Alhamdulillah masih diberikan nafas untuk terus hidup di bumi yang indah. Masih tak terlambat nak mengalukan kedatangan bulan September.
Ya macam tajuk entri kali ini, bulan September merupakan bulan penuh cabaran untuk Diah sekeluarga.
Tapi kalau ikutkan kami bertahan sejak dari bulan Ogos lagi. Kami sibuk dengan segala aktiviti, setiap minggu penuhi keperluan hidup dan semua perkara berlaku serentak di bulan Sembilan.
Tujuan berkongsi di blog supaya yang membaca mendapat sedikit suntikan semangat untuk terus hidup. Saya tak tahu tapi itu gerak hati yang merasa.
Jika hidup terasa kosong baiki target dalam hidup. Jika hidup dirasakan terlalu serabut, berhenti sekejap tengok semula perjalanan yang awak sedang lalui.
Macam semalam je baru say good bye to July.
Selamat Datang September, Bulan Penuh Cabaran
InshaAllah akan dicoretkan juga dalam blog sebgaai rujukan dan ingatan di masa depan. Nak harapkan dan simpan dalam otak memang akan lupa jawabnya.
Kebetulan bulan Sembilan ni anak-anak cuti sekolah ya. Nampak aman di permukaan tapi nak mengharungi dia Allah saja yang tahu.
Awal bulan September adalah tarikh ulang tahun kelahiran anak bujang, Ikhwan hafeez yang ke 12. Pantas betul waktu berlalu.
Bulan September Bulan Yang Mencabar
Permulaan awal bulan Diah terpaksa handle sendiri anak-anak termasuklah urusan persekolahan anak dan Ikhwan bakal menghadiri simposium di luar negeri.
Dari minggu lepas siapkan beg, cari barang keperluan dan bantu dia untuk ulangkaji mana yang patut.
Minggu pertama persekolahan juga ibu bapa Tahun Enam dijemput ke sekolah untuk taklimat Sistem Pendidikan Terkini.
Tak lami lagi nak melangkah ke Tingkatan Satu, banyak perkara ibu bapa dan murid perlu cakna. Dalam entri sebelum ni Diah ada Kongsi tentang Sekolah Berasrama Penuh, jadi cikgu akan beri taklimat tentang itu juga.
Tumpuan sekarang banyak ke arah anak-anak. Berbeza ya waktu kesibukan bergantung kepada umur anak-anak.
Kalau dulu sibuk bila anak-anak baru mula nak sekolah. Sekarang sibuk buat keputusan nak pilih arah jalan yang terbaik untuk anak-anak lalui.
Begitulah kehidupan. Selagi Tuhan masih pinjamkan nyawa selagi itu tanggungjawab masih berjalan.
Kehidupan Fokus Hanya Untuk Anak-Anak
Diah perasan, sejak dua bulan ni banyak tumpuan lebih kepada hal anak-anak dan bukan diri sendiri. Rindu nak fokus dekat diri sendiri tapi mereka jadi keutamaan buat masa sekarang.
Berbeza betul perasaan tu. Kalau dulu Diah pernah memberontak, sedih sebab tak dapat buat apa Diah nak tapi sekarang konsep dia lebih kepada redha.
Macam Diah kata, mereka adalah keutamaan. Jalan cerita mereka Insha Allah masih panjang dan fokus hidup Diah sedikit berubah condongnya.
Berbeza tapi saya suka. Syukur sangat perasaan Tuhan bagi tu. Di waktu sekarang Allah banyak kali lintaskan kisah hidup orang yang banyak buat Diah buka mata.
Semua orang sedang struggle dengan kehidupan masing-masing. Semua sedang berjuang dengan cara mereka rasakan paling selesa.
Tahun ni dah kena siapkan segala kos, baik buruk dan segala perancangan supaya urusan di tahun depan lebih lancar.
Tahun depan juga anak bongsu bakal memulakan sesi persekolahan pertama. Permohonan ke Sekolah Pra berjaya.
Jadi kena siap sediakan mental dia. Ada ketika dia teruja, ada waktu dia tak yakin tu dan tak mahu ke sekolah dia akan beri alasan dia demam.
“mama, beritahu cikgu adik demam tak boleh sekolah”. Alangkah indah kalau boleh guna taktik tu bila berdepan dengan perkara yang kita tak suka dalam hidup.
Kesimpulan
Walaupun bulan Ogos dan September penuh dengan cabaran dan terasa amat berat untuk diharungi tetapi Diah masih teruja menunggu kejutan di bulan Oktober.
Entah apa Allah aturkan kita mana tahu kan, tapi semestinya saya sangat teruja. Didoakan yang terbaik saja untuk semua.
Moga jalan hidup akak akan baik-baik sahaja.
BalasPadamAllah sayang akak selalu 💕
doa yang sama berbalik pada awak juga ya dik
PadamSemangat dan terus berjuang,semoga kita semua selalu di beri kekuatan
BalasPadamSemangaaaat kak Diah 🤗❤️. Terkadang memang kita rasa berat dengan segala cabaran Allah. Tapi di saat saya memikirkan lagi, saya yakin Allah tak beri cobaan yg melampaui kekuatan kita. Jadi kalo dia kasih cabaran itu, bermakna Dia yakin kita mampu atasi ☺️
BalasPadamYg penting kita tetap berusaha, tawakal dan doa.
Tetaplah berusaha walau sekeras mana ujian yang datang kan. Terima kaish Fanny
PadamSelamat dtg bulan september
BalasPadamHi rabia
PadamMoga yang baik-baik saja untuk kita semua..
BalasPadamAmin, InshaAllah kak.
Padam