Larrie Ladies Camel Velcro Cushioned Strap Sandals

Hari tu kan Diah ada kongsikan yang Diah sekeluarga menjadi mangsa orang yang bertanggungjawab mencuri sandal sewaktu Diah ada dekat rumah.

Perasaan takut, tak selamat dan trauma tu masih berbekas ya. Setiap kali dengar bunyi orang berjalan setiap kali itulah Diah akan capai handphone dan buka pintu depan nak tengok kot orang nak mencuri.

Sehingga hari ini terasa betul kehilangan sandal Sketchers tu. Antara sandal kegemaran Diah sebab berkualiti dan sangat bagus dalam penjagaan kaki.

Sebelum ni akan sakit terutama di tapak kaki bila banyak berjalan. Tapi sakit tu semua hilang sejak pakai sandal Sketchers.

Hampir dua tahun juga pakai sandal tu. Masih elok dan tapak dia tak haus. Kiranya banyak lah kenangan kami Bersama. Chewah. Drama sungguh.


Larrie-Ladies-Sandals



 

Larrie Ladies Camel Velcro Cushioned Strap Sandals


Baru-baru ni ajak suami cari sandal baru. Oleh sebab jenama Sketchers ni tak sokong Palestine jadi kita pun tak mahu la sokong dia.

Suami bawa ke Aeon Wangsa Maju untuk cari kasut. Sebelum tu dah masuk BATA tapi tak berkenan dan tak banyak pilihan.

Tepat pilihan suami sebab rambang mata bila masuk situ. Ternampak jenama Larrie. Weh tak sangka cantik ya design yang ada.


Larrie-sandals



Larrie ni jenama tempatan jadi harus lah kita sokong. Menguatkan lagi Keputusan beli je sandal baru (suami belanja).


Which country brand is Larrie shoes?

Established in 1978, Larrie Corporation is a family-run business based in Kuala Lumpur. As the distributor and marketer of quality shoes, Larrie Corporate has grown from a small home-grown shoe enterprise to a leading shoe company in Malaysia with numerous international brands under its management.

 

Larrie-Ladies-Velcro-Cushioned-Strap-Sandals



Kenapa Larrie Ladies Camel Velcro Cushioned Strap Sandals?


Suka dengan Larrie Ladies Camel Velcro Cushioned Strap Sandals ni sebab design dia yang bergaya tapi dalam masa yang sama selesa dipakai.

Dia nampak effortless go-to untuk semua majlis. Nak pakai dengan baju kurung pergi kenduri boleh, nak shopping cuci mata masuk mall pun boleh.

Design dia pun simple, tidak keterlaluan dan paling penting teknologi dia guna untuk melindungi dan menjaga kesihatan kaki.


foot-technology-larrie-shoe


Material sandals ialah Soft PU (Polyurethane) upper. Tapak luar sintetik - Tahan lasak dan anti licin. Tapak Tengah ada kusyen jadi selesa bila pakai.


Larrie-three-poin-rebound



Selain warna Camel ada juga warna Almond, Beige, Hitam dan Hijau. Waktu pilih tu rambang mata nak beli warna Almond atau Camel. Akhirnya ikut citarasa suami sebab dia yang bayar. Ahaks.


kasut-Larrie-Ladies-Sandals



Review Larrie Ladies Camel Velcro Cushioned Strap Sandals


Sandal Larrie Diah dah pakai dan sangat berpuas hati. Setakat ni berjalan lama dalam mall dan pakai sandal ni kaki tak sakit. 

Bila pakai jadi lebih tinggi dari biasa sebab ada pertambahan tapak. Tapi tidak la tinggi sangat. Sedang elok kalau pakai seluar jeans jenis boot cut labuh tu dia tak cecah lantai. 

Sandal ni ringan jadi tak terasa la beban di kaki. Warna cantik, sedap mata memandang, design simple tak sarat boleh pakai untuk pelbagai acara. 

Overall pembelian kali ini berbaloi. 


Kesimpulan 


Untuk korang yang cari sandal Perempuan yang simple design tapi dalam masa yang sama nampak presentable bila bawa ke majlis orang boleh beli Larrie Ladies Velcro Cushioned Strap Sandals ni.

Nak dapat diskaun beli je online dekat Shoppee. Check sini untuk diskaun. Banyak gila beza denagn beli dekat fizikal store. Dalam RM50 ya. 


Ulasan

  1. Sandal yang bagus ya. Cocok untuk berjalan dengan nyaman. Makasih banyak infonya ya. Semoga sehat selalu.

    BalasPadam
  2. larrie antara kasut yang sedap pakai...utk kasut kerja, mmg linda selalu beli larrie...puas hati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya baru nak cuba kak, sebelum ni suka brand lain. This one nice juga rupanya

      Padam
  3. Larrie ni antara yg tersedaplah bila letak di kaki kan? yg ni mmg membeli alah memakai.. bata comfit pun not bad.. empuk jugak rasanya... sy dh lama x beli heel utk keja bila dh sedap pakai sketchers... x payah nk kontrol ayu bila bersketchers ni.. haha

    BalasPadam
  4. Larrie mmg sedap pakai.. ish ish ish jahat betul pencuri ambil kasut yg berjenama hurmm

    BalasPadam
  5. cantik warna sandal baru tue , betul tue kena pilih design yang sesuai lagi-lagi permukaan tapak yang selesa , baru selesa jalan tak sakit kaki

    BalasPadam
  6. Nanti kalo ke KL saya nak cari lah. Bagus juga kalo bisa buat kaki tak sakit walo berjalan lama. Krn kaki saya pun agak sensitif. Ada banyak brand yg saya tak cocok. Makanya selalu balik lagi ke Sketcher juga. Krn so far cuma cocok dengan brand itu kak :(.

    Belum ketemu yg bagus lainnya.

    Makanya kalo memang cocok dengan larrie ini, saya nak beli. Tapi tunggu ke KL dulu, pas July nanti 😄

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.