Celebrate Birthday Di Jungle Gym KL East Mall

Tanggal 22 Januari lepas adalah merupakan hari Ulang Tahun Kelahiran anak ketiga Diah, Airis Safiya. Genap dia berumur enam tahun.

Alhamdulillah pada usia dia enam tahun, dia berkelakuan dan berfikiran matang berbanding usia sebenar. Ini adalah hasil didikan bila ada abang dan kakak yang tak jauh beza umur.

Apa saja kelakuan kakak dan abang semua dia nak tiru. Ikut perancangan tahun ni dia akan masuk Pra Sekolah. Perasaan teruja nak ke sekolah memang tak pernah padam sejak dia mula kenal ABC.

Tahun lepas dia masih ragu-ragu nak ke sekolah atau tidak. Selalu soalan bila borak dengan dia ialah “kalau”. Dia risau betul kalau kawan-kawan tak suka dia.

Kalau cikgu garang macamana? Jadi ambil pendekatan terangkan ikut logik di samping tunjuk dekat dia sekolah itu menyeronokkan.

Cepat je masa berputar, hari ni masuk Pra Sekolah esok dah graduasi. Emosi betul bila cerita bab anak ni.



Celebrate-Birthday-Jungle-Gym-KL-East-Mall



Celebrate Birthday Di Jungle Gym KL East Mall


Seperti biasa yang jadi tukang fikir mestilah tugas ibu, tugas ayah pula kena keluar duit. Suami pun tiada bantahan memandangkan anak-anak memang suka playground.

 


Birthday-celebration-Jungle-Gym-KL-East-Mall


Berbeza dengan tahun sebelumnya, biasa kami celebrate birthday, kami biasanya akan makan dekat restoran yang dia pilih dan belikan kek.

Selalu celebrate  birthday makan di Gula Cakery. 

Bosan asyik ulang perkara yang sama jadi tahun ni kita buat kelainan. Tahun ni sengaja tukar sedikit agenda dan aktiviti yang lebih bersesuaian. 

Kami bawa anak-anak ke indoor playground sebab mama tak suka berpeluh ketiak ahaks. Lagipun senang sikit ada kemudahan macam-macam.



jungle-Gym




Indoor Playground - Jungle Gym KL East Mall


Sempena birthday anak, suami ambil cuti untuk habiskan masa dengan keluarga. Kerja pejabat tak pernah habis jadi pandai-pandai kawal.

Alhamdulillah suami tak pernah berkira bab anak. Sengaja pilih indoor playground dan yang paling dekat dengan rumah semestinya Jungle Gym dalam KL East Mall.

Lagi seronok kami pergi hari bekerja jadi memang Jungle Gym tu ada sorang pelanggan je waktu tu. Terasa book Jungle Gym untuk kami sekeluarga.

Istimewa gitu. Anak-anak memang teruja. Selesaikan urusan pembelian tiket maka bergembiralah kami kat dalam tu.



Jungle-Gym-KL-East-Mall


 


Harga tiket Jungle Gym KL East Mall


Harga tiket Jungle Gym KL East Mall waktu weekdays dan weekends berbeza. Terbahagi kepada tiga peringkat umur.

Harga toddler (bawah dua tahun), kids (atas dua tahun) dan juga guardian (17 tahun ke atas).

Weekdays - Toddler (RM25), kids (RM48) dan juga guardian (RM10).

Weekends - Toddler (RM35), kids (RM66) dan juga guardian (RM10).

 

Harga tiket valid untuk satu hari waktu operasi Jungle Gym KL East Mall. Boleh keluar untuk makan dan solat kemudian boleh sambung main dekat dalam tu.

Cuma jangan tanggalkan tag dekat tangan je.

Ada disediakan café dan juga tandas. Pendek kata selesa la kalau ibu bapa tunggu anak-anak bermain. Anak-anak dah dapat bermain memang tak ingat nak berhenti ya.



rules-Jungle-Gym-KL-East-Mall


 


Review Jungle Gym KL East Mall


Tak mahu komen bab harga tiket sebab kemampuan setiap orang adalah berbeza. Terasa juga bila bayar tapi memandangkan setahun sekali je belanja anak kita pejam mata lah.

Jungle Gym ni ada dua Tingkat. Bahagian atas ada laluan berhalangan. Material jenis foam lembut tapi kukuh. Jadi anak-anak akan enjoy melepasi laluan berhalangan.

Lenguh lutut ya berkejaran dengan anak dekat atas. Tingkat atas dan bawah disambungkan dengan slide. Waktu awal kami sampai slide tu tak licin sangat tapi masih menakutkan.

Elok je pekerja dia bersihkan, entah apa dia letak terus jadi laju dan licin. Anak-anak suka. Diah tak berani.



Jungle-Gym-indoor-playground




Bahagian bawah pula ada banyak seksyen. Ada bahagian khusus untuk bola-bola kecil tu. Dekat sini kena hati-hati sebab mudah sangat nak terjatuh bila terpijak bola.

Lantai memang penuh dengan bola, kalau kena baling dengan bola tu boleh tahan pedih ya. Bagusnya peralatan / mainan dia intergrasikan dengan sains.

Jadi akan meransang minda kanak-kanak. Ada juga seksyen alat muzik bersaiz besar seperti piano, gendang dan alat perkusi berpic macam Xylophone.



indoor-playground



Ada juga jongkang jongket, bola getah, kerusi pusing dan punching bag. Pendek kata, perkakas permainan dekat sini sesuai untuk anak-anak sebab bukan sekadar bermain tetapi meransang deria dan minda.


Celebrate-Birthday


Cuma yang kurang dekat sini ialah bahagian memanjat dan bergayut. Rules pun simple kan pakai stokin.

 


Kesimpulan

Secara keseluruhan, Celebrate Birthday Airis di Jungle Gym KL East Mall bukan setakat gembirakan dia tapi kakak dan abang dia juga.

Waktu lunch kami makan di Ali, Muthu dan sebelum balik singgah Melawati Mall beli kek dekat Komugi. Kedai bakery kesukaan kami sekeluarga.

Ulasan

  1. Menarik ni! Yg penting anak² pun happy alhamdulillah. Elok juga main indoor sbb skrg cuaca sangat panas.
    Happy Birthday Airis Safiyya 🎂

    BalasPadam
  2. bdk2 mesti seronok dpt celebrate birthday kt tmpt mcm ni...anyway happy belated birthday Airis Safiya

    BalasPadam
  3. Issssh muraaaah ini kak, Krn bisa berlaku seharian, boleh kluar pula dan masuk lagi. Asalkan gelang tangan tak lepas kan.

    Di jakarta lebih mahal, dan rata2 dibatasi 2 jam.

    Agak bersyukur Krn anak saya , trutama yg sulung dah tak suka main ini. Tapi adiknya sesekali masih mau 🤣.

    Saya pun LBH suka yg indoor macam nih, tak payah berpeluh kan 🤭😅

    BalasPadam
  4. Aktivity family yg paling bagus...spend quality time

    BalasPadam
  5. Beza setahun umur dengan anak bongsu saya ni. Selamat Hari Lahir Airis Safiya, semoga menjadi anak solehah yang membahagiakan ibu ayah ya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.