Lunch Di Ah Cheng Laksa - Butter Milk Chicken Chop Sedap

Semalam selesai urusan follow check-up suami dekat Klinik di Bukit Jalil kami terus pecut balik rumah sebab kelaparan.

Walaupun pagi tu dah makan sarapan pagi portion agak banyak tapi sebab banyak aktiviti dibuat dan banyak berjalan jadi tenaga awal lagi dah habis.

Waktu temujanji adalah pukul 1.30 petang, jadi kami datang awal dan park dalam Pavilion Bukit Jalil. Besar ya mall ni, patutnya boleh je makan dekat situ tapi dasar tak biasa tempat baru.


Lunch-AhCheng-Asam-Laksa



Lunch Di Ah Cheng Laksa - Butter Milk Chicken Chop Sedap


Kami decide balik dan cari makan dekat Melawati Mall. Berdasarkan pengalaman, kalau keluar dengan anak-anak jangan buat hal nak cuba tempat baru dengan diaorang.

Nanti banyak je hal berlaku. Malas pening kepala, kami akan keluar berdua dan cuba kemudian kalau berbaloi baru datang lagi bawa anak-anak pula.

Sampai je Melawati Mall terus ke Ah Cheng Laksa dekat Level tiga. Syukur orang tidak terlalu ramai. Servis pun laju.

 


Menu Popular Ah Cheng Laksa


Dah nama pun ada laksa jadi semestinya menu popular mereka adalah Laksa Asam. Selain itu ada juga Pan Mee Soup, Curry Laksa, Nasi Lemak Ayam, Butter Milk Chicken Chop with Rice dan banyak lagi menu berat.

Ada juga makanan ringan seperti Rojak, Keropok Lekor, Popia, ABC, Pisang Goreng dan lain-lain. Suka datang sini sebab menu dia pelbagai.

Maklumlah selera anak tekak anak-anak ni kurang mencabar ya, berbeza betul dengan emak dia yang telan segala benda.

Jadi ambil jalan mudah cari makanan yang tidak pedas. Kami pesan dua set dan dua ala carte. Set dapat air sekali. Mudah.

Ikhwan makan Pan Mee Soup dan Ice Lemon Tea, Diah makan Set Asam Laksa dan Air Longan. Suami dan anak kecil makan Butter Milk Chicken Chop with Rice.

Laksa dekat Penang Chendul pun sedap.

 


Review Ah Cheng Laksa


Weh pertama kali makan Butter Milk Chicken Chop with Rice dekat Ah Cheng Laksa dan kagum dengan rasa dia.


ahcheng-Butter-Milk-Chicken-Chop-with-Rice



Cukup berlemak, masin dan manis tu balance. Dapat sekali telur mata dan beberapa hirisan timun. Portion cukup untuk seorang dewasa makan. RM 19.90 sepinggan.

Ayam lembut dan boneless. Selalu kalau makan Butter Milk memang akan cepat muak tapi jangan risau sebab dia letak hirisan cili padi dalam kuah Butter Milk.

Kalau yang kurang sihat elok makan Pan Mee Soup. Kuah dia tak over, rasa nyaman je bila makan. Kebetulan Ikhwan perut dia tak selesa. Sesuai sangat la. Set RM18.90.


ahcheng-Pan-Mee-Soup




Diah makan Asam Laksa tapi kuah dia agak masin bagi Diah. Memang tak kuat masin dari dulu lagi. Kuah laksa cukup rasa masam dan masin, ada isi ikan dan garnishing ada nanas, daun pudina, timun dan bawang.


AhCheng-Asam-Laksa



Makan sikit-sikit tapi payah sangat nak habiskan. Jadi Diah makan laksa tu tapi campur dengan air longan jadikan kuah. Letak dalam sudu.

Kebetulan air longan agak manis, jadi memang gabungan yang tepat. Suami dah faham sangat perangai pelik Diah jadi dia memang tak cakap apa. Ahaks. Set RM18.90.


makan-AhCheng-Asam-Laksa



Kalau dekat rumah selalu beli dekat tepi jalan - Laksa Utara 

Ambil juga ABC Rm9.90. Air Batu Campur tu biasa-biasa saja. Boleh tahan banyak semangkuk besar.


acheng-ABC


 

Kesimpulan

Puas hati makan dekat Ah Cheng Laksa sebab kebanyakkan menu kena dengan tekak. Tempat selesa, servis laju. Repeat? Sudah pasti. 

 

 

Ulasan

  1. masuk kedai ni memang tak reti da nk order lain, eqin order laksa ja haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab nama dia laksa kan? ha sama la tapi next boleh try lain pula

      Padam
  2. Nampak laksa tu macam sedap jew, tapi lain pula rasanya ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap cuma tu lah masin, Diah tekak tak suka masin sangat

      Padam
  3. nanti try makan dry pan mee dia..sedap...SA nak try la nanti buttermilk chicken tu...x pernah cuba lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. okay next nak try. ada nampak orang makan aritu

      Padam
  4. laksa dan ABC gandingan bestt ni
    dulu2 kat kg

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu kat kampung dua menu tak sampai lima ringgit hihiihih

      Padam
  5. tengok pagi2 terus rasa lapar ni sedap semuanya tu.

    BalasPadam
  6. Ya Allah lama betul Cuya tak makan butter milk chicken...sebab kat rumah tak pernah try masak, biasa beli tu pon masa zaman belajar dulu sebelum pkp...

    BalasPadam
  7. Makanan kat Ah Cheng laksa memang sedap tapi last makan masa kerja dulu je sebab sekarang dah balik duk ganu, takde outlet Ah Cheng Laksa kat sini :(

    BalasPadam
  8. Semoga nanti kalo ke Malaysia, bisa lah coba makan di sana juga 😍. Saya pun suka laksa Utara. Tapi selalunya minta seller jangan letak bawang 🤣. Kalo terlanjur, saya singkirkan dulu semuanya, jangan sampai tergigit, memang langsung ilfil nak makan 😄

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.