Zaman sekarang ni kalau tak pandai buat biskut pun boleh keluarkan biskut jenama sendiri. Tiada yang mustahil untuk anda jadi tauke biskut jenama sendiri.
Sebenarnya dah lama wujud sejak dulu lagi, peniaga yang keluarkan
biskut jenama sendiri terutama bila menghampiri musim perayaan.
Faham sajalah bukan mudah ya nak buat biskut yang sedap dan
menarik selera pembeli. Nak buat biskut kena ada modal, kemahiran, kesabaran,
masa dan tenaga.
Biskut Jenama Sendiri – Belian Borong
Lagi satu kena fikir tentang kos bahan mentah yang sentiasa
naik dan kena ada dapur serta peralatan yang sesuai.
Kena tahu juga bab pembungkusan. Jual makanan ni kena labur
bab packaging supaya kualiti terjamin.
Ohoi fikir pun dah penat. Jadi bila ada cara mudah untuk
borong biskut jenama sendiri, penjual boleh fokus untuk menjual dan buat
marketing sahaja.
Sesuai untuk korang yang pasang niat nak tambah duit poket
dengan menjual biskut.
Borong Biskut Jenama Sendiri Di Shopee
Diah secara kebetulan tengok live penjual biskut di Shopee. Haritu
masuk bakery anak kata teringin nak makan biskut Brownies Cookies tapi harga
dia memang telan air liur ya.
RM28 untuk satu bekas saiz kecil. Macam terlalu mahal jadi
survey dulu harga. Ternyata langkah yang bijak bila harga di Shopee lebih
murah.
Tips nak dapat harga lebih murah bila beli barang di Shopee ialah
beli ketika penjual buat live. Selalu ada kupon atau diskaun, ataupun paling
tidak free shipping.
Diah beli dari penjual nama dia Khairul.Shop & beli dua
jenis biskut; Sea Salt Chocolate Cookies dan Brownies Cookies. Produk homemade
katanya.
Ini Sea Salt Chocolate Cookies.
Anggaran 50++ ketul biskut dalam satu balang 180gram Brownies
Cookies dan 150gram Sea Salt Chocolate Cookies.
Apa yang bagusnya, Khairul.Shop tawarkan belian biskut
secara borong, dropship dan rebrand biskut jenama anda sendiri.
Ada juga Nestume Chocolate Cookies dan Cornflakes
Chocolates. Sebelum nak beli secara borong korang boleh beli sample atau tester
pada harga yang cukup murah.
Kena cuba dulu baru lah yakin nak jual. Diah suka penjual menggunakan
bekas yg berkualiti dan mempunyai stopper di bahagian penutup balang.
Lebih kedap udara dan biskut tahan lebih lama (anggaran minimum
3 bulan, selagi seal tidak dibuka).
Cara Beli Borong Biskut Jenama Sendiri
Korang boleh survey di Shopee ramai penjual yang buat jualan
secara borong. Tapi kena baca betul-betul sebab terma dan syarat berbeza setiap
penjual.
Khairul.Shop menjual biskut tanpa jenama / sticker mereka.
Jadi lebih mudah sebab mereka menjual dengan harga borong tanpa limit. (tertakluk
kepada isu/masalah supplier bahan mentah & bekas kosong).
Boleh juga request nak tambah badam untuk Brownies Cookies
tu. Nak mudah tekan je butang Chat dan tanya je mereka.
Harga Sea Salt Chocolate Cookies 150g++ (RM17.90), Brownies Cookies RM (14.95). Check sendiri Shopee Khairul.Shop sebab selalu buat promosi mana tahu korang dapat harga lebih murah.
Review Brownies Cookies & Sea Salt Chocolate Cookies
Diah pernah buat Brownies Cookies ni waktu Raya. Memang
hazab ya, nak buat punya la lama tapi bila makan, 10 minit boleh habis satu
balang.
Nak jadikan biskut sedap pun kena guna bahan premium. Jadi faham
kenapa harga dia harga kayangan.
Bila dapat beli pada harga borong dalam kuantiti yang
sedikit memang rasa seronok. Anak-anak suka, kena dengan selera kami.
Agak manis dan rapuh mungkin disebabkan gula.
Sea Salt Chocolate Cookies wajar diberi pujian sebab terasa
biskut premium. Coklat banyak dan cair bila di gigit.
Rasa Sea Salt yang ditabur atas biskut tu melengkapkan lagi
rasa macam makan biskut orang kaya. Sesuai dijadikan hamper atau buah tangan.
Penutup
Untuk korang yang berhajat nak keluarkan biskut jenama
sendiri dan mencari penjual untuk belian borong korang boleh hubungi
Khairul.shop.
Semoga meriah sambutannya
BalasPadamamin
PadamNaaah sudah banyak memang yg seperti ini kak. Lebih memudahkan untuk kita yg nak jualan tp tak nak bikin 🤣. Mending beli dari grosir lalu buat brand sendiri 👍.
BalasPadamNak coba pula seasalt biskut tuh. Biasanya seasalt selalu sedap
Seasalt tu tak menyesal cuba. Memang sedap
Padammenarik cookies tu...kalo tgk shopping online ni..mcm2 nk bli tp risau tk ok
BalasPadamKena baca review dan cari yang tinggi rating dia
Padam