Hidup sekarang keras ya. Terasa betul harga barang naik. Setiap kali keluar dan berbelanja memang akan habis paling tidak RM50. Kalau keluar makan apatah lagi.
Seram bila fikir. Untuk keluarga kecil Diah, lima orang ni pun terasa sangat kesan dia. Kami dah mula terangkan dekat anak secara berperingkat kepentingan bijak berbelanja.
Setiap kali bila tengok resit harga barang mesti akan urut dada. Cuba kawal tidak makan bermewah tapi sesekali teringin juga nak beli barang bukan keperluan.
Tinggi Betul Kos Sara Hidup Zaman Sekarang
Lagi sedih kalau anak-anak yang minta. Setiap ibu bapa pasti nak beri yang terbaik untuk anak dan cuba penuhi keinginan anak-anak.
Prinsip kami pula selagi permintaan anak tidak mengarut dan tidak membazir inshaAllah ada rezeki mereka.
Sekarang setiap kali nak bawa anak keluar pasti akan buat kira-kira terlebih dahulu dan hanya keluar bila betul-betul perlu.
Dah tiba masanya untuk ajar anak-anak ilmu kewangan kalau macam ni. Nilai duit semakin hari semakin jatuh.
Sebab tu ramai pakar kewangan galakkan simpan emas kerana emas ni kalis inflasi. Boleh mula dengan beli emas pada harga serendah RM5 kalau beli dengan YaPIEM
Ramai juga kawan-kawan yang beli emas hiasan dekat Shopee Habib Jewel sebagai pelaburan. Kalau ada duit lebih boleh buat ya.
Kos Sara Hidup Berubah - Harga Beras Naik
Semalam keluar nak beli beras, tempat biasa kami beli di AeonBig. Dah tiada ya beras 5kilogram dijual sekitar harga RM12 – RM13.
Ikut paparan harga paling murah beras tempatan, 5kilogram jenama Jasmine sekitar RM15 kalau tak silap. Itu pon dah habis stok.
Terpaksa beli jenama yang sama tapi beras import pada harga RM18.50. Tak tahu nak gelak ke nak menangis.
Jenama biasa kami makan jenama jati. Tapi mahal weh.
Sebagai rakyat saya faham, harga disebabkan kenaikkan kos satu dunia. Malaysia juga tidak terkecuali. Apa yang saya terkilan adalah dengan respon pemimpin dan ahli politik.
Sebaiknya keluarkan kenyataan yang menyenangkan hati rakyat. Bukan keluarkan kenyataan yang seolah-olah menunjukkan rakyat yang tidak bijak berbelanja. Rakyat boros apatah lagi.
Makanan Yang Sesuai Nak Ganti Nasi?
Diah ada buat status di Facebook berkenaan beras. Seronok ada kawan-kawan yang supportive walaupun hanya berkawan di alam maya.
Simple je soalan; Kalau harga beras mahal, makanan apa yang sesuai nak ganti nasi? dan antara jawapan yang Diah terima macam dekat bawah:
- Potato, ubi kayu.
- Makan nasi sejuk ianya kenyang lama Nak banding makan nasi panas.
- Pelbagaikan menu harian dgn mee, pasta, mihun.
- Zero carbohydrates. Makan banyak protein dua kali sehari. Kena makan Kenyang, tanpa nasi dan kurus + sihat.
- Boleh consider noodles. Banyak jenis noodles. Tapi tekak melayu kan. Mana lalu nk hadap mee tiap hari. Kena nasi jugak.
- Nasi stil murah banyak daripada beli protein dua kali ganda utk replace nasi. Sama juga dgn noodles/pasta. Protein mahal boleh ganti dengan tempe, tauhu, telur.
- Pengganti karbohidrat nasi semua x sesuai mkn ngn lauk pauk. Klu mkn karbohidrat je mcm jagung, kentang mana la nk kenyang. unless tukar cara pemakanan. Jd mat sallehπ . makan baked potato, hot dog burger, sandwich.
- Laksa diah, bihun, tak pun try ganti dengan barli, tapi kena buat goreng mcm nasi goreng tu.
- Makanan Tinggi fiber Dan Tinggi protein. Kenyang lebih lama seperti ayam, ikan, bijirin.
