Geng Subuh Macam Jumaat Bersama Alif Satar

Sungguh menarik perhatian apabila selebriti / pempengaruh / Pelakon Alif Satar memulakan Gerakan Geng Subuh Macam Jumaat.

Bangga bila ada anak muda yang ada pengaruh besar menggunakan kuasa pengaruh dengan betul. Seronok bila dah ada gerakan yang memeriahkan rumah Allah di waktu Subuh.

Biarpun ada kata-kata kurang enak didengar tapi kita campak tepi lah ye. Mana tahu asbab datang masjid sebab nak sertai Alif Satar je tapi amalan tu berkekalan.


Geng-Subuh-Macam-Jumaat


 

Geng Subuh Macam Jumaat Bersama Alif Satar

Bukan senang nak bangun awal pagi dan berjemaah di masjid melainkan memang diri terdidik sejak kecil lagi.

Bukan semua ada kesempatan dan peluang macam ni. Jadi bila ada geng nak berjemaah sama-sama mestilah lagi teruja.

Geng Subuh Macam Jumaat adalah salah satu persediaan untuk menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba.

Moga kita semua masih diberikan peluang bertemu bulan Ramadan bulan keberkatan. Panjangkan umur kami Ya Allah.

 

Geng-Subuh-Macam-Jumaat-Bersama-Alif-Satar



Geng Subuh Macam Jumaat Tersebar Ke Luar Negara

Dengan izin Allah bila Alif Satar dah mula dakwah dalam negara, perlahan-lahan negara jiran kita; Singapura pun terima vibe yang sama.

Benda baik inshaAllah mudah berjangkit. Bayangkan betapa banyaknya pahala dia dapat ajak manusia kea rah kebaikan.

Impak juga terasa di Turki, Indonesia, Australia dan Korea. Masha Allah hebatnya kuasa Allah. Umat Nabi Muhammad umat yang kuat jika Bersatu.

Alif mula Kongsi di media social bermula dengan masjid yang dia selalu pergi sebagai tanda solidariti untuk saudara kita di Palestine.


pahala-sembahyang-berjemaah



Gerakan Dakwah Dapat Sokongan Kerajaan

Bila dah ramai yang sertai dan dah nampak hasil Gerakan Geng Subuh Macam Jumaat memberi impak positif, kerajaan juga kini turut serta memberi sokongan.

Masjid-masjid utama dalam Malaysia menyambut baik dan meneruskan inisiatif Geng Subuh Macam Jumaat.

Dengan harapan bila dapat sokongan Kerajaan lebih banyak aktiviti diadakan untuk tarik minat terutama golongan muda datang ke masjid.

 

Kesimpulan

Perkara yang baik macam Geng Subuh Macam Jumaat Bersama Alif Satar ni wajib la kita war-war kan. Jom ramai-ramai kita sokong dan kalau ada rezeki kita meriahkan sama-sama ya.

 

Ulasan

  1. betul sangat susah untuk bangun awal, lagi2 ke masjid untuk solat subuh kalau tak terdidik daripada kecil...semoga usaha murni ini berterusan...Aamin

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah fenomena yg bagus dan semoga usaha murni ni berkekalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin. persediaan untuk kita nak sambut Ramadan juga ni

      Padam
  3. Semoga semakin banyak Orang2 dan generasi muda yg mau mengikuti kebiasaan baik seperti ini ❤️

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.