Sebelum menulis lebih lanjut tentang pengalaman menginap di hotel Grand Alora, Diah mulakan dengan review kenapa kami berpuas hati stay dekat sini.
Untuk informasi, Hotel Grand Alora terletak di Alor Setar, Kedah Darul Aman. Hotel empat bintang, tak jauh dari bandar Alor Setar.
Review Hotel Grand Alora
Kami menginap selama tiga hari
dua malam disini. Kali terakhir Diah jejak kaki ke negeri Kedah adalah waktu
zaman Diploma dulu, tahun 2015 kalau tak silap.
Teruja sungguh bila dapat datang
semula. Seperti dijangka Kedah sungguh panas. Sepanjang perjalanan dapat lihat
pemandangan sawah padi tapi warna coklat bukan hijau dan ada sebahagian sawah
terbakar.
Sempat la menyaksikan aksi abang
Bomba memadam kebakaran. Tak pasti terbakar sebab panas atau apa. Macam Diah ada
cerita sebelum ni, kami ke Kedah menghadiri kenduri kahwin.
Kenapa Hotel Grand Alora Jadi Pilihan?
Awalnya nak stay dekat hotel lain
tapi akhirnya kami pilih disebabkan cadangan kawan-kawan. Waktu bercuti ni juga
lah jumpa TikToker Dr. Malar Santhi Santherasegapan.
Dia ada program dekat situ, jadi
pilihan yang bijak sebab hotel Grand Alora memang hotel tumpuan. Petanda hotel
ni memang bagus. Pengalaman kami stay dekat sini aman saja.
Puas hati dengan servis yang
diterima. Mula dari kami mendaftar masuk sehingga mendaftar keluar. Urusan
semua lancar. Kakitangan pun mesra alam menjawab pertanyaan.
Tidak perlu risau keselamatan
kereta sebab kawasan parking luas dalam bangunan dan berbumbung. Tidak juga
perlu berebut.
Penting sebab berdasarkan
pengalaman kami dulu, waktu bercuti di Terengganu kami kena saman sebab parking
kereta tepi jalan.
Parking hotel tak cukup, akhirnya kena saman. Naya weh.
Dari segi kepuasan tentang bilik pula, bilik yang kami dapat luas ya. Katil saiz Queen. Sesuai sangat untuk keluarga dengan anak kecil. Boleh bentang toto tidur dekat lantai.
Bilir air bersih dan luas. Toiletries diberikan untuk dua hari. Lengkap. Air Condition berfungsi dengan baik.
Dalam bilik disediakan mini fridge, TV, iron berserta iron board yang cukup besar. Puas hati nak iron tudung.
Ada hair dryer, pyjama. Diberikan juga Teh Uncang, Nescaffe sekali dengan gula. Kira ok la kan?
Restoran Kechik, Tempat Makan Depan Hotel Grand Alora
Bersyukur sangat bab makan.
Betul-betul dekat depan hotel, dekat luar ada gerai yang menjual pelbagai
makanan. Seronok tak payah nak drive jauh-jauh.
Ada satu restoran nama dia Kechik, meja dan kerusi disediakan. Korang boleh duduk dan makan dekat situ. Nak beli makanan dari gerai tepi jalan pun boleh.
Korang perlu sebut nombor meja
waktu pesan nanti mereka akan hantar makanan dan waktu itulah korang baru
bayar.
Makanan pula ada pelbagai jenis
jadi banyaklah pilihan. Ada gerai menjual masakan panas Thailand, gerai ayam
bakar, nasi lemak, gerai air, burger, segala jenis mi dan sup.
Ada satu gerai jual makanan bakar
ala Thai yang memang Diah repeat dua hari berturut-turut. Malam pertama makan
kepak ayam bakar. Sos perapan dia terbaik. Teringat sampai sekarang.
Malam akhir tu Diah tapau kerabu
kaki ayam. Makan dalam bilik. Rasa macam nak mengalir air mata bila dapat makan
makanan sedap kena dengan tekak.
Cukup rasa masam, manis dan
pedas. Kaki ayam tu lembut. Dah lah memang favourite segala jenis kerabu.
