Dalam entri sebelum ni Diah ada kongsi tentang Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) untuk Ikhwan memandangkan tahun depan dah masuk Tingkatan Satu.
Dah tutup pun permohonan untuk
sesi 2024, dan Ikhwan dah selamat jawab pentaksiran iaitu ujian untuk menilai
layak atau tidak murid masuk ke Sekolah Berasrama Penuh.
Anak yang nak menduduki pentaksiran PKSK tapi emak yang lebih tekun study. Ya ampun memang stress ya. Dah macam nak jawab final exam waktu belajar UiTM dulu.
Walaupun cuak dan macam tak cukup
masa nak bersiap sedia tapi kena sentiasa berlagak cool supaya Ikhwan tak cuak.
Dia bukan boleh nampak mama kelam
kabut. Dia pernah cakap, “mama jangan panik, nanti abang lebik panik”.
Alahai kelakar ye anak.
Persediaan PKSK Tingkatan 1
Ok memandangkan ini pengalaman
pertama ada anak yang berusia 12 tahun yang nak memohon sekolah Asrama Penuh
jadi nak kongsi dekat blog.
Banyak perkara atau pun
persediaan perlu ibu bapa tahu sebelum membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus.
Tujuan utama untuk para ibu yang
ada anak dan merancang nak masukkan anak ke Sekolah Khusus. Awal masa cikgu
beri taklimat asyik lah terfikir apa sekolah khusus.
Masa zaman sekolah dulu, Diah
hanya tahu tentang sekolah berasrama Penuh, MRSM, Sekolah Menengah Teknik dan
Vokasional.
Zaman pun berubah, ada beberapa
terma pendidikan di ubah dan dinaik taraf. Nak cari perkataan sesuai macam
tersekat dekat otak pula.
Minta Pendapat Anak Tentang PKSK
Perkara paling utama bila nak
buat permohonan ialah pastikan ibu bapa tahu kehendak anak-anak. Adakah anak
bersetuju nak masuk sekolah asrama?
Paling banyak kes Diah jumpa
adalah ibu bapa sangka anak nak masuk sekolah asrama. Ada yang berani nak
luahkan pendapat menolak cadangan ibu bapa.
Tapi ada juga kes, ibu bapa yang
buat keputusan untuk anak-anak. Faham sangat bila ada ibu bapa yang teruja dan
merasakan itu adalah pilihan terbaik untuk anak.
Walhal kesan dia nanti anak-anak
yang akan tanggung. Sebab itu penting sangat untuk bertanya dan berbincang
dengan anak.
Cara Diah sendiri, Diah akan senaraikan
baik buruk kalau ke asrama. Tak lupa juga minta pendapat Ikhwan dan tanya
perancangan dia.
Apa pun sekolah asrama atau
sekolah harian, pucuk pangkal adalah pada diri sendiri.
Alert Dan Mohon Ikut Tarikh PKSK
Kebiasaan permohonan dibuka
secara dalam talian pada bulan Ogos sehingga bulan September. Cikgu dekat sekolah
akan beri peringatan terutama Guru Kelas Darjah 6.
Kalau bernasib baik pihak sekolah
akan jemput ibu bapa untuk hadiri taklimat di sekolah. Macam kes Ikhwan,
sekolah panggil kami dan alang-alang tu ambil laporan pentaksiran juga.
Isi borang dan buat pilihan ikut
aliran yang anak suka. Ada tiga pilihan; Sekolah Berasrama Penuh (STEM), Sekolah
Berasrama Penuh (Pakej Tahfiz Model Ulul Albab) dan Sekolah Berasrama Penuh
(Agama).
Murid juga wajib pilih lokasi
untuk menduduki PKSK. Pilihan lokasi berdasarkan pilihan Sekolah. Dia akan beri
lokasi yang berdekatan dengan alamat rumah.
Selepas tarikh ditutup ibu bapa
kena tunggu pula email dari pihak Kementerian Pendidikan, slip menduduki PKSK
akan diberikan.
Persediaan Menduduki PKSK Tingkatan Satu
Maklumat lanjut tentang ujian
pentaksiran boleh baca dalam email. Maklumat termasuklah tarikh, tempat ujian, tentatif
ujian dan segala maklumat penting.
Penting kena bawa MyKad dan juga slip
menduduki PKSK. Wajib ya. Jadi jangan lupa. Kalkulator adalah pilihan.
Penting bawa kertas conteng dan
kalkulator sebab memang Ikhwan guna. Soalan pula terbahagi kepada penulisan dan
PKSK dalam talian.
Ujian penulisan diberi masa 45
minit untuk tulis karangan Bahasa Melayu. Tajuk berkaitan isu semasa dan juga
karangan fakta.
Minimum jumlah perkataan ialah
100 patah. Jadi murid kena la jawab lebih dari tu. tak silap mewakili 10% dari
markah keseluruhan.
PKSK dalam talian pula diberi
masa 90 minit. Soalan campuran Matematik, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, isu
semasa dan pengetahuan Am.
Antara soalan paling Ikhwan ingat
ialah mengenai penutup air botol mineral. Kan ada warna putih, biru dan hijau.
Dia beria hafal tag pembungkus
roti tak keluar pula soalan tu. Jadi boleh bayangkan ya jenis soalan dia
macamana.
Beberapa hari sebelum tu Diah dah
beli set soalan ramalan, macam soalan spot untuk PKSK. Berdarah otak ya bila
baca soalan.
Macam langsung tiada satu soalan
yang masuk. Itu kelakar ya. Tapi memang sangat membantu sebab Ikhwan tak
terperanjat dan boleh agak soalan memang mencabar.
Ikhwan kata setiap murid dapat
set soalan yang berbeza jadi tiada isu meniru. Bayangkan soalan penulisan ada
tiga tajuk kena pilih satu sahaja.
Antara tajuk, cara-cara menjaga
kesihatan, risiko perniagaan, dan kepentingan mempelajari sejarah. Ha kau
memang banyak goreng la dia.
Penutup
Apa paling penting persediaan perlu
tahu sebelum buat Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) adalah sediakan
mental dan kesungguhan. Kita cuba saja, kalau ada rezeki Alhamdulillah.
Tapi kalau tak berjaya anggap
saja itu adalah pengalaman dan pendedahan. Selamat berjaya untuk anak-anak yang
mohon PKSK.
Saya pernah baca ttg arti warna tutup botol yg berbeda, tapi lupa pula baca di mana. Berarti soalnya memang umum ya kak.
BalasPadamSekolah asrama ini ada bagusnya, saya sendiri dulu high school asrama. Tapi ujian tak sulit, hanya formalitas. Krn memang sekolah asrama tak terlalu diminati di sini 😅. Jadi masuknya lebih gampang.
Anak2 dulu lebih suka sekolah umum yg tidak asrama. Anak skr pula kalo asrama penuh, biasanya pesantren atau sekolah agama.
Anak no. 2 ammi sat for PKSK last year utk tingkatan 1 dan alhamdulillah dah pun berada di SBP pilihan dia (as suggested by his aunties and uncles) sbb nak kekalkan legacy kononnya.
BalasPadamTahun ni anak sulung ammi pulak duduko PKSK utk kemasukan tingkatan 4. Semoga adalah harapan untuk kakak.
Semoga anak Diah juga berjaya mendapat tempat di sekolah pilihan