Terpengaruh Beli Kek Tapak Kuda Di TikTok

Masih belum reda lagi kan demam Kek Tapak Kuda. Ya ampun waktu awal-awal dulu memang tak pandang pun sebab tak minat makan kek yang terlalu manis.

Kalau lalu FYP dekat TikTok, nampak seller letak filling Kek Tapak Kuda melimpah ruah. Entah macamana diaorang boleh telan.

Lapisan kek dia nipis je, yang buatkan dia jadi gebu dan tebal selepas dibalut dengan inti pilihan. Doktor kalau tengok mesti geleng kepala.

Kek ni dapat gelaran Kek Tapak Kuda sebab bentuk dia seakan-akan tapak kuda selepas dipotong. Ada banyak pilihan untuk filling seperti Coklat, Matcha, Pistachio dan banyak lagi.

Anggaran harga untuk saiz kek 10inci sekitar belasan ringgit dan boleh mencecah puluhan ringgit. Harga ikut perisa dan ada yang minta seller tambah perisa jadi bertambah juga harga.


review-Kek-Tapak-Kuda



Terpengaruh Beli Kek Tapak Kuda Di TikTok


Setelah banyak kali tengok video promosi Kek Tapak Kuda mula la terhasut. Diah agak memilih jadi memang cari penjual yang dapat review yang baik.

Sebelum ni terhasut makan Sukiya pun sebab tengok TikTok. Hancur diet saya!

Seller Kek Tapak Kuda yang memang kena battle habis-habisan kalau nak rasa adalah Kek Tapak Kuda Ustaz dan Kek Tapak Kuda By Azra.

Ya ampun sangat la mencabar untuk beli. Selalu Kek Tapak Kuda By Azra jual waktu live di TikTok, tak pernah lagi dia letak bakul kuning dalam video.

Sama la juga kes dengan Kek Tapak Kuda Ustaz Riduan yang selalu sebut MashaAllah, Astagfirullah. Itu sekelip mata je boleh habis.

Biasa dia jual di TikTok Shop dan juga Shopee. Ramai yang kata, hanya yang cukup amalan dapat beli kek ustaz.

Kalau ustaz buka affiliate ni mesti untung. Nak belajar Step By Step, Cara Daftar Affiliate Tiktok - tengok sini!

Diah pernah cuba battle sekali je lepas tu frust gila sebab tak dapat. Biasa ustaz akan beritahu awal bila dia open beg kuning dan bila pelanggan boleh beli di Shopee.

Jumpa bakers yang terkenal jual kek tapak kuda di Shopee - Azlina Ina. Banyak review yang bagus juga. 

Boleh cuba. 



Pertama Kali Rasa Kek Tapak Kuda


Selepas beberapa kali percubaan gagal nak beli Kek Tapak Kuda Ustaz jadi cari seller lain yang sedap tapi kurang berebut nak beli.

Sakit hati punya pasal Diah beli dari dua penjual. Dua-dua Tengah meningkat naik ya. Kalau perasaan video dekat TikTok asyik tiada je beg kuning.

Saja nak bagi sokongan kepada produk lokal dan peniaga tempatan. Oh banyak je pilihan filling untuk Kek Tapak Kuda tapi kebanyakkan masih guna barangan support Israel jadi Diah pilih perisa yang selamat.

Kek Tapak Kuda yang pertama Diah beli dari by Sugardelle. Agak popular di kalangan peminat kek itu. Saiz standard 10inci, Diah pilih Jeju Matcha Crunchy.

Diah juga beli Kek Tapak Kuda dari Shima Gebulicious perisa Matcha Crunchy saiz 10 inci. Harga RM24. Berbaloi sebab kek dia sedap lembut dan filling dia pun banyak.

Perisa kalau nak beli Diah boleh cadangkan Matcha Crunchy dan Pistachio. Best seller diaorang Salted Caramel tapi Diah belum pernah cuba.

Paling hot selling adalah Pakej Combo tiga kek RM50. Haritu berjaya beli dan sold out dalam masa tiga minit. Best sebab boleh pilih filling kecuali filling Kinder Bueno, Nutella.

