Korang dah pernah cuba Wardah Lightening Clay Mask ni tak? Kalau belum boleh baca pengalaman Diah ni. Mana tahu dapat membantu.
Ini kali pertama Diah cuba clay
mask macam ni dan Diah beli tanpa fikir panjang ya. Banyak faktor Diah tertarik
nak cuba jadi teruskan membaca.
Kebetulan hari tu masuk Watson
nak cari micellar water tapi terjangkit beli clay mask ni juga. Begitulah kehidupan
wanita kan?
Review Safi Micellar Natural Cleansing Water Tak Pedihkan Mata
MR DIY, Kedai Eco, Guardians atau Watson adalah tempat berbahaya ya. Jangan bagi masuk lama-lama kalau tidak habis semua benda nak beli.
Review Wardah Lightening Clay Mask
Berbalik kepada Wardah Lightening
Clay Mask, lepas beberapa kali guna baru lah berani nak kongsi dekat blog. Diah
suka sangat dengan hasil dia.
Wardah Lightening Clay Mask boleh
dikategorikan sebagai clay mask harga rahmah, tapi power sangat kesan dia.
Harga dia ialah RM7.10 untuk 50ml. Harga masih mampu milik.
Wardah Lightening Clay Mask sesuai untuk semua jenis kulit dan antara bahan yang bagus ada dalam clay mask ini ialah Niacinamide.
Nama lain dia nicotinamide. Salah
satu unsur daripada Vitamin B iaitu niacin. Bagus untuk menghapuskan jerawat
dan menghilangkan kesan parut akibat jerawat serta fungsi utama yang lain
adalah untuk mencerahkan kulit.
Diah pernah cuba peel off mask untuk Hilangkan Blackhead & Whitehead Di Hidung
Produk Info & Deskripsi - Wardah Lightening Clay Mask. – Advanced Niacinamide
Jom kenali Wardah Lightening Clay
Mask. Masker dengan kandungan Kaolin Mineral Clay yang membantu lepas guna.
Dengan efek dingin yang membuat
kulit terasa segar selepas guna. Dikombinasikan dengan Advanced Niacinamide,
bantu kulit tampak lebih cerah bercahaya dengan pemakaian teratur.
Gunakan set rangkaian Wardah
Lightening Series untuk hasil kulit cerah yang lebih optimal. Digalakkan pakai
dua kali seminggu.
Clay mask ni berwarna biru cair. Tekstur
dia licin dan lembut bila sapu pada kulit.
Nak senang sapu pada muka boleh guna silicone make up brush ni. Jimat pun ya sebab dia tak melekat pada berus. Boleh cari dekat MR DIY pun ada. Harga dia murah je.
Cara Guna Wardah Lightening Clay Mask
Sapukan mask di seluruh muka guna
guna silicone make up brush kemudian biarkan selama 15 minit hingga mask
kering.
Diah perasan bila mask ni mula
kering dekat muka, lubang pori kelihatan terutama dekat bahagian hidung.
Berkesan lah agaknya kan, clay mask tu meresap dekat kulit muka.
Jenis kulit muka diah saiz pori
dia besar, kadang-kadang bila tengok memang menyeramkan. Kemudian boleh bilas guna air bersih.
Pengalaman Guna Wardah Lightening Clay Mask
Bila pakai tu terasa dingin dan
berangin kulit muka. Terasa dia menyerap dalam kulit. Bau dia wangi, dan paling best mask ni cepat
kering. Bila dah kering rasa tegang je muka.
Nak cuci pun mudah hanya guna air
paip saja. Mask ni bukan jenis yang peel off, yang kena tarik tu jadi bonus
point ya. Mudah sangat nak tanggal jadi tidak la renyah.
Tapi kan memang betul Diah kagum
dengan Wardah Lightening Clay Mask ni berkesan untuk kulit Diah.
Lepas cuba tu puas hati dengan
hasil dia. Lepas cuci terasa kulit lebih lembut dan segar. Minyak dekat muka
hilang dan rasa kulit masih sejuk.
Kebetulan waktu Diah cuba, perasan
ada jerawat kecil di bahagian pipi.
Perasan waktu basuh, jerawat tu
kecut dan kering. Bila basuh muka terasa kulit jerawat tu tercabut. Memang
gembira sangat.
Nak beli secara online pon boleh,beli disini - harga lebih murah atau walk in ke Watsons, Guardian berhampiran korang.
Konklusi
Kalau korang mencari clay mask dengan harga berpatutan, sesuai untuk semua jenis kulit dan paling penting nak cerahkan kulit serta menyerap minyak berlebihan dan membuat kulit terasa lebih halus memang kena cuba Wardah Lightening Clay Mask ni.
kedai-kedai tu mmg berhantu. bila masuk, susah jumpa jln keluar hehehe
BalasPadam