Diah memang kalah dan cepat rimas dengan rambut yang semakin tebal. Dengan cuaca panas sekarang ni cepat betul sakit kepala.
Minggu lepas hampir setiap hari Diah sakit
kepala. Memang dari dulu tak boleh simpan rambut panjang.
Perasan juga, selepas berkahwin memang tak
pernah lagi simpan rambut panjang macam zaman anak dara dulu.
Syukur suami memahami. Dia tidak menghalang juga tidak menggalakkan berambut pendek.
Yelah dia juga yang nak tengok isteri dekat
rumah, asal sedap mata memandang kira okay la.
Buat Rawatan Scalp Treatment – Rawatan Rambut Gugur
Rancangan awal nak ke salon sebab nak potong
rambut. Tapi bertukar jadi rawatan scalp treatment sebab rambut Diah banyak gugur.
Itu pun setelah dinasihatkan oleh pekerja salon
dan ini merupakan pengalaman pertama Diah buat Scalp Treatment.
Selalu akan minta suami yang potongkan rambut. Tapi
memandangkan tangan dia sakit dan masih dalam rawatan jadi terus ke salon.
Sekali sekala manjakan diri dan kiranya hadiah
dari suami untuk me-time. Sebelum ni pernah cuba potong rambut di Salon Siti Alzahrah, dan SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa
Scalp Treatment & Potong Rambut Pendek
Untuk potong rambut kali ni Diah dah buat
temujanji di Nieza Salon Muslimah Wangsa Maju yang terletak berhadapan dengan
Wangsa Walk sederet Bank Islam.
Waktu temujanji adalah pukul tiga petang dan
waktu tu ada beberapa pelanggan yang lain dalam salon. Tempat dia selesa dan
pekerja dia pun ramah dan bersopan.
Perkara pertama adalah pekerja akan analisis
keadaan kulit kepala menggunakan mesin khas (Hair Theraphy Machine) dan cadangkan rawatan.
Mesin macam nak scan perut ibu mengandung tapi
ini dia tonyoh alat tu dekat kulit kepala kita.
Terpampanglah kulit kepala Diah di skrin dan
dia terangkan keadaan kulit kepala yang sihat versus kulit kepala Diah.
Result: kulit kepala jenis berminyak, folikel
rambut ada yang tersumbat, ada juga sedikit kelumumur dan ada masalah rambut gugur.
Kelebihan Rawatan Scalp Treatment
Ikut apa pekerja tu terangkan, setiap satu folikel
sepatutnya ada empat helai rambut, kalau kurang dari tu maksudnya ada masalah
rambut gugur.
Jadi dia cadangkan untuk buat rawatan Scalp
Treatment. Dari mula rawatan sehingga rambut di potong ambil masa lebih kurang
sejam setengah.
Antara kebaikan Scalp Treatment adalah:
- Merangsang pertumbuhan rambut
- Menyubur dan menyihatkan rambut
- Menguatkan akar rambut
- Mengurangkan masalah rambut gugur
- Mengurangkan masalah kelumumur
- Membersihkan kulit kepala
Scalp Treatment Untuk Masalah Rambut Gugur
Bagusnya pekerja salon ni terangkan satu-satu
proses scalp treatment dan tidaklah rasa tertanya-tanya. Lemah lembut dia buat
kerja.
Mula-mula dia letak Exfoliating Scalp Serum dan
sapu ke seluruh kulit kepala. Dia urut kepala tu yang seronok.
Selesai sapu serum kemudian kena basuh rambut. Waktu
basuh rambut paling Diah suka. Bila air paip yang sejuk tu kena kulit kepala
rasa segar sangat.
Seterusnya, scalp treatment cream disapu pada
rambut dan kepala dibalut dengan tuala. Dibiarkan selama 20 minit dan
dipasangkan alat macam topi angkasa tu.
Ada lampu merah dan keluar asap. Entah saya tak
tahu nama apa. Sorry. Selesai 20 minit, sekali lagi kena bilas rambut.
Selesai keringkan rambut, Langkah terakhir
ialah disapukn dengan hair serum bertujuan untuk kuatkan akar rambut dan elak
rambut gugur.
Selepas itu baru lah hair stylist datang dan
gunting rambut Diah. Jumlah yang dibayar untuk Scalp Treatment, Cut & Wash
hair untuk rambut pendek ialah RM99.
Review Nieza Salon Muslimah Wangsa Maju
Setelah bertahun-tahun asyik tertangguh dan
selalu penuh je Nieza Salon Muslimah ni akhirnya dapat juga potong rambut dekat
sini.
Pujian harus diberikan sebab pekerja dia
berpengalaman (hair stylist), pekerja tak buat cross selling yang keterlaluan
dan bersopan.
Diah tak rasa dipaksa untuk buat rawatan. Itu paling penting jadi kita tidak la serik nak datang lagi.
Oh pekerja tu advise, kalau kulit kepala berminyak kena buat double cleansing (syampu dua kali) kemudian pakai perapi.
Untuk kulit kepala berminyak macam Diah kena sapu berhati-hati dan elak kena kulit kepala. Perapi untuk ramut sahaja.
Korang yang nak gunting
rambut di Nieza Salon Muslimah Wangsa Maju elok buat tempahan awal ya.
Cara nak buat tempahan, boleh rujuk Instagram
mereka. Nanti akan chat dengan bot mereka. Proses nak book agak panjang tapoi
lengkap dengan maklumat.
Lepas book status akan jadi pending, tunggu mereka
balas untuk confirmkan booking. Awalnya macam nak putus asa sebab sehari juga
ambil masa untuk confirmkan slot.
Kesimpulan
Secara keseluruhan pengalaman buat rawatan
Scalp Treatment – Rawatan Rambut Gugur di Nieza Salon Muslimah Wangsa Maju
memuaskan hati. Come again? Sudah semestinya.
bestnyaaa me time treatment rambut hehe
BalasPadammasa ni jelah minta orang buat untuk kita hihihi
PadamBest laaaa.. Teringin nak buat.
BalasPadamRasanya salon ni ada cawangan dkt Putrajaya juga kan..
BalasPadamsbb nieyl mcm pernah pergi yg dekat putrajaya punya...
Sudah lama tak perawatan rambut ke salon atau klinik kak, memang rambut saya juga rontok kalau terlalu panjang,sekarang seringnya potong sendiri ,lebih praktis rambut agak pendek sebahu
BalasPadamMurahlakan buat treatment plus gunting.
BalasPadamAmmi pun sejak pakai tudung mmg rambut pendek terus. Rasa sakit kepala kalau berikat rambut pastu mmg dah jadi habit basuh rambut setiap pagi. Kalau panjang bila kala pulak nak kering, dahlah x suka pakai hairdryer
Muraaaah sangaaaaat 😍😍😍. Apalagi dah include scalp treatment pula. Itu mahal kalo di sini. Dan kadang tak bisa sekali datang 😔.
BalasPadamMasalah kita sama kak. Rambut gugur 😔. Rasanya memang harus datang ke hair clinic, tak bisa pakai sembarang shampoo