Assalamualaikum. Siapa dekat sini yang setiap hari make up? Tak kisah lah ke tempat kerja, keluar rumah atau sekadar suka-suka?
Tak kisah make up yang nipis atau tebal. Kalau make up tu termasuklah pakai sunscreen, foundation, bedak compact dan lipstick kan?
Kalau ya, biasanya korang akan cuci muka pakai
pencuci muka yang mana?
Macam Diah, sebelum ni Diah akan tanggalkan
make up menggunakan make up remover kemudian cuci dengan krim pencuci muka.
Walaupun dah tonyoh pad ke seluruh muka, rupa-rupanya
masih ada sisa kotoran yang tertinggal. Lama-lama dia buat pori muka tersumbat
dan jerawat pon tumbuh.
Kalau korang jenis pakai sunscreen sahaja pun
masih kena bersihkan muka dengan betul tau sebab ianya juga boleh sebabkan pori
muka tersumbat.
Double Cleansing Guna Deep Cleansing Oil Dherbs
Untuk entri kali ini, Diah nak kongsikan
pengalaman Diah selepas menggunakan Deep Cleansing Oil dari D’Herbs.
Review ini tidak ditaja. Lebih kepada
pengalaman peribadi dan rasa rugi sangat kalau tak kongsi dengan yang lain.
Suka dengan konten TikTok Datin Shahida bila
dia tunjuk cara untuk buat double cleansing dan puas hati sangat hasil selepas
dia cuci muka dengan Deep Cleansing Oil D’Herbs.
Harus lah tidak ketinggalan untuk cuba juga. Seumur
hidup ini kali pertama Diah buat double cleansing. Ada je yang ajar guna cleansing
balm tapi hati ini tidak terbuka nak cuba.
Bila dah semakin berusia dan keadaan kulit pun macam kusam je jadi lembut la hati nak cantik kan kulit muka semula.
Double cleansing maksudnya cuci muka dua kali. Pertama dengan oil cleanser untuk buang lapisan make up dan kedua cuci dengan pencuci muka biasa.
Lepas cuci muka boleh sapu toner dan jangan lupa guna Eucerin Double Booster Serum untuk hilangkan dark spot di muka.
Kebaikan Deep Cleansing Oil Untuk Wajah
- Menyingkirkan kesan make up secara menyeluruh.
- Menghasilkan kulit yang lembut, lembap dan menyegarkan.
- Pembersihan yang cepat dan mudah bagi semua jenis solekan dan pelindung matahari.
- Kulit berasa licin dan lembut.
- Mencegah pertumbuhan jerawat.
- Sesuai digunakan dengan semua jenis pencuci muka untuk pembersihan berganda.
Review Deep Cleansing Oil Dari D’Herbs
Pertama kali guna cleansing oil D’Herbs memang sangat berpuas hati. Minyak dia wangi sangat. Jadi bila guna tu hati memang berbunga-bunga ceria.
Puas hati waktu cuci muka sebab habis semua kotoran keluar. Lancar sangat. Kulit muka jadi lembut weh.
Waktu sapu minyak ke muka anak-anak macam biasa akan teman dekat sebelah. Tengok sambil belajar dari mama mereka.
Anak Perempuan begitulah sifat dia. Kalau tengok saja tak apa tapi banyak betul soalan nak kena jawab. Anak-anak pun mengakui bau face oil ni wangi.
Kiranya kalau cuci muka dalam surau agaknya
orang sebelah mesti tanya pakai minyak apa. Ahaks.
Harga satu botol, 50ml tak sampai RM20. Korang nak
dapatkan Cleansing Oil Dari D’Herbs – boleh cari dekat sini
Cara Guna Deep Cleansing Oil D’Herbs
Pam cleansing oil pada tapak tangan. Pastikan tapak
tangan dan kulit muka kering ya. Fungsi supaya minyak dapat mencairkan solekan dengan
lebih efektif.
Air mana boleh campur dengan minyak kan? Sapu
dan urut lembut pada seluruh wajah.
Basahkan sedikit tangan dan sambung urut wajah.
Waktu ni akan perasan cleansing oil dan campuran air jadi keruh.
Agak-agak puas hati boleh lah bilas dengan air
bersih. Lepas tu baru korang cuci muka guna pencuci yang biasa korang guna
seharian.
terima kasih atas tipsnya.. ldy biasa pakai serum dan lipstik shj...
BalasPadamBest pula dengar cerita guna deep cleansing oil d'herbs ni. Tang wanginya tu yang teruja!
BalasPadammacam best je nie...boleh cari jugak..
BalasPadammakeup tebal or makeup biasa-biasa CCL suka buat double cleansing . baru rasa lagi fresh cuci segala kotoran di muka
BalasPadamSaya terbiasa double cleansing sejak masih sekolah kak, Krn memang dibiasakan oleh mama.
BalasPadamMama strict sangat soal perawatan wajah. Jangan harap kami boleh tidur kalo muka masih kotor dan belum pakai skincare 🤣
Makanya sampai skr, saya terbiasa melakukan 10 steps Korean skincare. Termasuk double cleansing.
Memang wajah jadi terasa bersih. Krn tak cukup hanya pakai facial wash