- Spaghetti, macaroni.
- Memang susah nak gantikan nasi , tapi kena belajar kurangkan pengambilan nasi. Kak Pip n husband siap fikir maybe nak skip dinner, tak perlu makan nasi time dinner. Pasta, Mee, noodles semua x boleh guna nak ganti nasi, ni bukan real food kan. Adoi, pening.
Beli groceries dekat sini - Beli waktu ada promosi boleh jimat.
Harga Ice Cream Sundae Cone McDonald 2023
Semalam layan anak tekak makan aiskrim McD. Ala ice cream Sundae Cone McDonald yang sedap dimakan bersama kentang goreng yang ramai terjebak suka tu.
Kami drive-thru je. Harga Sundae Cone pun dah naik kan, lama dah. Dulu seringgit dah boleh dapat, now harga dah naik kepada RM2.04 untuk small cone.
Rasa terperanjat gila mahal. Apa sebab drive-thru? Rasa kali terakhir beli beberapa bulan sudah tak terasa sangat harga dia mahal.
Beli juga fries ambil saiz medium berharga RM5.80. Bukan saiz besar ya untuk harga itu. Jumlah harga ialah RM12.75 termasuk tax dan service tax.
Masih menahan diri untuk tidak mencarut ahaks. Dah tahu tak mampu tapi nak beli juga lol.
Terfikir kalau beli kentang dekat pasaraya yang 1kilogram tu dan beli aiskrim vanilla dalam bekas besar pastinya lebih jimat.
Lepas ni siap, memang semua masak sendiri sajalah dekat rumah. Waktu berborak dengan suami pasal harga ni dia senyum je. Dia tahu mahal, tapi bila isteri dan anak minta dia layankan je.
Kesimpulan
Tak kisah la kita tinggal di bandar atau kampung. Bila harga barang naik semua orang akan terkesan. Pilihan yang kita ada ialah, beli tapi kawal perbelanjaan atau kena kerah tenaga tambah pendapatan.
Nak tambah duit poket jadi affiliate di TikTok tanpa modal boleh tengok sini.
tak dapat nak elak utk beli brgan keperluan.. nak tukar beras dgn makanan lain pun sama naik harganya.. entahlah.. mmg perit fikirkan..
BalasPadambr pg td sembang dgn si kakak masa antar dia ke sekolah... harga beras yg naik skrg... mmg terasa semua brg naik tp nk buat mcm mana life must go on... pandai² kitalah kan nk hidup asalkan anak² masih dpt mkn nasik.. nasik dgn telur pun x apa
BalasPadamIya sih harga"melambung tinggi untuk beberapa kebutuhan, paling saya mulai agak mengurangi jumlah nya saja, misal biasa beli 4 untuk stok,jadi 3 saja,dan memanfaatkan voucher diskon, sesekali,tapi tetap saja ya pusiiing..
BalasPadamitulah, terfikir juga kalau tak makan nasi, nak makan apa? Sebab mi tu tak kenyang sangat pun. so kena lah lebihkan protein dan skip dinner
BalasPadamDi mama2 memang harga naik ya kak.. saya juga merasa kenaikan harga makanan di malaysia. THN ini saya dah 2x ke sana, Melaka dan penang.
BalasPadamKalo biasanya saya bawa sekian Ringgit sisanya masih banyak, yg kemarin tuh saya bawa sekian ribu, habis semua π€£π€£.
Berarti memang harga mahal π
Harga beras di Indonesia tak jauh beda dengan Malaysia.
Tapi untungnya saya memang tak terlalu sering makan nasi. Sesekali saja. Dari dulu saya sukanya roti atau kentang di rebus utk karbohidrat.
Anak2 dari kecil memang saya biasakan kentang atau mie, atau roti. Makanya mereka juga LBH suka roti π. Tapi tak lah saya jadikan utama. Soalnya bikin lauk untuk roti tuh susah juga.. tak mungkin saya buat pakai jam yg manis kan π€£π€£.
Biasanya kalo roti, pasti mereka nak isi tuna, dengan selada dan lain2. Sebenarnya sama saja tak murah juga π π. Apalagi roti gandum. Mahal jugak π
Dah lah, kita banyak masak di rumah saja kak. Memang dah pilihan terbaik π