Assalamualaikum. Hari pertama menulis di bulan yang terakhir untuk tahun 2023. Pejam celik sekejap je kita nak menghampiri hujung tahun.
Moga sebulan yang terakhir ini kita dapat kumpul sebanyak mungkin pahala, semakin ringan untuk melakukan kebaikan dan semuanya baik-baik sahaja.
Alhamdulillah, baru siap pasang template blog yang baru sempena menyambut kedatangan tahun baru, 2024 yang bakal tiba. Alasan paling kukuh sebenarnya stress dengan template blog lama.
Pasang Template Blog Baru 2024, Istiqamah Menulis
Entah mana silap dia, pageview merudum teruk. Dapat la beza kalau dulu paling teruk tak menulis seminggu masih okay lagi.
Setelah fikir panjang, kita cari template blog baru yang lebih fresh. Buang mana yang tak patut. Korang rasa okay tak?
Sengaja cari template yang cerah. Maklumlah semakin meningkat usia, pening kalau tatap warna yang kusam.
Semak Performance Blog 2024
Diah pernah kongsikan sebelum ni cara nak tengok performance blog. Walaupun bukanlah pakar tapi sedikit sebanyak cuba buat mana yang faham.
Sungguh memberi kepuasan bila dapat buat. Sekarang tengah fokus nak baiki masalah ikut analisis Google Search Console.
Ha dekat situ lagi berganda-ganda pening nak faham. Lepas semak performance guna Gmetrix, dapat tukar Gred B kepada Gred A.
Dekat bawah ni report sebelum tukar template.
Pernah baca kalau nak semak kena sign in dan uji guna server Canada bukan China. Mereka kata keputusan lebih tepat. Wallahualam.
Dekat bawah ni report selepas tukar template.
Buang Gadget Blog Tak Perlu
Untuk template baru, Diah tak pasang gadget yang tak perlu. Kalau ikut mereka yang pandai tentang blog semua nasihat perkara yang sama.
Gadget mempengaruhi cepat atau lambat blog loading. Selalu ambil tips dari blogger Sii Nurul dia suka share pasal blog.
Kalau tengok template sekarang lebih ringkas dan ringan. Harapnya lepas ni lambat lagi nak kena tukar template.
Mesti akan rujuk checklist Tukar template blog
Semangat Menulis Blog Tahun Baru 2024
Besar sangat harapan Diah semoga diri ini sentiasa bersemangat dan ada masa untuk menulis blog. Berbaloi menulis sebab banyak perkara yang jadi Diah akan rujuk blog.
Jadi bukan setakat dapat bantu orang lain yang perlukan maklumat tapi lebih kepada menjadi jurnal untuk diri sendiri dan keluarga.
Harapnya semangat menulis semakin membara, dan semakin ramai Kembali memeriahkan dunia blogging.
Kesimpulan
Semoga dengan template blog baru 2024 Diah akan lebih istiqamah menulis. Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan, tinggalkan komen dan semoga ukhwah kita walau di alam maya berpanjangan.
SA xde masalah pageviews, Alhamdulillah so far ok..cuma SA nak tukar template tapi x berani..hahahaha...risau pv jatuh once tukar template..ada gak niat nak tukar ni...but we see how la...
BalasPadamKalau ok sayang pula nak tukar kan..
PadamInsya-Allah... Semoga sama2 terus istiqamah...
BalasPadamayuh kita semangat terus
PadamTemplate ringkas, lawa dan lajuuuu... semoga dipermudahkan urusan akak,,, semoga terus istiqamah menulis..
BalasPadamterima kasih Nurul, ambil inspirasi dari blog Nurul juga
PadamLebih fresh dan simpel tampilan barunya
BalasPadamlebih tenang hiihih
Padamsama la haritu pageview teruk terus tukar template. lepas tu gatal2 pi tukar lagi. sekarang nak kena cari template baru yang mesra SEO.
BalasPadamsaya aritu awal okay, lepas tu terus sendu. try yang ni pula. kita tengok camne
PadamPV itu main peranan . kalo pv jatuh jenuh nak selesaikan masalah hehe
BalasPadamsaya ni budak hingusan, belajar la sikit-sikit nak naikkan PV walaupun seksa hihiih
Padamwah dah ready utk 2024!! keep in up diah!! semoga terus istiqamah menulis... target sehari 1 entri insya allah boleh
BalasPadamAyuh sama-sama KakMim. Moga bermanfaat sharing kita
Padamjauh lagi perjalanan mama yg berblog syok sendiri ni. cantik template blog diah.. clean and laju
BalasPadamterima kasih mama. All the best tau
PadamDulu masa muda-muda nieyl rajin la tukar2 skrg ni dah x rajin dah..pakai jela apo yg ado hehe..
BalasPadam2024 tak terasa sebentar lagi yaa 😅. Rasa baru kemarin saya rayakan 2023 hahahaha.
BalasPadamSemoga 2024, kita sebagai blogger semakin rajin, dan konsisten menulis kak. Saya pun nak lebih rutin lagi utk BW dan update
sama la..saya pun baru tukar template. Nak yang lebih clean dan tak serabut. walaupun sebenarnya suka jenis magazine. hihi
BalasPadamSekejap je dah Disember 2023.. Tak berapa hari je lagi kita akan masuk 2024..
BalasPadamammi suka je layout yg simple camni...tak kelam kabut mata
BalasPadamSamalah kita, walaupun mood menulis kekadang ke laut biru tapi masihlah tetap nak berblog. Semoga istiqamah dalam terus menyebarkan maklumat dan berkongsi cerita ye Diah
BalasPadamwaa kita lebih kurang timing tukar template semoga bertambah semangat nak berblog lepas ni
BalasPadam