 


Review Kek Tapak Kuda By Sugardelle


Kalau nak makan tak comot korang kena simpan kek sekejap dalam fridge. Kalau tak bila potong akan berlemuih orang Utara cakap. Ahaks.

Diah suka bila tak letak dalam fridge. Inti dia cair-cair waktu makan tu memang padu. Kalau tak lebih rela asingkan filling yang separa beku dengan kek.


Kek-Tapak-Kuda-By-Sugardelle



Pujian dan lima Bintang Diah diberikan kepada Sugardelle sebab hasilkan kek yang begitu sedap. Sebelum buka bungkusan plastik dah dapat bau wangi kek.

Kek dia lembut, tidak berminyak dan filling Jeju Matcha Crunchy tu sangat sedap walaupun Diah tak minat sangat matcha.

Bila makan tidak la rasa manis nak arwah. Cuma jangan la makan selalu. Tak baik untuk Kesihatan.


Kek-Tapak-Kuda-Jeju-Matcha-Crunchy



Bukan semua orang dapat hasilkan perisa matcha yang sedap. Bau dan rasa kena seimbang. Tak boleh terlebih kalau tidak memang rasa pelik tak boleh telan.

Sugardelle bijak tak ada bau wangi bunga pun untuk Matcha dia, jadi memang sedap la dimakan. 

Dari segi packaging pun elok Cuma togel macam tu jelah. Yelah beli pon satu jenis je. Ahaks. Kotak dia besar dan tebal jadi kek selamat tak penyek.


 
Review Kek Tapak Kuda By Shima Gebulicious

Pujian harus diberikan kepada Shima Gebulicious sebab pembungkusan, customer servis terbaik dan juga dapat pisau pemotong kek. Jadi mudah nak makan walaupun waktu tu kita dekat luar.

Siap dapat nota peringatan tentang kek. Yelah untuk elak dapat bad review elok la beritahu siap-siap kepada pelanggan.


Kek-Tapak-Kuda-By-Shima-Gebulicious



Nak pastikan kesedapan kek, bila dapat je parcel kena cepat-cepat makan. Kalau simpan takut kualiti drop pula.

Kek dia cantik kemas je. Sayangnya Diah tersalah pilih filling. Matcha Crunchy dia ada bau bunga Jasmin.

Ke salah eh, tapi ada bau wangi tu lah. Ya ampun gigih nak telan ya. Akhirnya kita sedekah je pada jiran. Kalau tidak memang berkulat dan buang ke tong sampah je.

Kek dia semua ok, lembut. Ada banyak pilohan jadi ikut selera tekak masing-masing. Boleh beli kek dekat sini - Kek Tapak Kuda


Kek-Tapak-Kuda-matcha-crunchy



 

Kesimpulan

Puas hati dan bersyukur kepada Allah sebab dapat rasa Kek Tapak Kuda. Korang nak rasa boleh beli dan cuba sendiri. kalau sanggup battle cuba la beli Kek Tapak Kuda Ustaz Riduan, nanti Kongsi ya review.

Korang yang buat affiliate dekat TikTok grab peluang jual benda tengah viral InshaAllah mendatangkan hasil. Ikut cara ni nak jadi Affiliate TikTok. 

 

Ulasan

  1. Alhamdulilalh.... viral sungguh kek ni skrg ni, tp belum terfikir untuk beli lagi.. tunggu waktu dlu untuk tergoda..

    BalasPadam
  2. viral betul kek tapak kuda ni skrg asyik fyp je kat tt hehehe

    BalasPadam
  3. ciknur penah mkn jiran buat jualan dan bg kita.
    sedappp.

    BalasPadam
  4. tk pernh lg beli...tp sblum ni ada la tgk juga

    BalasPadam
  5. Bentuk nya mirip dengan bolu gulung kalau di sini.

    Yg tapak kuda ini saya belum rasa. Tapi saya pun bukan penyuka makanan manis sebenarnya kak 😄. Cuma kalau nak rasa rasa, tak apa, sedikiit saja. Sekedar tahu 😄😁

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.