Café Gula Cakery dah jadi tempat kegemaran kami satu keluarga bila meraikan tarikh ulang tahun, keraian atau ada majlis istimewa.
Tak boleh selalu pergi sebab
nanti dah tak jadi istimewa pula tempat ni selain kena berjimat sebab kos hidup
semakin meningkat.
Macam biasa kalau tempat tu
makanan dia sedap, layanan dia bagus semestinya tak fikir banyak kali kalau nak
pergi.
Kali ni pergi sebab nak reward diri
sendiri dan Ikhwan selepas berhempas pulas buat persiapan PKSK untuk keTingkatan 1 Ikhwan.
Café Gula Cakery ada beberaa
cawangan, yang paling dekat dengan kami ialah Café Gula Cakery KL East Mall.
Suka datang sini, staff dia pun
friendly. Tak lokek senyuman dan sentiasa pastikan pelanggan terima makanan dan
tanya feedback pelanggan.
Minum Petang Di Café Gula Cakery
Tekak teringin nak makan dessert
dan Ikhwan habis sekitar jam lima petang. Sesuai sangat datang ke sini untuk
minum petang.
Sebelum tu dah makan tengahari, makan
nasi ayam jadi nafsu lapar tu dapat dikawal dengan baik. Tiada pembaziran
berlaku.
Kami pesan menu yang betul-betul
teringin saja. Suami awal-awal lagi dah angkat bendera putih. Dia nak minum latte
je sebab masih kenyang.
Tapi baguslah selalu sangat terjadi,
kalau kami tak habis makan mesti suami yang kena habiskan. Tak elok membazir
kan? Suami kata itu punca dia tak kurus-kurus.
Sebelum ni datang sambut birthday Airis Lima tahun
Menu Minum Petang Gula Cakery
Kalau awal-awal dulu Café Gula
Cakery ni fokus kepada menu kek dan pastry, lama kelamaan menu dia berkembang
seiring dengan permintaan pelanggan.
Peminat dessert kena datang ke
sini. Ada pelbagai pilihan kek, pie, tart dan macam-macam lagi manisan ada.
Apa yang Diah tahu, dekat sini
antara signature dessert Gula Cakery ialah Pavlova dan Kek Pandan Gula Melaka.
Pavlova dia meriah dengan
buah-buahan, kurang manis dan sedap. Boleh cuba juga Tart Buah Berry. Custard dia
yang buat tart dia sedap.
Selain kek dia ada menu barat
macam steak tu, ada goreng-goreng tapi agak limit. Kebanyakkan menu dia fusion.
Menu Malaysia yang diberi suntikan fusion.
Nasib tak pelik-pelik rasa dia.
Review Café Gula Cakery
Review kali ini adalah
berdasarkan apa kami makan pada hari kejadian. Tak banyak menu utama yang kami
makan memang fokus kepada menu minum petang.
Nampak meja sebelah makan Waffle
jadi kami pun pesan menu yang sama. Waffle makan dengan Aiskrim memang gabungan
yang tepat.
Tekstur waffle dia rangup bila di
gigit. Makan dengan Callebaut Dark Chocolate Ice Cream yang ending dia ada rasa
pahit-pahit.
Lepas ni boleh buat waffle dekat rumah guna Mugen Waffle maker.
Ikhwan makan burger. Daging burger
dia berjus, cukup perasa. Kami dah pernah makan burger crispy pun sedap. Side dish
dapat kentang goreng.
Portion burger agak besar dan
tebal. Boleh kongsi dua orang. Sebelum tu dah ambil kek Rasberry Pistachio.
Pertama kali cuba dan bagi Diah kek agak manis. Terasa kacang Pistachio tapi tidak terlalu kuat walaupun ada ketulan kacang tu dalam kek.
Suka kek dekat sini sebab cream
dia tak terlalu manis. Kami pesan juga semangkuk Cheesy Fries Beef bacon.
Kentang goreng yang disiram
dengan keju cair dan ditabur dengan hirisan Beef Bacon. Keju agak masin dan
mencabar juga kami nak habiskan.
Ketulan beef Bacon tu jadi keras
sebab dipotong dadu dan kemudian digoreng. Lain kali memang tak akan repeat
order menu ini.
Hazelnut Latte yang suami pesan
memang sedap. Bagi peminat kopi macam Diah, akan lagi sedap kalau tak tambah
gula.
Strawberry Frape ni tengah promo
jadi kami pesan juga sebab sedap. Kalau tak tahu nak minum apa sila pesan Passion
Peach Tea.
Sedap ya sebab ada ketulan Peach
dalam tu dan memang air pilihan pelanggan rupa-rupanya.
Harga Makanan Café Gula Cakery
Perkongsian harga makanan sebagai
rujukan untuk pembaca yang nak cuba Café Gula Cakery ya. Harga juga berubah
dari masa ke semasa.
Harga setiap makanan ada di katalog jadi jangan risau. Rancang sebaik mungkin nak makan apa. Total bil termasuk cukai ialah RM147.30
Strawberry Frape RM9.00
Hot Hazelnut Latte RM14
Passion Peach Tea RM13
Buttermilk Waffle – Single Scop
(Callebaut Dark Chocolate) RM20
BBQ Beef Bacon Burger RM35
Cheesy Fries Beef Bacon RM18
Rasberry Pistachio Cake RM18
Penutup
Sila ke Café Gula Cakery untuk
minum petang dan pasti korang tak menyesal. Ada banyak pilihan dessert yang
cantik di mata dan sedap di mulut. Jangan risau café ni ada sijil Halal.
syurga dessert ni kan, kak ana suka ke Andraa by Gula Cakery kat Eco Grandeur, Puncak Alam, nanti DIah pii try sana pulak naa :)
BalasPadamFuh terliur betul saya
BalasPadamgula cakery ni kalo nk mkn kek byk pilihan....suka juga mkn sini tp fav anak pasta la
BalasPadamPilihan nya macam" dan lezat..bikin kepingin mencicipi rasanya.
BalasPadamSaya sebenernya bukan sweet tooth , tapi kalo dessertnya tak terlalu manis, saya bisa makan 😄. Ataupun lebih memilih menu savoury nya sekalian.
BalasPadamKliatan sedap memang.
Untuk kopi pun biasanya saya menghindari yg pakai cream kak, selain manis, tinggi kalori juga 🤣. Jadi kopi susu less sugar sajalah.