Untuk korang yang stay sini dan
tak ambil pakej sarapan dengan hotel, tak perlu risau. Kedai tu dibuka untuk
sarapan pagi juga cuma dia tukar menu je.
Peniaga pun berlainan. Macam Diah memang ambil pakej sarapan tapi untuk dua orang sahaja. untuk anak-anak kami tapau nasi lemak dan juga roti jala.
Jangn lupa pergi makan dekat Lunch Di Ayam Gepuk Pak Raden HQ - Sedap Bak Hang
Lokasi Strategik
Suka juga dengan hotel ni sebab
kedudukan dia amat strategik. Dekat dengan kemudahan (pasaraya dan kedai makan)
dan tempat menarik di Alor Setar.
Oh ya, hotel ni betul-betul
berhadapan dengan pasaraya Lotus. Boleh jalan kaki je, seberang jalan. Mana
barang keperluan tak cukup boleh la cari dekat situ.
Malam pula, dekat kawasan parking Lotus mini funfair dibuka. Sempat jenguk sekejap, boleh la nak hilangkan bosan tengok gelagat orang dekat situ.
Ikut peta, Menara Alor Setar
terletak empat kilometer dari hotel. Dah janji dengan anak-anak nak singgah
sebagai tanda kami dah sampai Negeri Kedah.
Perkara Kurang Menarik Di Hotel
Grand Alora
Kalau ditanya apa yang kurang menarik
tentang Grand Alora, hanyalah perabot yang hotel guna dah agak lama. Bilik air
pun luas dan ringkas je.
Walaupun lama, tapi bilik kami
dapat masih selesa dan nasib tak ada bau. Bilik juga agak suram dan malap sebab
lampu dia macam kurang watt.
Jadi vibe dia bilik masuk bilik
tu biasa-biasa saja. Elok lah pihak hotel tambah lampu yang terang.
Lagi satu ialah pakej sarapan.
Menu adalah standard, tak banyak pilihan untuk anak kecil dan rasa makanan dia
sedang-sedang saja.
Tak berbaloi kalau bayar untuk
kanak-kanak. Jadi beli saja makanan dekat luar hotel.
Waktu kami bercuti dekat sini,
kolam renang di tutup untuk renovation. Dari atas boleh nampak guni pasir dan
alatan lain. Jadi tak dapat la komen lebih.
Kesimpulan
Secara keseluruhan percutian kami
di Hotel Grand Alora memuaskan hati. Lokasi yang strategik, dekat dengan
tarikan pelancong, dan banyak tempat makan. Jadi recommended untuk yang nak
bercuti di Alor Setar.
nieyl kalau nak menginap hotel, perkara pertama sekali mesti tgk kawasan tu senang tak nak cari makan, dekat tak dengan tempat2 yang nak pergi...yang kedua baru tengok harga hotel dan review orang...
BalasPadamBetul, salah pilih memang trauma la jawabnya. Memang patut kena check betul-betul
Padamwaahhhh heaven nyaa bila dpt hotel yg best semua facilities dia hehe
BalasPadamSilap pool dia je tak boleh guna
PadamLumayan lengkap ya kak fasilitas hotel,meskipun kolam lagi gak bisa di gunakan,dan makanan biasa"aja, tapi bersih dan lokasi strategis,yg penting nyaman dan bersih
BalasPadamMakanan kena sedap, rezeki dapat jumpa hotel yang baik kualitinya
Padamhotel ni panel company so kalo outtstaion ke kedah stay sini la...cumanya belum pernah merasa lagi ..lastyear ada event kt kedah tp stay kt Hotel RAIA
BalasPadamhari tu kalau tidak nak book RAIA la tapi penuh jadi tuju ke sini
PadamSaya baru sekali ke Kedah. Teman campus orang Kedah kebetulan. Jadi dia ajak main ke rumahnya kalo kami sedang libur kuliah.
BalasPadamHotel dengan lokasi strategis bagi saya penting. Karena terkait dengan budget transportasi. Lalu aircond harus dingin, saya tak kuat panas soalnya 😁 . Makanya kalo dapat hotel yg bagus tapi aircond macam tak maksimal, langsung gerah dibuat 😅.
Bolehlah kalo nanti saya ke Kedah lagi, untuk stay di hotel ini 👍