Tahun ini sedikit berbeza perasaan menyambut ulang tahun kelahiran. Susah nak terjemahkan dalam bentuk ayat.
Alhamdulillah, masih lagi diberi
keizinan untuk hidup di atas muka bumi. Masih lagi bernafas, sihat tubuh badan
dan dikelilingi keluarga dan orang tersayang.
Kalau sebelum ni bulan kelahiran
Diah adalah bulan paling dinanti sepanjang tahun. Tapi sekarang bila semakin
sedar yang masa semakin suntuk, rasa makin takut pula.
Bersyukur sangat dengan segala
jenis perasaan yang Tuhan bagi.
Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Sederhana Tapi Bermakna
Menginjak satu lagi tangga umur
bermaksud selangkah lagi dekat dengan kematian. Baki kehidupan yang tiada siapa
pun tahu kecuali Tuhan.
Kalau semak semula, berapa banyak
je kebaikan dah buat. Taubat entah boleh bilang dengan jari. Rasa kerdil betul
bila audit diri.
Lebih bermakna, tahun yang
rasanya paling banyak Tuhan beri rasa dan jentik hati dengan apa yang sedang
berlaku ke atas rakyat Palestin.
Kita dekat sini berada dalam
keadaan aman damai, tenang, masih dapat makan dan minum, sedangkan saudara kita
dekat sana berjuang untuk hidup.
Apa yang jadi pada mereka memang
menjadi tamparan kesedaran dalam hidup. Sungguh menginsafkan dan mengajar erti
syukur.
Tarikh Ulang Tahun Kelahiran Jatuh Pada Hari Deepavali
Tahun ini kebetulan tarikh hari
lahir sama dengan tarikh sambutan Deepavali. Jadi extra special sebab semua
orang bercuti.
Dah berniat dari awal nak balik
kampung jumpa emak dan adik beradik kemudian jumpa kawan-kawan rapat waktu
kerja dulu.
Tiada sambutan, tiada acara
potong kek. Dah berusia ni, hanya ingin berada bersama orang tersayang terutama
ahli keluarga.
Hujung minggu balik bercuti jumpa
emak, ziarah kubur arwah abah dan balik KL awal sebab nak jumpa kawan-kawan.
Rezeki dapat bersihkan kubur
abah, dapat bergelak ketawa dengan emak, bergurau dan sesi curhat dengan adik
beradik.
Itu kenangan paling mahal bagi Diah. Hadiah yang bermakna.
Jumpa Kawan-Kawan Sempena Ulang Tahun Kelahiran
Seminggu sebelum tu kami dah
setuju nak berjumpa di Pavillion Bukit Jalil. Oleh sebab Diah tak pernah sampai
jadi serahkan bulat-bulat urusan memilih tempat kami berjumpa kepada
kawan-kawan.
Semua perancangan nak jumpa
kawan-kawan adalah last minute tapi seronok dapat jumpa. Dapat makan dan duduk
bersembang berjam pun tak apa.
Kami makan di Restoran Seniman,
betul-betul berhadapan dengan kedai MR DIY. Besar ya Pavillion Bukit Jalil.
Mewah dan banyak pilihan.
Makan-makan di Restoran Seniman.
Special dekat sini nama menu dia
memang kelakar. Diah makan Nasi Goreng Haji Bakhil, kalau ikut apa yang
dihidangkan ialah Nasi Goreng Seafood.
Harga agak mahal (RM28
sepinggan), rasa pula sedang-sedang saja. Nasi goreng dia kering. Tapi takpe
rezeki dapat makan di situ.
Untuk anak-anak macam biasa pilih menu yang tak pedas. Spaghetti adalah menu seperti biasa. Anak bujang makan Kuew teow daging.
Ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran
Untuk diri sendiri, terima kasih
kerana tak putus asa dan berjuang sehabis baik. Terima kasih kerana tidak
merosakkan amanah yang Allah beri.
Semoga Allah SWT sentiasa
memberikan taufik, rahmat, barakah serta lindungan kesihatan, hidayah dan
redhaNya. Semoga diri sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa.
Diah terima banyak ucapan di
Whatsapp, Facebook dan semua mendoakan yang baik-baik. Semoga doa yang
baik-baik berbalik kepada kalian.
Tahun ni terkejut dapat mesej
ucapan dari emak kawan Diah waktu belajar Ijazah di UiTM Shah Alam. Maaf ya
makcik lama tak bertanya khabar.
Terima kasih atas doa makcik.
Terharu makcik masih ingat saya.
Happy Belated Birthday Diah..Moga sentiasa sihat, happy di samping keluarga..
BalasPadamhappy belated birthday Diah... wahhhh seronok dapat celebrated dgn keluarga dan kawan... alfatihah buah arwah ayah Diah
BalasPadamhappy belated birthday diah...menarik juga menu2 tu tp ada yg mahal tk sesedap harga ye...tk pernh smp lg pavilion bukit jalil
BalasPadamHBD ya kak...bahagia dan sehat selalu
BalasPadamWalopun sudah telat kak, tapi happy belated birthday 🎉. Semoga Kaka selalu dikaruniakan kesehatan, umur yg berkah, dan dimudahkan semua urusan .
BalasPadamSaya dah lama tak merayakan birthday , bahkan di semua medsos sengaja saya hide biar tak kliatan saat ulangtahun. Krn merasa birthday berarti usia saya berkurang lagi. Semakin dekat dengan sisa umur. Jadi tak nak merayakan 😅. Lebih ingin merenung sendiri saat itu.
Tapi kluarga saya tipe yg msh suka celebrate . Trutama suami 😄. Jadi saya pun msh rayakan kalo yg ultah dia dan anak2