Katil Melaka. Tempat tu baru je dibuka hujung tahun lepas. Tak banyak
lagi review tapi setakat kami survey semuanya bagus.
Melaka Private Glamping Bukit Katil
Siapa sangka, dekat Melaka pun dah ada tempat
untuk glamping. Ingat lagi waktu awal-awal dulu glamping mula terkenal, Diah
ada tulis tentang glamping.
Vivy Yusof Glamping dengan best friend dia di
Pahang. Glamping atau nama lain dia ialah Glamarous Camping.
Seronoknya Melaka Private Glamping ni dia bina unit
bilik / igloo di satu kawasan besar. Ada tiga unit bilik yang bersambung dan lima
unit igloo.
2 unit igloo berada dia bahagian atas bilik dan
selebihnya di bina atas tanah. Memang cantik. Setiap Igloo disediakan katil
Queen size, bilik berhawa dingin, kipas, televisyen, buaian dan puas hati
dengan hiasan dalaman.
Tiga bilik tu pula lebih besar dari unit Igloo.
Disediakan dua buah katil queen, bilik air, televisyen, iron board dan seterika
dan berhawa dingin.
Kemudahan yang ada seperti pool, kolam jakuzi, bilik
karaoke siap playstation dan open kitchen dengan BBQ pit. Disediakan dua bilik
air dekat bahagian luar.
Boleh menampung sehingga 30 orang pengunjung
menginap pada satu masa. Memang sesuai untuk buat mini family day, gathering,
reunion atau jamuan makan makan.
Aktiviti Sepanjang Family Day
Kembali pada cerita family day, kami rancang
untuk berehat, bersuka ria dan habiskan masa berkualiti sama-sama.
Waktu check in ialah 3.00 petang dan anak-anak
memang tak sabar nak terjun pool. Kaum ibu mula menuju ke dapur sediakan
makanan. Petang sikit dah mula sediakan bahan-bahan untuk BBQ.
Memandangkan masa pun singkat je jadi memang
elak untuk keluar. Melaka kan terkenal dengan kesesakan lalu lintas. Sayang kalau
masa terbuang di atas jalan raya.
Malam tu kami buat BBQ, tukar-tukar hadiah, birthday celebration dan
buat beberapa game untuk hiburkan anak-anak. Masak pun ala kadar untuk alas
perut sahaja.
Masing-masing tunjuk bakat bila masuk bilik karaoke.
Bertukar-tukar sesi ikut peringkat umur. Karaoke anak-anak, lepas tu giliran suami
bersama ipar duia dan akhir sekali giliran wanita ya.
Ya Allah bersyukur sangat Allah bagi kesempatan
kami berkumpul dan buat emak gembira. Siap request next family day ya.
Review Melaka Private Glamping Bukit Katil
Review ini adalah berdasarkan pengalaman
peribadi apa yang Diah alami sepanjang dua hari satu malam di Melaka Private
Glamping.
Secara keseluruhan Diah amat berpuas hati
dengan pengalaman yang kami dapat. Kemudahan lengkap, dekat dengan kedai in
case ada barang nak cari.
Pool walaupun kecil tapi okay lah asal ada. Diah
stay dalam bilik jadi memang selesa. Tekanan air paip kuat. Kelengkapan seperti
tuala, katil dan cadar semua bersih. Ada Netflix.
Adik cakap keadaan dalam Igloo panas terutama waktu
check in ke petang. Memang wajib on kan aircond.
Bagus sebab kemudahan lengkap termasuk Peti Ais,
Dapur & Peralatan memasak, Penapis air – COWAY, dan Periuk Nasi.
Harga Tempahan & Cara Hubungi
Dibawah ni ialah harga yang kami bayar untuk dua hari satu malam. Untuk harga yang tepat elok hubungi mereka sendiri. Kot berubah ada promosi ke.
Berikut adalah harga promosi sempena pembukaan *MELAKA PRIVATE GLAMPING*
*Hari Isnin - Khamis*
RM1488 (2 Hari 1 Malam)
RM2888 (3 Hari 2 Malam)
*Hari Jumaat -Ahad & Public Holiday Dan
Cuti Sekolah*
RM1988 (2 Hari 1 Malam)
RM3888 (3 Hari 2 Malam)
*Untuk weekend mereka hanya terima tempahan
guest 3hari 2malam sahaja ya..*
*Makluman mesra bahawa MELAKA PRIVATE GLAMPING
hanya memuatkan maximum 25-30 orang sahaja termasuk kanak-kanak*
*Hanya menerima Muslim Guest sahaja*
MELAKA Private Glamping
Whatsapp - 60129202025 Facebook
Lot 997, Solok Kampung Teluk, Bukit Katil,
75450 Melaka
Sepakat bayar sama2 tak apa, kalau seorang sahaja yang bayar, menangis juga hehe
BalasPadamMemang susah kumpulkan seluruh keluarga apalagi kalau ramai kan. Saya saja 4 Kaka beradik, belum pernah bisa kumpul yang lengkap semuanya. Pasti ada yg tak hadir. Apalagi kami beda pulau tinggalnya. 2 di sumatera, 2 di Jawa.
BalasPadamMakanya July nanti nak ketemu semua di Malaysia 🤣.tak bisa ketemu di Indonesia rasanya 😂. Dah laah langsung tempah hotel dan tiket flight dulu. Baru nanti nak pikirkan mau kemana saja selama di sana 😁
Seronok kalau bercuti sesama keluarga ni... Hebatlah tu, 9/10 adik beradik dapat hadir 👍
BalasPadamMenarik juga tempatnya cuma macam kurang pokok besar. Kalau pokok2 dan besar mungkin redup sikit.
BalasPadamSeru ya kak kumpul ramai-ramai keluarga besar, alhamdullilah...
BalasPadamTempatnya juga bagus, fasilitas juga ok, anak-anak pasti suka melakukan beragam aktifitas ,mumpung lagi berkumpul.
wahhhhh puas hati sewa gitu.. lebih privacy untuk kita sekeluarga hehe
BalasPadamlast pegi melaka tk silap 2022 family day juga..amik villa yg ada private pool ...yg jenis glamping tk pernh lg try...sronok dpt berkumpul ramai2 kn
BalasPadamseronoknya bila ada family day mcm ni. keluarga abe kie dah jarang bertemu sejak ibubapa dan along meninggal. cuma jumpa pd hari raya dan kenduri shj. huhuhu...
BalasPadambestnya dpt buat family reunion tu!! thanks for the review, sgt2 useful esp sbb dh ada rate siap :) so senang nak kira bajet etc
BalasPadambestnyaaa. comel je tgk Igloo tuu
BalasPadam