Kali ni Diah nak kongsi restoran makanan laut sedap dekat Johor. Tahu tentang kedai makan ni dari abang ipar. Dia beria-ria ajak datang cuba.
Katanya ini kedai makan kegemaran
dia kalau teringin nak makan seafood. Dah alang-alang sampai ke Johor rugi pula
kalau tak cuba.
Ternyata pilihan yang tepat sebab
semua orang puas hati dengan menu yang kami makan hari tu. Sangat disyorkan
kepada korang untuk pergi.
Restoran Real Glamour Seafood, Johor Bahru
Restoran dia kalau tengok memang
biasa je. Macam kebanyakkan kedai makan yang lain. Susun atur meja kerusi standard,
kedai bersih dan selesa.
Restoran yang kami pergi ni ialah
restoran Real Glamour Seafood terletak di Jalan Bayu Puteri Johor Bahru.
Dalam perjalanan, Diah perasan ada
lalu depan Replika mahkota gerbang Istana Johor, kebanggan Bangsa Johor. Tersergam
indah.
Menu Restoran Real Glamour Seafood, Johor Bahru
Ada pelbagai jenis hidangan
ditawarkan termasuklah masakan panas dan hidangan khusus Restoran Real Glamour
Seafood adalah makanan laut.
Kami makan Ikan Merah Stim, Udang
buttermilk, Kerang Sambal, Ikan Pari Goreng Tepung, Sayur Kailan Ikan Masin dan
Sotong Celup Tepung.
Nasi putih untuk 12 orang
termasuk kanak-kanak. Kami pesan juga dua jug air, Teh O ais dan Sirap Limau
ais.
Harga makanan dekat sini berpatutan dan boleh dikatakan murah berbanding kedai seafood Diah pernah pergi.
Menu Celup Tepung dia tidak
mengecawakan. Rangup dan tidak terlebih masak. Mengubat kekecewaan malam
sebelum tu kami makan dekat kedai lain, sotong celup tepung dia liat dan
kering.
Tak mahu makan Seafood, dekat
sini ada juga menu nasi dan mi goreng. Jadi tiada masalah kalau datang seorang
atau berdua.
Lokasi Restoran Real Glamour Seafood, Johor Bahru
Nak mudah korang boleh waze je. Boleh
guna alamat ni: 2, Jalan Bayu Puteri 2/10, Taman Bayu Puteri, 81750 Johor
Bahru, Johor.
Landmark paling mudah ialah,
restoran ni terletak di bawah Hotel Elmark. Boleh parking depan kedai.
Restoran buka setiap hari bermula
pukul 4.30 petang sehingga 12.00 tengah malam. Kalau ikut bacaan dekat Google
review digalakkan untuk buat tempahan.
Rezeki kami hari tu, kami walk in
dan restoran baru je dibuka.
Review Restoran Real Glamour
Seafood
Walau pun menu kami pesan agak
banyak tapi waktu menunggu tidaklah terlalu lama. Paling penting kakak yang
ambil pesanan kami tak kekwat. Atleast dia ambil pesanan dan tak lupa senyum.
Pernah makan di tempat pelayan
yang kedekut senyuman. Makanan sedap pun jadi tak seronok nak datang lagi
sudahnya.
Secara keseluruhan makanan dekat Restoran
Real Glamour Seafood sedap. Cukup rasa masin, manis dan masam.
Dalam banyak-banyak restoran
makanan laut kami pernah cuba, Real Glamour Seafood berjaya mendapat tempat di
hati Diah.
Kalau di Melaka kami suka makan seafood di Perkampungan ikan Bakar Terapung, Umbai Baru Melaka, di Terengganu korang boleh pergi ke Warung Adik Beradik, dekat Aroma Ikan Bakar Jeram pun okay.
Makanan laut dia segar. Menu
paling Diah suka adalah Ikan Merah masak Stim. Ya ampun sedapnya kuah dia.
Menu Stim dia memang terbaik. Guna
resepi Thailand yang letak jeruk bawang putih memang terangkat. Rasa masam dia
seimbang.
Udang buttermilk dia tak kedekut
bahan, dan udang dia segar. Ambil menu ni untuk anak-anak sebab tak pedas.
Pertama kali cuba Ikan Pari
Goreng Tepung. Selalu kalau makan mesti Ikan pari Bakar. Sedap rupanya. Boleh buat
dekat rumah pula lepas ni.
Kerang sambal tu biasa saja bagi
Diah, tapi adik Diah paling suka sebab kena dengan selera dia. Saiz kerang tak
mengecewakan.
Kesimpulan
Kalau korang mencari kedai makan seafood di Johor Bahru yang sedap dan harga berpatutan korang kena datang ke Restoran Real Glamour Seafood ni.
Ikan merah masak stimnya menggugah selera ..sayapun penyuka seafood
BalasPadamsama la kegemaran kita tapi kena jaga portion bila semakin meningkat usia
PadamSemoga saya berkesempatan berkunjung dan makandi dana.
BalasPadamsemoga ada rezeki untuk kamu mencuba
PadamYa ampuuun kak Diah 😍😍🤤🤤. Rasa nak terbang ke JB saya baca ini 😄😄. Sukaaaa sangat seafood. Apalagi kalau dimasak seperti di atas. Ikan steam tuh memang best lah. Saya pernah makan ikan steam enaaak di Penang, kuahnya betul2 mantap. Asamnya bikin segar.
BalasPadamBelum pernah ke JB, tapi nak sangaaat ❤️
kot tersesat bercuti ke belah Johor, boleh lah cari restoran ni..baca review Diah ni nampak menyelerakan semua masakan2 kat sini...
BalasPadam